Evolusi Mahkota Miss Universe Selama 65 Tahun, Mana Satu Paling Menawan?

Share

It is all about the bling, right?

Ramai yang bercakap mengenai Miss Universe 2020 minggu ini memandangkan seorang juara telahpun dinobatkan baru-baru ini oleh pemenang terdahulu, Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan.

Berlangsung penuh meriah di Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Hollywood Floride di Amerika Syarikat, Andrea Meza dari Mexico mengejutkan ramai penonton yang menyaksikan siaran pentas akhir itu secara langsung di televisyen mahupun secara atas talian.

Kalau korang perasan, sebelum ini pertandingan Miss Universe pernah menobatkan pemenangnya dengan beberapa rekaan tiara berbeza. Antara yang paling disukai ramai ialah tiara Mikimoto yang dimenangi oleh Catriona Gray. Mahkota mewakili advokasi dan tradisi organisasi Miss Universe, dan pemegang berhak memikul prestij itu dengan penuh kehormatan.

Mahkota Miss Universe telah berubah 10 kali sepanjang sejarahnya selama 65 tahun. Jom kita lihat kembali setiap mahkota ini.

The Romanov Imperial Nuptial (1952-1953)

Merupakan mahkota pertama, sebelumnya dimiliki oleh Russian czar. Menjadi miliki peserta Armi Kuusela dari Finland ketika memenangi Miss Universe. Dipercayai dibuat dengan kira-kira 1.535 berlian dengan nilai harga $500,000.

The Christiane Martel / Metallic Bronze (1953-1954)


Mahkota Miss Universe diganti pada tahun 1953. Christiane Martel dari Perancis adalah pemenang pertama dan satu-satunya yang memakai reka bentuk ini. Menampilkan reka bentuk yang sangat padat dan tidak mempunyai kristal atau batu Rhine tidak seperti mahkota yang lain.

Star of the Universe (1954-1960)

Dinamakan Star of the Universe kerana bentuk bintang di bahagian atas mahkota. Terdiri daripada kira-kira 1.000 mutiara dari emas dan platinum dengan berat 1.25 paun. Ia dikatakan bernilai $500,000.

The 10th Anniversary / The Rhinestone (1961-1963)


Pada tahun 1961, Miss Universe Organisation ingin mempunyai mahkota khas untuk memperingati ulang tahunnya yang ke-10. Marlene Schmidt dari Jerman memenangi mahkota ini untuk pertama kalinya dan penggantinya Norma Nolan dari Argentina adalah satu-satunya dua pemenang yang memakai mahkota Rhinestone.

The Sarah Coventry (1963-1973)

Foto – www.angelopedia.com

Tahun 1963 digelar sebagai mahkota yang paling terkenal dalam pertandingan ini, yang bertanggungjawab membuat mahkota Miss Universe yang menampilkan susuk wanita (memegang tongkat) di tengahnya. Ia dikenali sebagai The Lady atau The Queen Crown.

The Chandelier (1973-2001)

Foto – www.angelopedia.com

Reka bentuknya sedikit diubah suai pada mahkota sebelum ini untuk kemudahan pemakai. Mahkota ini digunakan hingga tahun 2001, ketika diganti kerana perjanjian penajaan, sehingga mengakhiri tradisi.

The Mikimoto (2001-2007)

Foto – www.angelopedia.com

Ia dinamakan sebagai Mikimoto kerana tajaan perhiasan rasmi organisasi Miss Universe. Mahkota menggambarkan phoenix, menandakan status, kekuatan dan keindahan, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian penajaan mereka. Mahkota ini memiliki 500 berlian hampir 30 karat (6.0 g), 120 mutiara Laut Selatan dan Akoya, berukuran dari diameter 3 hingga 18 mm dan bernilai $250,000.

CAO Fine Jewelry (2007-2008)

Foto – www.angelopedia.com

Mahkota direka oleh CAO Fine Jewellery of Vietnam. Nilai anggaran mahkota ini adalah $120,000 dan diperbuat daripada emas putih dan kuning 18 karat yang mempunyai lebih dari 1,000 batu berharga.Putih, merah jambu muda dan cognac adalah warna utama mahkota ini yang mewakili inspirasi dan perasaan.

Peace by Diamond Nexus Labs (2009-2013)

Foto – www.angelopedia.com

Dari tahun 2009-2013 mahkota Peace digunakan yang dibuat Diamond Nexus Labs. Ia mempromosikan mahkota yang mesra alam kerana batu-batu itu semuanya sintetik.

The DIC (2013-2016)

Foto – www.angelopedia.com

Dikenali sebagai mahkota Miss Universe yang paling ikonik sehingga kini, mahkota DIC dibuat oleh Diamond International Corporation (DIC), dianggarkan bernilai $300,000.

The Mikimoto (2017-2018)

Pada tahun 2017, mahkota Mikimoto membuat kemunculan semula ketika Demi-Leigh Nel-Peters mengenakan mahkota pada malam pertabalan. Pada tahun 2018, Catriona Gray dari Filipina dilihat memakai mahkota yang sama.

The Mouawad (2019 – sampai sekarang)


Boleh dikatakan salah satu mahkota terkecil yang digunakan dalam pertandingan, bernilai $5 juta dan disebut sebagai “Power of Unity”. Ia pertama kali digunakan pada tahun 2019 dan dibuat oleh jenama perhiasan Lubnan / Thailand Mouawad.

Tapi yang penting setiap mahkota ini ada nilainya yang tersendiri. 

Published by
Nana