Pelakon dramatis, Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid selangkah setapak ke hadapan dalam perhubungan mereka dengan mengikat tali perkahwinan setelah sekian lama menjalani hubungan cinta jarak jauh.
Menerusi hantaran terbarunya, pemilik nama penuh Wan Atiqa Wan Sarmizi itu mendedahkan bahawa majlis pertunangan itu telah dilangsungkan serba ringkas dan secara tertutup bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Kias Eyka dengan ucapan, “Salam tunangku…”, pelakon berusia 29 tahun itu diberikan sebentuk cincin berjenama Tiffany & Co dan sebiji kek bagi meraikan tarikh istimewa 4 Ogos 2024 itu.
Terdahulu, Eyka menerusi perkongsian di sesi podcast Studio Sembang bersama Amelia Henderson berkata mereka terpaksa menjalani perhubungan jarak jauh disebabkan tuntutan kerja masing-masing di mana dia sibuk di set penggambaran yang lokasinya selalu di berada di ibu negara.
Manakala Akhyar pula terikat dengan komitmen sebagai pemain bola sepak kelab Terengganu FC.
Di awal pengenalan, Eyka berkata dia tidak begitu jelas dengan latar belakang Akhyar dalam bidang sukan bola sepak. Akhyar yang mula mendekati Eyka dengan menghantarkan DM di Instagram hanya mengetahui tentang Akhyar setelah menanyakan kepada adiknya.
Sepanjang lima tahun mengenali hati budi masing-masing, mereka tidak menganggap perhubungan jarak jauh itu menganggu momentum mereka sebagai pasangan serasi.
Sebaliknya, ia membantu mereka fokus terhadap kerjaya masing-masing dan hanya bertemu apabila berkelapangan.
Rahsia utama di sebalik kejayaan hubungan sebegitu rupa adalah kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan masing-masing serta meluang masa secara berkualiti apabila berjumpa.
BACA: Atiq Azman Sedia Perbaiki Diri Selepas Bergelar Tunangan Orang, “Perangai Lama Kena Ubah…” – REMAJA
Tahniah Eyka dan Akhyar!
FOTO: Instagram Eyka Farhana
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.