Berita baik buat peminat kdrama Extrao rdinary Attorney Woo, drama 16 episod yang bakal melabuhkan tirainya esok dikhabarkan bakal menemui peminat untuk musim kedua.
Hal ini telah dikongsikan sendiri oleh presiden Lee Sang Baek dari ASTORY yang mengumumkan bahawa siri drama ini akan disambung ke musim kedua dan dijangka bakal menemui penonton pada tahun 2024.
“Terima kasih atas sokongan ramai penonton, Attorney Woo akan kembali untuk musim kedua. Kami berharap drama tersebut dapat ditayangkan pada 2024. Walau bagaimanapun, proses pelarasan jadual pelakon dan kru menjadi cabaran paling besar. Kami berharap untuk meneruskan musim kedua tanpa sebarang pertukaran pelakon atau sebarang perubahan kepada tenaga produksi,” jelasnya.
Drama Extraodinary Attorney Woo mengisahkan tentang seorang penghidap gangguan spektrum autisme, namun sangat berbakat dalam bidang undang-undan kerana mampu menghafal segala akta perundangan sejak kecil lagi. Keistimewaannya itu menjadikannya seorang peguam dan bekerja di firma guaman terkemuka, Hanbada.
Walaupun seorang autistik, namun kelebihan dan kemahiran Woo Yong Woo menyelesaikan kes menjadi tarikan utama yang membuatkan penonton tertarik dengan drama ini.
Dibintangi oleh Park Eun Bin, Kang Tae Oh, Kang Ki Young dan Yoon Kyeong Ha, drama Extraordinary Attorney Woo bakal berakhir pada esok hari. Sehingga kini, drama ini menerima pujian dan jumlah rating yang tinggi.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=ZR5k3G3N5LY&t=1064s