Esei “Curahan Hati” Tarik Perhatian Juri, Dinobat Juara Pertandingan Saya #RemajaMalaysia

Share

Dicetuskan bagi memberi kesedaran kepada golongan remaja terhadap penggunaan dan penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda. Majalah Remaja menjadikan program ini sebagai salah satu inisiatif dalam mendidik dan memupuk nilai cintakan negara sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Mendapat info dan maklumat melalui laman sosial instagram menyebabkan remaja berusia 21 tahun ini terdetik hati untuk menyertai pertandingan esei saya#RemajaMalaysia.

“Saya ambik masa beberapa kali juga untuk fikir untuk masuk menyertai pertandingan ini atau tidak, namun tiap kali buka laman instagram iklan promosi pertandingan ini berlegar di laman sosial saya. Jadi tanpa berfikir panjang saya mula menulis esei #sayaremajamalaysia ini dan Alhamdulillah saya menjuarai bagi kategori universiti.”

Menurut pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ini lagi, beliau menyertai pertandingan ini bukan disebabkan oleh ganjaran atau hadiah yang ditawarkan namun lebih kepada semangat untuk memartabatkan bahasa terutamanya dikalangan anak muda.

Jadi Farhan jadikan pertandingan esei ini sebagai platform buatnya luah apa yang terbuku dan terpendam selama ini. Hal ini menyebabkan esei yang ditulis berkisarkan tentang kisah hidupnya dari kecil sampai berusia 21 tahun, menjadi remaja Malaysia yang ada sikap patriotik.

Menurut anak tunggal ini, kempen saya #RemajaMalaysia merupakan pertandingan esei pertama yang disertainya dan juga merupakan pemangkin untuknya agar terus menulis dimasa akan datang. Sempat memberi nasihat untuk remaja diluar sana yang ingin menulis dengan baik perlu membaca dengan lebih banyak.

Nur Farhan yang datang ditemani bapanya turut membawa pulang sebuah trofi, Wang tunai RM1000, Bahan bacaan sumbangan Dewan Bahasa & Pustaka, Satu unit pencetak foto Canon Selphy Square QX10 bernilai RM600, Set penjagaan muka innisfree bernilai RM800 dan Set penjagaan badan Summerie dan Good Virtues & Co bernilai RM200

Untuk info pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah (15-17 tahun) dan pelajar prauniversiti dan universiti (18-22 tahun) untuk menyertai pertandingan esei bersempena dengan kempen saya #remajaMalaysia.

Published by
Ruziana Zainal