Tapi ia adalah untuk kebaikan semua orang…dan alam sekitar kita!
Dalam usaha mengurangkan pembuangan bahan plastik, restoran dan kafe di seluruh dunia kini perlahan-lahan mengajak pelanggan mereka untuk tidak lagi menggunakan straw plastik ketika membeli minuman mereka.
Nampaknya, McDonald’s Malaysia (McD) turut menyokong inisiatif ini. Bermula tarikh 1 Ogos 2018, semua cawangan McD seluruh negara akan memperkenalkan kempen ‘Katakan Tidak Kepada Straw’ atau ‘Say No To Straw’.
Walaupun kenyataan rasmi daripada francais gergasi itu masih belum dikeluarkan, beberapa cawangan di Lembah Klang dan Pulau Pinang telahpun meletakkan notis poster pada pintu dan di atas kaunter bahawa straw plastik tidak akan disediakan bermula bulan Ogos, melainkan pelanggan memintanya daripada pekerja di kaunter.
Nampak leceh, but it is all for a good cause.
Setiap kali kita makan di luar, pasti pihak restoran dan kafe menyediakan straw plastik apabila kita memesan minuman. Dalam tak sedar, rakyat Malaysia sebenarnya ‘menyumbang’ kepada penggunaan 31 juta straw plastik SETIAP HARI.
Whoa.
Walaupun straw nampak kecil, namun jumlah tersebut amatlah membimbangkan. Malah, ada kajian melaporkan bahawa satu batang straw memerlukan 200 tahun untuk proses penguraian (decomposition). Cuba bayangkan 31 juta straw setiap hari. Sampai bila pun tak akan habis.
So, REMAJA nak ajak korang untuk sama-sama menyokong kempen ini.
Mestilah kena ada adjustment period, merungut sana-sini. Buat masa ini, why not korang sediakan je straw sendiri di dalam beg. Kalau rasa geli untuk menggunakan straw plastik yang sama berulang kali, minum saja dari bibir gelas.
Sebelum ini, Malaysia telah memulakan beberapa kempen kesedaran untuk mengurangkan pembuangan sisa plastik. Contohnya, pek polistirena digantikan dengan pek plastik reusable.
Malah di peringkat negeri juga, kerajaan negeri seperti di Pulau Pinang dan Selangor telah memperkenalkan kempen ‘Katakan Tidak Kepada Beg Plastik’ sehinggakan rakyat sudah terbiasa membawa beg kanvas sendiri semasa membeli-belah.
Lets Go Green okay gais.
Eh silap..
Lets Go Green okay gais.