Erissa, Mouseketeers Club Mickey Mouse Ingin Menjadi Artis Berjaya Seperti Britney Spears

Share

Gadis cilik berusia 14 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan salah seorang Mouseketeers yang menghiasi program Club Mickey Mouse (CMM) di Disney Channel. Erissa atau nama penuhnya, Erissa Puteri Binti Hashim juga pernah menyertai program Ceria Popstar di Astro. Sejauh manakah kita mengenali gadis cilik yang cukup meminati Disney Princess seperti Belle dan Ariel?

Jom kita kenali Erissa!

Siapakah Mouseketeers sebelum ini yang paling Erissa kagumi?

Ramai sangat Mouseketeers yang telah berjaya mecipta nama. Bagi saya, Britney Spears kerana dia sangat berbakat bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi penghibur bertaraf antarabangsa. Cita-cita saya untuk menjadi sehebat Britney Spears bila dewasa nanti.

Apakah kelebihan yang ada pada Erissa sebagai seorang Mouseketeers?

Sejak kecil saya memang suka berlakon, menari dan menyanyi. Peluang menjadi salah seorang Mouseketeers merupakan peluang keemasan untuk saya terus polish bakat sendiri.

CMM mempunyai sejarah cukup kaya dengan melahirkan ramai bintang-bintang popular. Bagaimana perasaan Erissa menjadi sebahagian daripada keluarga CMM Malaysia?

Semestinya saya berasa cukup bertuah kerana terpilih menjadi Mouseketeers pertama Malaysia. Ia meerupakan seakan mimpi menjadi kenyataan.

Boleh kongsikan bagaimana Erissa boleh menjadi seorang Mouseketeers?

Apabila pihak produksi menghubungi saya tentang peluang ini, saya berasa cukup teruja! Saya telah melalui beberapa fasa uji bakat di mana saya perlu menari, menyanyi dan berlakon. And yes, i got the part!

Erissa sebagai seorang Mouseketeers. Apakah yang dapat Erissa berikan?

Setiap seorang daripada kami mempunyai bakat dan kelebihan unik masing-masing. Dengan kelebihan itulah kami mampu bekerjasa sebagai sebuah pasukan dengan baik. Kami semua sangat komited dan sentiasa berikan terbaik unuk CMM.

Pada pendapat Erissa, adakah media sosial membuatkan semakin ramai remaja tidak menonton televisyen?

Ya, saya harus akui remaja sekarang lebih banyak luangkan masa bersama telefon pintar dan gajet. Media sosial memang memainkan peranan yang lebih besar berbanding dahulu.

Berapa kerapkah Erissa luangkan masa dengan media sosial setiap hari?

Seperti rakan sebaya lain, saya sentiasa check media sosial setiap hari. Lagipun saya suka berinteraksi dengan peminat CMM.

Adakah Erissa menggunakan media sosial sebagai platform berhubung dengan peminat CMM?

Ya, saya sentiasa gunakan media sosial untuk berinteraksi dengan mereka. Setiap updates saya lakukan di Instagram contohnya sentiasa mendapat respons yang cukup baik.

Momen paling best setakat ini sepanjang Erissa bergelar sebagai Mouseketeers?

Berjumpa dengan peminat CMM dan ibu bapa mereka yang mengenali saya sebagai salah seorang Mouseketeers. Mungkin inilah yang dirasai oleh Britney Spears, Justin Timberlake dan Christina Aguilera dahulu.

Cita-cita bila dewasa?

Mungkin sebagai seorang akauntan kerana saya menang suka dengan nombor dan matematik. Ia merupakan subjek favourite saya di sekolah! Pada masa yang sama saya juga berharap dapat menjadi seorang penghibur dan artis.

Jangan lupa saksikan telatah Erissa dan rakan-rakan Mouseketeers menerusi Club Mickey Mouse di Disney Channel (Astro saluran 615) pada episod terbaru Jumaat ini jam 1.30 tengahari.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim