Evolusi Pakaian Neelofa Di Anugerah Meletop Era, Banyak Dah Berubah!

Share

Biasalah, bila mengacarakan program untuk kali pertama, mesti banyak kelemahan kan?

 

Sebagai hos kepada rancangan mingguan seperti MeleTop dan seterusnya acara tahunan seperti Anugerah MeleTop Era, pastinya Noor Neelofa mempunyai tugas yang besar untuk digalas. Bukan saja cara pengacaraannya dinilai oleh netizen sekalian, malah body language bersama para jemputan, cara Neelofa mengendalikan usikan orang di sekeliling dan caranya berpakaian dinilai dari A-Z.

Sebut tentang stail dan pakaian yang disarung oleh Neelofa, bekas juara Dewi Remaja itu bukanlah seseorang yang gemarkan gaya selamat.

Disebabkan itulah, Neelofa gemar untuk bereksperimentasi dengan gayanya setiap kali Anugerah MeleTop Era diadakan. Ada gaya yang cantik dan kena dengan identiti Neelofa. Ada yang – hhm – membuatkan kami terfikir, why oh why Lofa?!

Apapun, yang penting Neelofa semakin bijak dalam memilih rekaan pakaian setiap tahun acara ini diadakan.

Tak percaya, cuba korang tengok sendiri.

AME 2014

Okay, penulis enggan memuat naik gambar untuk pakaian Neelofa pada tahun ini atas dasar menghormati imej dan pegangan selebriti itu yang kini berhijab. Tak manis orang kata.

Namun, pada acara AME edisi pertamanya ini, Neelofa menerima kecaman terus dek kerana gaya yang serba tak kena. Satu kelihatan seperti Power Rangers, satu lagi kelihatan seperti karakter Cell dalam siri Dragon Ball.

AME 2015

Ini merupakan tahun pertama Neelofa mengacarakan AME selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab.

Namun, masih ada yang tak kena dengan stail dress yang dipakainya.

Ia sebenarnya diinspirasikan daripada bunga ros, malah fabrik Crenoline yang digunakan juga bertaraf antarabangsa apabila ia merupakan fabrik yang turut digunakan oleh jenama terkenal Vera Wang dan Elie Saab.

Namun, netizen pantas menggelar dress tersebut ‘sotong merah’ di atas pentas.

Dress rekaan Fiziwoo ini juga mengingatkan ramai netizen kepada dress Rizalman yang disarung oleh penyanyi, Dayang Nurfaizah semasa menyampaikan lagu ‘Di Pintu Syurga’ sempena Anugerah Juara Lagu 2015.

Haih, takkanlah Fizi Woo nak tiru pula. Mungkin ada persamaan namun ia masih berbeza.

Atau jika betul sekalipun, like they always say, imitation is always a sincere form of flattery.

AME 2016

Selepas dua tahun dikecam berturut-turut, ada suara nakal yang mula mengatakan bahawa Neelofa hanya ingin ‘mencari publisiti melalui pakaian’ semasa menjadi hos. Namun, untuk edisi ketiga ini, Neelofa menutup mulut semua pengkritik setelah membuktikan dia juga boleh berpakaian fashionable dan masih cantik dipandang orang.

Contohnya, padanan top peplum dengan train panjang bersama seluar rona kuning ini.

Dress kedua yang disarung Neelofa juga tampak manis apabila dia memilih warna soft coral untuk gaun kembang di lengan ini. Memang berbeza dengan stail tahun-tahun sebelumnya.

 

AME 2017

2 tahun lalu, Neelofa bebas kecaman. Namun selepas popularitinya mencanak berikutan drama Suri Hati Mr Pilot yang mencetuskan gelombang fenomena di seluruh Malaysia, netizen tak sabar untuk menyaksikan apa yang bakal dipakai olehnya.

Hhm, malang sekali, walaupun pakaian Fizi Woo ini cantik je di mata penulis, netizen meluahkan rasa tak senang dengan warna nude pada lengan Neelofa yang kelihatan seolah-olah dia memyarung T-Shirt.

Dengan tema ‘Young & Chic’, pakaian tersebut diinspirasikan daripada koleksi Dior semasa Minggu Fesyen Paris.

Fabrik pada bahagian lengan itu sebenarnya sudah menutupi aurat lengan Neelofa. Namun iyalah, kerana warna yang dipilih, pakaian tersebut menerima kecaman.

AME 2018

Tahun lalu, ramai ternanti-nanti rekaan bagaimanakah yang akan disarungnya.

Aura Neelofa sebagai antara selebriti tanah air paling berpengaruh semalam memang terserlah apabila dia memilih untuk membawakan pakaian yang diinspirasikan oleh karya seni Saiful Razman.

Bertemakan wearable art, Neelofa memilih pakaian sedondon putih bersama pengacara bersama, Nabil Ahmad semasa segmen pembukaan. Kemudian, Neelofa menukar stail kepada pakaian ala ball gown yang diperincikan dengan batuan Swarovski.

Cantik dan punya aura, namun masih ada kata-kata nakal yang tidak berpuas hati. Kali ini, ada yang menggelarnya hijab kain netting yang dipakainya seperti kain kelambu. Dress merah keunguannya pula disamakan dengan watak Cheshire Cat di dalam filem Alice in Wonderland.

Hhm, penulis turut terserempak dengan komen, “Sempena tahun bawang, so Neelofa bawa konsep bawang putih dan bawang merah.” Err kreatif betul netizen Malaysia, banyak sinonim yang mereka boleh keluarkan.

Cakaplah apa saja, Neelofa dalam kenyataannya berkata dia sudah terbiasa dan tidak mengambil peduli akan kata-kata netizen yang nakal seperti itu. “Paling penting saya berpuas hati dengan apa yang saya pakai,”

* * * * *

Maklumlah, pakaian Neelofa di AME setiap tahun pasti akan dibahaskan. So bila ada je yang tak kena di mata netizen setiap tahun, Neelofa pun dah naik lali juga.

Agaknya rekaan siapa yang Neelofa akan gayakan malam ni. Kenalah tengok Anugerah Meletop Era malam ini di Astro RIA!

Published by
FZ