Ernie Zakri Dambakan Kurung Ringkas, Namun ‘Kaya’ Sulaman – AMAZÉ

Share

 

Selesai sudah majlis akad nikad di antara penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel.

 

Setelah foto majlis berinai yang dimuat naik oleh Ernie Zakri menyapa halaman timeline Instagram semalam, ramai sudah menyuarakan rasa teruja mereka untuk melihat busana nikah yang akan digayakan oleh Ernie pada hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Countdown Detik Nikah, Ernie Zakri & Syamel Ambil Barakah Jumaat? – REMAJA

Sebagai seorang yang tidak gentar bereksperimentasi dengan pereka fesyen duo yang dipercayainya sejak dahulu iaitu AMAZÉ, setiap busana yang dicipta khas untuk penyanyi berusia 28 tahun pasti akan memiliki makna mendalam daripada intipati rekaannya.

Untuk majlis akad nikah sebentar tadi, Ernie bagaimanapun memilih persalinan kurung berpotongan ringkas untuk meraikan tarikh istimewa ini.

Dalam perbualan bersama Zeed Jamel yang mewakili Amar Madfie di bawah lembayung AMAZÉ, Zeed berkata perancangan untuk baju nikah tersebut telah bermula sejak pasangan tersebut selamat menjalin ikatan pertunangan, Ogos tahun lalu.

“Perancangan sudah agak lama. Cuma kekangan PKP (arahan Perintah Kawalan Pergerakan) merencatkan sedikit proses pembuatannya. Sepanjang PKP, kami terpaksa menutup produksi untuk kira-kira sebulan.

“Mujur keadaan bertambah baik dan kami teruskan persediaan untuk Ernie. Semuanya hanya mengambil masa sebulan saja.

“Apa yang dikehendaki olehnya hanyalah sepasang kurung labuh dengan sulaman tekad yang lebih tebal dari biasa.”

“Pada bahagian sisi panelnya, ia mempunyai potongan ala handkerchief dan bukannya pesak seperti kebiasaan. Salah satu sisinya mempunyai ‘slit’ hingga ke bahagian pinggang untuk memberikan efek kembang.

Sumber Foto: @amaze_official_
Sumber Foto: @amaze_official_
Sumber Foto: @amaze_official_

“Kalau nak diikutkan ‘inspirasi’, tiadalah inspirasi tepat untuk menggambarkan kurung nikah ini. Cuma kami perbanyakan sulaman bertindih,” jelas Zeed.

Bagi peminat busana ciptaan AMAZÉ, pastinya korang perasaan akan persamaan minor pada sulaman kurung nikah ini dengan koleksi perkahwinan ‘Nostalgia’ yang mereka lancarkan pada awal Mac lalu.

Sekiranya korang terinspirasi daripada kurung nikah Ernie Zakri ini, tidak salah untuk korang memilih rekaan koleksi tersebut.

 

Tugas Majlis Resepsi

Bercakap mengenai majlis resepsi yang dikatakan bakal berlangsung dalam tempoh seminggu dua dari sekarang, Zeed berkata AMAZÉ sekali lagi diberikan amanah menyiapkan persalinan jenis ballgown serba putih.

Sekali lagi, minimal menjadi kata kunci buat busana tersebut.

“Ikatan yang terjalin di antara AMAZÉ dan Ernie Zakri sudah ibarat seperti kawan. Sudah tentu kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang menjayakan hari istimewa untuknya ini,” tuntasnya.

Published by
FZ