Peminat dunia seni tempatan umumnya mengetahui bahawa kejayaan yang hadir dalam karier penyanyi Dan Sebenarnya, Yunalis Zarai tidak datang bergolek.
Benarlah, setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan, minat yang mendalam dan komitmen berterusan walaupun diri dihambat dengan pujian mahupun kecaman.
Setelah 4 tahun bertapak di Amerika Syarikat untuk melebarkan sayap di peringkat antarabangsa, tahun 2020 menyaksikan Yuna kembali semula menetap di Malaysia dek situasi pandemik yang masih tidak stabil di bumi Uncle Sam itu.
Bagaimanapun, keberadaan Yuna di sini bukanlah tanpa sebarang perancangan ataupun projek terbaru.
Hendak diikutkan, 2020 merupakan tahun yang agak padat buat penyanyi ini. Yuna telah terpilih sebagai salah seorang duta selebriti untuk jenama Coach di samping Jennifer Lopez.
Dia juga telah berkolaborasi dengan jenama sarung telefon Cases by WF dengan mengeluarkan merchandise. Terbaru, Yuna menjayakan konsert secara penstriman langsung dari Aquaria KLCC untuk tontonan peminatnya di seluruh dunia.
Disebabkan itulah, penulis gembira tatkala melihat kelibat Yuna mendapat perhatian Paper Mag dalam sebuah temuramah yang baru dimuat naik pada hari ini.
Untuk pengetahuan, Paper Mag merupakan sebuah jenama naskah majalah indie yang diterbitkan di New York City dan menyentuh mengenai topik fesyen, budaya, muzik, seni, filem dan lain-lain
Dalam paparan foto yang dibidik oleh Pol Kurucz dan Looping Lovers ini, ia menyaksikan ekspresi kreatif Yuna yang digambarkan dalam keadaan berterbangan.
Seumpama menandakan era baharu Yuna yang kali terakhir muncul dengan album Rouge, pada tahun lalu. Kali ini, Yuna digambarkan sebagai figura yang terus bebas berkarya dan terbuka untuk bereksperimentasi.
Paper Mag turut menyentuh mengenai single yang baru dilancarkan Yuna 4 hari lalu berjudul Dance Like Nobody’s Watching.
Ads
Kata Yuna, dia telah menulis lagu tersebut beberapa tahun yang lalu dan ia bertemakan penerimaan kita terhadap diri sendiri. “Tak kiralah apa yang sedang berlaku, kamu sedang melakukannya untuk memuaskan diri sendiri dan tidak berfikir mengenai pendapat orang lain. Ini adalah lagu mengenai cintakan dan sayangkan diri,” katanya.
Dengarkan Dance Like Nobody’s Watching di bawah.
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Amelia Henderson meniti dibibir ramai warganet kebelakangan ini dek kes saman yang melibatkan dirinya dan Dato’ A. Aida. Kelmarin, keputusan mahkamah telahpun membuat keputusan bahawa Amelia perlu membayar ganti rugi lebih RM200 ribu kepada Dato’ A. Aida atas pelanggaran kontrak lakonan.
Namun begitu dalam temu bual bersama media, Amelia menyatakan bahawa dia akan membawa kes tersebut ke peringkat rayuan. Namun begitu di sebalik tularnya kes ini, Amelia merupakan salah seorang anak seni yang semakin ‘naik daun’ namanya.
Sejak kecil kecantikan Amelia terserlah.
Bukan sahaja hebat sebagai seorang pelakon dan model, dia merupakan seorang pengacara masa kini yang cukup bagus dalam kerjayanya. Ini dibuktikan menerusi saluran Studio Sembang kendaliannya yang berjaya memukau penonton dengan caranya mengemudi setiap temu bual.
Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai dirinya..
Dilahirkan pada 20 Oktober 1995, nama sebenar Amelia ialah Amelia Thripura Henderson.
Berasal dari Klang Selangor. Ibu Amelia merupakan kacukan Sri Lanka-Malaysia manakala bapanya pula berdarah Scotland.
Aktif sebagai model sejak kecil, Amelia kerap menghiasi naskah iklan dan pernah menjadi wajah hadapan majalah Bintang Kecil yang sangat popular satu ketika dahulu.
Pernah ‘meninjamkan’ suaranya sebagai Barbie dalam tiga siri animasi Barbie.Amelia bersama ibu ketika bayi.
Amelia pernah bergelar sebagai kerabat Diraja Kedah apabila mengahwini Tunku Dato’ Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar ketika berusia 20 tahun. Namun perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.
Bukan calang-calang orangnya, Amelia memiliki IQ 180 dan bergelar ahli Mensa International. Pertubuhan itu dikhususkan untuk mereka yang memiliki IQ yang tinggi.
Memiliki tubuh yang tinggi lampai, Amelia pernah dinobat sebagai Malaysia Model of The Year pada Asia Model Festival 2019 yang diadakan di Seoul, Korea.
Berbakat sebagai pelakon dan model, Amelia kini mengorak langkah sebagai seorang pengacara. Kalau nak tahu Amelia pernah menjadi pengacara program Hero Remaja pada tahun 2020 yang mana Nadhir Nasar menjadi juara edisi tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi satu perkongsian di TikTok miliknya, pelakon filem popular Papadom itu tampil berkongsi videonya yang menukar gaya rambut dari panjang ke pendek.
“New hair, new vibe,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet berkenaan penampilan rambut baharunya itu.
Rata-rata pengguna memuji rambut baharunya yang dilihat lebih kemas dan terurus selain nampak segar dan sudah tentunya kelihatan awet muda.
“Wah, look fresh and younger with short hair,” komen seorang pengguna.
“Tak makan di usia eh orang cakap?” komen pengguna lain.
“Awak cantik rambut pendek macam ini babe,” tulis pengguna lain.
“Baru sesuai. Nampak terurus sikit,” komen lagi peminatnya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga komen yang merindui untuk melihat pelakon filem seram Nyiang Rapik itu untuk kembali mewarnai layar skrin penonton.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 3.
Pelakon filem seram Lembayunh itu juga mengungkapkan keterujaannya dalam menjayakan projek hebat tersebut.
“Saya sangat-sangat teruja. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem seram pertama yang saya tonton sewaktu kecil.
“Watak Maya Karin memang terpahat dalam ingatan saya,” katanya kepada Remaja.
Namun begitu, Anna turut memaklumkan dia masih belum mendapat maklumat lanjut tentang tarikh penggambaran karya tersebut.
“Saya sangat-sangat teruja. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem seram pertama yang saya tonton sewaktu kecil. Watak Maya Karin memang terpahat dalam ingatan saya.
“Tetapi saya sendiri tidak tahu bila filem ini akan jalani penggambaran. Saya nak ulas lebih-lebih pun tak boleh. Kita nantikan saja,” tambahnya ketika ditemui pada acara Gempak Most Wanted Awards 2024.
Sebelum ini, bekas peserta Dewi Remaja itu juga pernah membintangi filem seram terbitan Indonesia, Lembayung, di mana dia memegang watak sebagai hantu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini...