Foto Via Pexels

Ada tak sesiapa di sini yang masih tidak mengetahui cara pakai eyeliner? Cepat mengaku, tak payah nak malu.

Eyeliner Buat Mata Lebih ‘Fresh’, 7 Trik Ini Kena Pro!
foto via pexels

Tujuan penggunaan eyeliner adalah agar mata terlihat lebih tajam dan ekspresif sehingga wajah nampak fresh. Dan selalunya kita menggunakan eyeliner dari rona gelap seperti hitam  Apa kata korang cuba dulu 7 trik mudah ini untuk menonjolkan gaya fresh setiap hari.

Pilih warna yang sesuai

Untuk wanita Asia, antara warna yang sesuai korang boleh cuba ialah warna hitam, coklat, atau plum. Pastikan eyeliner boleh disesuaikan dengan warna eye shadow yang dipakai.

Kesan smokey eyes

Guna eye shadow yang sama warna dengan eyeliner. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.

Ads

Eyeliner Buat Mata Lebih ‘Fresh’, 7 Trik Ini Kena Pro!

Untuk yang bermata bundar

Cukup sekadar menarik garisan bermula dari tengah dan bukan dari hujung mata. Untuk yang mempunyai mata bersaiz kecil pula, tariklah garisan dari hujung dalam mata.

Kesan mata yang lebih tajam

Jangan buat dari hujung dalam mata, tapi mulakan dari tengah dan seterusnya buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata.

Ads

Eyeliner Buat Mata Lebih ‘Fresh’, 7 Trik Ini Kena Pro!

Sebelum membuat garisan di bawah mata

Taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan sempurna.

Membentuk garis mata yang tebal

Gunakan eyeliner berbentuk cecair. Pilihan terbaik adalah yang hujungnya berbulu. Manakala untuk kesan yang lebih semula jadi, gunakan pensil alis. Klik sini untuk lihat eyeliner dan kosmetik lain dari NITA Cosmetics. Menarik dan berbaloi!

Ads

Eyeliner Buat Mata Lebih ‘Fresh’, 7 Trik Ini Kena Pro!

Letakkan siku pada permukaan yang mendatar

Cara ini dilakukan kalau tak nak tangan bergoyang semasa menghasilkan garisan.

Mulakan dari tengah kelopak mata ke arah dalam, lukis sedekat mungkin dengan batas bulu mata tumbuh. Lakukan proses yang sama untuk membentuk garis yang menghala ke arah luar mata.

Senang je kan? Lepas ni boleh la try sendiri dan lihat hasilnya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI