Etika ‘Inemuri’ Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja

Share

Siapa sahaja yang tidak suka tidur kan? Lebih-lebih lagi orang dewasa yang seharian sibuk mencari rezeki, apabila hari cuti mesti mereka cuba ambil peluang untuk menghabiskan masa dengan berehat atau pun tidur.

Tapi awas!! kalau korang tertidur dalam meeting atau ditempat kerja mesti korang dipandang serong oleh rakan sekerja. Silap-silap kena panggil dengan bos terus kan.

Jepun begitu terkenal dengan peraturan etika yang sangat kompleks. Bagi masyarakat dari negara-negara lain etika-etika ini pasti menjadi sesuatu yang sangat rumit tetapi tidak di Jepun, ia tidak menjadi suatu masalah yang besar.

Contohnya etika Inemuri di Jepun yang membenarkan pekerja tidur dalam mesyuarat dan ia adalah tanda kepada dedikasi bekerja. Serius???

Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.

Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.

Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.

Tapi tidak semua boleh tidur ye!

Dalam inemuri ada peraturan ia bergantung kepada status dalam tangga sosial.

Sebagai contoh, sekiranya anda seorang kakitangan yang baru menyertai syarikat tidak dibenarkan untuk tidur. Sebaliknya jika anda berusia 40-50 tahun dan topik yang dibincangkan tidak secara langsung merujuk kepada anda, maka anda dibenarkan untuk tidur.

Secara mudahnya, semakin tinggi tangga sosial anda, semakin banyak anda boleh tidur.

Selain daripada itu, dalam etika inemuri, seseorang itu mungkin ‘jauh’ daripada segi mental, namun mereka perlu kembali ke situasi sosial jika diperlukan. Inemuri di Jepun hampir sama dengan budaya di Sepanyol iaitu siesta; pemberian waktu rehat makan tengah hari yang panjang.

Ini kerana bagi mereka, ketidakseimbangan yang berlaku boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada syarikat disebabkan produktiviti yang semakin menurun, tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Wah…bunyi menarikkan etika Inemuri di Jepun, tapi kalau korang rasa sesuai ke laksanakan ia di Malaysia?

Sumber : BBC

Published by
Nana