Terbaru, jaguh boling remaja negara, Ethan Damien Goh melakar sejarah apabila muncul sebagai juara bagi Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 di Petaling Jaya pada Ahad.

Kejayaan tersebut diraih selepas atlet berusia 15 tahun itu mengejutkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Hafiz Zainuddin 220-180 dalam aksi final di Sunway Mega Lanes.

Dalam pada itu, ini merupakan gelaran pertamanya bersama skuad senior dan kejayaan tersebut amat sukar dipercayai kerana bersaing dengan ramai pemain berpengalaman.

Ethan Damien Cipta Kejutan! Raih Gelaran Juara Kejohanan Terbuka Malaysia
Kredit foto: Kosmo

Ethan Damien Cipta Kejutan! Raih Gelaran Juara Kejohanan Terbuka Malaysia

“Saya sangat teruja dapat bermain dalam perlawanan akhir. Kejayaan ini tidak dijangka, namun saya sangat bangga dengan cara saya beraksi hari ini (Ahad),” katanya.

Ads

Sehubungan itu, kejayaan tersebut membolehkan Ethan memperoleh wang besar RM50,000, manakala Hafiz meraih RM25,000 dan Luke Doyle dari Australia membawa pulang RM13,000 setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Terbuka Malaysia menarik penyertaan pemain boling bertaraf dunia termasuk Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol serta juara Jelajah PBA,Tun Hakim Tun Hasnul Azam.

Walau bagaimanapun, Ethan langsung tidak gentar dengan nama-nama besar dan kejayaan tersebut akan dikenang sebagai salah satu kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan.

Ads
Ethan Damien Cipta Kejutan! Raih Gelaran Juara Kejohanan Terbuka Malaysia
Kredit foto: FB ABF Online
Ethan Damien Cipta Kejutan! Raih Gelaran Juara Kejohanan Terbuka Malaysia
Kredit foto: FB ABF Online

Dalam pusingan pertama final stepladder, Hafiz menewaskan Doyle 219-182 untuk mendapatkan peluang merebut gelaran. Namun Ethan lebih awal memperagakan impiannya untuk mendahului pusingan Masters dengan jumlah lapan permainan yang hebat menerusi 1,998 jatuhan pin mengatasi Doyle (1,876) dan Hafiz (1,755).

“Saya tidak pernah melalui perlawanan stepladder seperti ini. Ia pengalaman berharga. Saya tidak dapat melakukannya tanpa keluarga, jurulatih dan semua yang telah menyokong saya.

Ads

“Sejujurnya, saya terlalu teruja dan tidak tahu apa lagi yang boleh saya katakan,” katanya.

Sekadar info, pemain kidal yang kini menuntut di Maple Leaf Kingsley International School di Putra Heights itu mewakili Sarawak dalam kejohanan tempatan. Selepas meraih kejayaan besar, Ethan memasang impian untuk menyertai pasukan kebangsaan bagi Piala Dunia Remaja di Sweden pada 15 hingga 22 Jun depan.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI