
Inilah penangan media sosial. Mudah-mudah je ditularkan tanpa diselidiki kebenarannya.
Semalam tular di aplikasi WhatsApp berhubung penjualan kereta model Proton Exora berharga RM30,000 di Ibu Pejabat Proton Holdings Bhd, Shah Alam semalam.
Kereta yang asalnya (konon-konon) untuk jualan teksi tetapi tidak mendapat sambutan kerana penumpang lebih gemar menggunakan Grab dan Uber. Dan sebab itulah kereta Exora hendak dilelong dengan separuh harga sahaja.
Bila sudah tular, sudah tent orang hendakkan jawapannya. Yalah sebelum main serbu nak beli. Buatnya datang jauh-jauh dah dapat penat jer.
Sinar Harian melaporkan, jurucakap Proton ketika dihubungi berkata, penjualan tersebut memang berlangsung di ibu pejabat.
“Memang kita ada buat diskaun, tapi penjualan itu hanya untuk staf Proton, DRB-Hicom dan ada juga dibuka kepada vendor.
“Penjualan tidak terbuka kepada orang luar,” katanya.
Ketika ditanya tentang harga jualan tersebut, beliau tidak dimaklumkan tentang perkara itu.
Namun, difahamkan penjualan sudah berlangsung dalam minggu ini.
Semalam memamg heboh tentang rakaman suara di WhatsApp yang mendakwa kereta Proton Exora sedang dijual dengan tawaran separuh harga iaitu RM30,000.
Polis Nafi Kehilangan Nora Quoirin Adalah Kes Culik

Awal minggu ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan remaja berusia 15 tahun yang datang bercuti ke Malaysia bersama ahli keluarganya, Nora Anne Quorin di Negeri Sembilan.
Kehilangannya hanya disedari keluarga pada jam 8 malam dan bantuan media sosial turut digunakan untuk mencari Nora.
“Ini adalah Nora Quoirin. Dia hilang di Malaysia, sedang bercuti dengan keluarganya dan tinggal di hotel di Seremban.
“Dia berusia 15 tahun dan mempunyai masalah pembelajaran. Mereka kini tinggal di London, ibunya kini sangat risau. Tolong retweet ini,” pohon individu yang merupakan kawan kepada ibu Nora.
This is Nora Quoirin. She’s missing in Malaysia – was on holiday with her family, staying in a hotel in Seremban. She’s 15 amd has special needs. Her mum is an old friend from Belfast – they now live in London. They are frantic so pls retweet this. pic.twitter.com/RZo6L7HX67
— Catherine Morrison (@CackyMo) August 4, 2019
Susulan itu juga, nama Nora Quoirin turut trending di laman Twitter bagi membantu mencari remaja tersebut.
Nafi Kes Culik
Dalam pada itu, memetik Bernama, Polis menafikan kes tersebut sebagai kes penculikan. Ketua Polis Negeri Sembilam, Mohamad Mat Yusop berkata setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dam kes masih diklasifikasikan sebagai kes hilang.
“Kita tidak dapat elemen dan petunjuk menyatakan adat unsur jenayah dan sebagainya sebab itu kita masih yakin mangsa ini hilang dan kita perlu mencarinya. Tiada unsur-unsur jenayah didapati setakat ini.
“Kita juga percaya mangsa masih berada di kawasan sekitar sebab itu aset-aset kita tumpukan di sini seperti Pasukan Gerakan Am, helikopter, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, dan Rela
“Sekiranya ada maklumat yang tepat, gunakan dengan saluran betul dan tidak menyebarkan ke saluran tidak betul sehingga media asing memetic sebarang kenyataan sebarangan melalui info tidak tepat.
“Kita boleh mengambil tindakan kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu,” katanya kepada pemberita, semalam.
Sementara itu, operasi pencarian masih tetap diteruskan dan dijalannkan di sekitar kawasan berhampiran. Dijangka, anggota pihak berkuasa akan ditambah untuk operasi tersebut.
Acah Nak Sweet Punca Remaja Taksub Sambut Valentine’s Day

Isi Kandungan
ToggleHari ini, 14 Februari. Valentine’s Day. Disebut sebagai hari kasih sayang, ramai pasangan kekasih teruja untuk menantikan hari ini. Makan-makan, keluar bersama, tukar-tukar hadiah konon dilihat sebagai romantik!
Bagi pasangan kekasih, awal-awal lagi sudah prepare budget nak belikan apa untuk pasangan. Nak coklat, nak bunga, nak baju, nak itu atau tak tahu nak beli apa pun sampai perlu bertanya kepada kekasih, apa yang mereka inginkan pada hari kasih sayang ini. Kata anak muda, budget nak glamer ajer!
Pendek kata, ramai orang Islam tahu apa kisah di sebalik Valentine’s Day ini. Ini hari memperingati ajaran agama Kristian tetapi ramai mengambil pendekatan dan pemahaman sendiri, hanya mahu meraikan “kasih sayang” itu sendiri.

Apa kata Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) tentang isu ini. Remaja bertanyakan lima soalan dan beliau kupaskannya.
Kita tahu ia bukan budaya orang Islam tetapi kenapa sengaja nak menyambutnya?
Masyarakat kita suka kepada budaya viral dan popular. Kadang-kadang tanpa rasional dan bimbingan ilmu. Disebabkan sambutan Valentine’s Day dilihat popular atau ala-ala glamour, ramai terikut-ikut untuk menyambutnya.
Kebanyakan mereka yang menyambutnya bukanlah untuk mengikut sambutan seperti agama Kristian tetapi lebih kepada ikut-ikutan dan seronok-seronok sahaja.
Berbekalkan kejahilan, anak-anak muda kita hanyut tanpa tujuan. Walaupun tanpa pengetahuan tetapi disebabkan sambutan Valentine’s Day itu berkait dengan agama, ia seharusnya difahami dengan ilmu. Budaya hidup viral, popular ataupun seronok-seronok perlulah sentiasa dipandu oleh sempadan agama, selagi tidak bercanggah dengan akidah dan hukum asas dalam Islam.

Adakah kita sudah dipengaruhi oleh budaya Barat?
Hari ini, antara sebab utama juga adalah faktor globalisasi. Semua berita seluruh dunia ada di depan mata dan hujung jari menyebabkan pengaruhnya memberi impak yang kuat kepada masyarakat kita untuk mengikutnya.
Adakah hati kita sudah hitam?
Saya tak nafikan, ada kelonggaran aspek pegangan agama disebabkan oleh pengaruh luaran yang mungkin menjauhkan daripada kehidupan beragama. Bila kekuatan agama rendah, memungkinkan hati kita tidak istiqamah dalam mengikuti panduan agama. Walaupun dah tahu larangan-larangan agama, kadangkala tunduk kepada desakan pengaruh luaran, keinginan nafsu dan sebagainya.

Adakah hati kita sudah tidak menerima Nur Allah lagi?
Semakin banyak kita hidup dalam maksiat dan dosa di sekeliling kita, semakin mudah hati kita tertutup menerima kebenaran. Kekuatan untuk kita beristiqamah dalam amalan hidup beragama ataupun kekuatan untuk melawan gangguan tarikan untuk melanggar larangan Tuhan, akan jadi lemah dan terganggu bila hati dah terbiasa dengan titik-titik dosa.

Apa patut kita buat?
Jangan kita semata-mata salahkan pengaruh barat yang mempengaruhi, sebab kalau diri kita kuat, kita tidak akan bermasalah dengan pengaruh luaran. Yang penting, kita perlu betulkan kita, Antaranya:
1. Ibu bapa lebih rapat dan banyak masa sentiasa bersama anak-anak. Banyakkan aktiviti yang lebih menarik tanpa perlukan aktiviti sambut Valentine’s Day. Kita tak mampu mengubah barat, tetapi kita boleh ubah kita?!
2. Permantapkan kefahaman dan kekuatan berpegang kepada hukum agama dalam keluarga.
3. Masyarakat boleh sampaikan penerangan hukum Valentine’s Day dengan cara lebih dekat dan mudah diterima oleh anak-anak muda, elakkan semata-mata mengambil sikap ‘against’ dan menentang mereka.
4. Elak menyalahkan tetapi juga perlu menyediakan alternatif sambutan yang lebih baik dan menggembirakan golongan anak muda.
Wallahua’lam
Masjid Kristal Terengganu Kembali ‘Bersinar’ Dan Beroperasi Selepas 4 Tahun!

Pernah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia, Masjid Kristal sebelum ini di ‘tinggalkan’ selama 4 tahun ekoran proses baik pulih beberapa masalah bangunannya selepas tertangguh akibat pandemik.
Namun, nampak gayanya masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu ini kembali bersinar selepas empat tahun tidak beroperasi. Malah, Masjid Kristal yang menjadi antara tarikan utama ke Taman Tamadun Islam (TTI) di sini kini dibuka kepada orang ramai untuk aktiviti ibadah dan pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata kerja-kerja pembaikan Masjid Kristal yang bermula pada 2018 telah pun siap dengan perbelanjaan sebanyak RM700,000.
Antara proses baik pulih dilakukan meliputi penggantian kubah yang pecah, penggantian silikon dan ‘water proofing’ pada atap rata masjid.
Bagaimanapun kata beliau, masih terdapat beberapa kerja pembaikan kecil yang lain seperti aspek pencahayaan yang akan dilaksanakan sehingga hujung tahun ini bagi menarik kunjungan lebih ramai pelancong.
“Selepas sekian lama, Masjid Kristal akhirnya sudah boleh beroperasi dengan selamat terutama untuk aktiviti ibadah pada bulan Ramadan yang tinggal hanya beberapa hari lagi.
“Kita akan melaksanakan solat tarawih berjemaah setiap malam sepanjang Ramadan bersama imam jemputan, aktiviti tadarus dan tadabur al-Quran setiap Ahad hingga Rabu jam 12 tengah hari dan kuliah Zohor setiap Khamis pada jam 12 tengah hari.”
“Kita juga akan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan mengadakan qiamullail dan bersahur. Jadi, semua dialu-alukan untuk merasai kembali kehebatan Masjid Kristal,” katanya.
Untuk pengetahuan korang, Masjid Kristal ini mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Malah, Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Terengannu mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk menyemarakkan sambutan Ramadan di Masjid Kristal kerana banyak program dan aktiviti disediakan.
Orang Terengganu apa lagi, jom la pengimarahan masjid ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Bernama