Memalukan!

Inilah kecaman dihadapi oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia apabila tertera nama kementerian antara yang menyokong Tatto Malaysia Expo 2019 yang diadakan pada 29 November hingga 1 Disember lalu. Dalam kecaman ini, dilihat sebahagian peserta berada dalam keadaan separa bogel untuk memperagakan tatoo yang ada di tubuh mereka sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
**media[86091]

Antara yang memberi kecaman termasuklah dari Ustaz Ahmad Dasuki yang menyuarakan suara hatinya mengenai isu ini dua jam yang lalu di fb miliknya.

“Apakah ini yang di maksudkan rahmatan lil alamin?… Apakah ini yang di maksudkan Malaysia Baru?..Apakah ini akan memulihkan ekonomi yang sedang malap ini?.. apakah ini juga agenda untuk mengangkatkat martabat ummah ini?.. atau sebenarnya 'hantu hantu' abu mayat chin peng bapak komunis itu??.. tanya je, manalah tahu RBA PH terasa…itu pun kalau ada hati dan agama.. saat mereka yang di uji dengan ujian banjir.. mereka pula berpesta dengan dosa… إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون.



Expo Tattoo Yang Dikecam Rupanya Bermula 2015 Lagi, Kementerian Pelancongan Nafi Terlibat Event Separa Bogel

Expo Tattoo Yang Dikecam Rupanya Bermula 2015 Lagi, Kementerian Pelancongan Nafi Terlibat Event Separa Bogel

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Nafi Terlibat

Ads

Masa yang sama, di fb Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Menterinya, Datuk Mohammadin Ketapi berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separa bogel diadakan pada acara tersebut.

Katanya, beliau telah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention And Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tersebut.

Jelasnya lagi, expo ini sudah diadakan sejak 2015 lagi di Malaysia terutama di Kota Kinabalu dan merupakan acara tertutup tapi ia telah melanggar tata susila.
Expo Tattoo Yang Dikecam Rupanya Bermula 2015 Lagi, Kementerian Pelancongan Nafi Terlibat Event Separa Bogel

Expo Tattoo Yang Dikecam Rupanya Bermula 2015 Lagi, Kementerian Pelancongan Nafi Terlibat Event Separa Bogel

Ads

Dalam pada itu pendedahan dari Public Health Malaysia yang mendedahkan ia adalah tajaan dari syarikat rokok begitu mengejutkan.

Selepas Oktoberfeast, Vapefeast dan kini kita dikejutkan dengan penganjuran expo tatoo yang jelas menunjukkan percanggahan dengan sosiobudaya masyarakat setempat di Malaysia.
Untuk makluman, penganjuran majlis yang mendapat kecaman masyarakat ini sebenarnya dianjurkan oleh produk syarikat tembakau yang berperanan sebagai Title Sponsor bagi expo ini.

Dalam kenyataan terkini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia memaklumkan adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah namun adakah pihak kementerian juga tidak tahu bahawa penganjur expo berkenaan merupakan produk syarikat rokok?

Ads

PENGLIBATAN MOTAC BERTENTANGAN DENGAN ARTIKEL 5.3 FCTC

Malaysia telah menandatangani perjanjian WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) iaitu suatu komitment kerajaan untuk menghentikan isu ketagihan tembakau diperingkat global.
Salah satu komponan perjanjian tersebut (artikel 5.3) menyebut mengenai perlindungan polisi kesihatan awam dengan menghentikan segala bentuk kerjasama dengan syarikat tembakau.
Penglibatan MOTAC dalam majlis anjuran syarikat tembakau tidak sewajarnya berlaku dan alasan untuk menarik pelancong asing tidak sepatutnya mendahului kepentingan polisi kesihatan masyarakat
.

Malaysia begitu kaya dengan khazanah alam, kepelbagaian budaya masyarakat berbilang kaum dan pelbagai lagi tarikan hebat yang boleh menjemput pelancong untuk datang ke Malaysia. Jangan jadikan aktiviti aktiviti negatif yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat setempat sebagai alasan untuk menarik pelancong.
Ermm, apa komen korang tentang isu nie!

Penganjuran majlis yang mendapat kecaman masyarakat ini sebenarnya dianjurkan oleh produk syarikat tembakau yang berperanan sebagai Title Sponsor bagi expo ini.

Dalam kenyataan terkini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia memaklumkan adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah namun adakah pihak kementerian juga tidak tahu bahawa penganjur expo berkenaan merupakan produk syarikat rokok?


Ermm, apa komen korang tentang isu nie!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI