Eyebag Makin Teruk Bangun Sahur Awal Pagi? Gunakan 5 Produk Ini Untuk Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata!

Share

Sering ditegur sebab nampak lesu dan tak bermaya? Mata panda, eyebag atau lingkaran hitam bawah mata adalah masalah yang disering dialami terutama di bulan Ramadan ini. Maklumlah waktu malam sibuk berterawih manakala sahur pulak di awal pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilangkan Eyebag Guna Vaseline, Calit Sedikit Sebelum Tidur Hilang Terus Gelap Bawah Mata

Walaupun ianya tidak perlu dibimbangkan, sebagai remaja pasti anda ingin wajah yang tampak mulus, berseri tanpa sebarang lingkaran hitam bukan? Haaa..korang tidak perlu risau lagi kerana Remaja telah senaraikan 5 produk berkesan untuk hilangkan isu lingkaran hitam bawah mata dan mata sembab.

L’Oreal Paris Revitalift Triple Action Anti Aging Eye Cream

Umum mengetahui jenama L’Oreal cukup diminati kerana harganya yang berpatutan dan berkesan. Anda boleh cuba krim mata ini untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata kerana ia mengandungi titanium dioxide yang bertujuan untuk melindungi daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dilengkapi dengan kepala bebola metal yang memudahkan aplikasi dan memberi kesan sejuk menyamankan apabila diaplikasikan.

Apa yang best tentang produk ini adalah ianya bebas daripada paraben, minyak mineral, dan alkohol. Cara penggunaannya juga mudah dengan memicit tiub dan memulakan sapuan di bawah mata pada setiap pagi selepas membersihkan wajah.

Jika berminat, anda boleh mendapatkannya di Watson terdekat dengan harga bermula dari RM48. Jangan lupa pakai pelindung matahari (sunscreen) untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat okay!

Nutox Eye Refiner

Krim mata buatan Malaysia ini telah terbukti keberkesanannya dek kerana lambakan testimoni yang memberikan maklum balas yang baik untuk produk ini. Namun, apa yang menarik tentang krim mata ini adalah ianya diformulasikan dengan ekstrak sarang burung sebagai salah satu bahan yang menjadi sumber semula jadi protein dan kolagen.

Nutox Eye Refiner ini tidak melekit selepas pemakaian dan selain menghilangkan eyebag dalam masa yang terdekat, ianya juga berfungsi untuk memudarkan garis halus bawah mata serta kegelapan di kawasan itu. Krim mata ini juga dihasilkan dengan biji Avena Sativa yang kaya dengan agen anti-keradangan. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, anda wajib cuba produk ini.

Setiap malam sapukan krim tersebut dengan menggunakan jari yang bersih dan lembut di bawah mata. Anda boleh dapatkannya di farmasi berdekatan dengan harga RM32 sahaja.

A.H.C Ageless Real Eye Cream For Face

A.H.C Ageless Real Eye Cream merupakan produk buatan Korea yang amat popular dan diyakini ramai. Tengok sahajalah duta dia, pelakon terkenal Kim Hye Soo yang masih kelihatan awet muda walaupun umurnya kini mencecah 52 tahun.

Setanding dengan popularitinya, krim ini boleh digunakan pada seluruh muka dan ianya diperkaya dengan kolagen hidrolisis yang dicipta hampir serupa dengan kolagen semula jadi manusia untuk memudahkan penyerapan nutrien. Bahan antioksida yang terkandung dalam krim ini juga boleh membantu menenangkan mata anda yang kelihatan penat serta mencerahkan kawasan kulit yang gelap.

Cara nak guna pun sangat mudah, anda hanya perlu sapu krim ini sesudah mencuci wajah, dan memakai pelembap. Cepat lari ke Watsons berdekatan untuk dapatkan muka yang lebih berseri dan bebas tanpa lingkaran hitam bawah mata raya ini dengan harga RM34 sahaja!

Cosmoderm Eye Treatment Gel

Krim mata dari Cosmoderm ni merupakan produk yang asyik sold out di Watson. Maklumlah kerana harganya yang berpatutan dan mengandungi bahan yang berkualiti.

Ia diperkaya dengan Koenzim Q10, Vitamin A dan juga ekstrak tumbuhan yang bertujuan untuk mencerahkan lingkaran bawah gelap, mata bengkak dan garis halus. Krim mata ini juga dapat menganjalkan kulit, mengurangkan lingkaran gelap dan menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran gelap. Paling penting produk ini tidak diuji menggunakan haiwan dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Anda hanya perlukan sedikit sahaja kuantiti produk ketika mengaplikasikannya. Jangan pakai terlebih banyak nanti isu lain yang muncul seperti biji millia terperangkap di bawah kulit. Haaaa, guna dengan berhemah okay! Dengan harga RM20, sangatlah sesuai bagi anda yang masih belajar.

Guardian Bye Bye Puffy Eyes Mask

Mata yang penat seperti yang kita tahu akan lebih cenderung untuk mengalami masalah eyebag yang teruk. Eyebag juga merupakan kesan kurang hidrasi pada kulit, jadi masker khas untuk mata ini sangat sesuai untuk anda yang sedang berjimat dan tidak mempunyai banyak masa terluang untuk memberi perhatian penuh terhadap kondisi bawah mata anda.

Eye mask ini turut bebas daripada alkohol, paraben, dan silikon. Maka usah ragu-ragu kerana tiada bahan berbahaya dikandungi oleh produk ini. Selain itu, ia mengandungi khasiat daripada bahan yang digunakan seperti Niacinamide dan vitamin E yang bersifat anti-penuaan dan boleh mengekalkan keanjalan kulit serta mencerahkan kawasan mata.

Cara penggunaannya juga mudah dan cepat. Letakkan eye mask ini di bawah mata sesudah membersihkan wajah dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, urut wajah anda dengan lembut agar pati produk ini diserap oleh kulit dengan lebih baik.

BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Cleveland Clinic, Watson, Shopee

Published by
Adriana Syaurah