Pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli, Eyra Hazali, memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Berita gembira itu dikongsikan Eyra menerusi sebuah perkongsian entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Buat Perangani, Fikirlah Nama Ayah Dulu” -Eyra Hazali
Katanya, dia bakal melahirkan bayi ketiga kira-kira dalam masa empat bulan.
“Bismillahirrahmanirahim, penambahan satu lagi cinta dalam keluarga kami. Baby nombor tiga dalam perjalanan!
“Di sini, Eyra minta doa-doa baik dari semua untuk kami sekeluarga memandangkan bayi kecil kami akan bersalin dalam masa empat bulan. Terima kasih semua,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Memang Ambil Masa & Perlu Yakin Dengan Allah” Shazz Zainuddin Titip Nasihat Buat Remaja Yang Alami Depresi
Menerusi perkongsian di saluran Youtube miliknya pula, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan dia hamil anak kembar namun salah seorang tidak menjadi.
“Rupanya dua anak Mama Papa tapi tiada rezeki, satu tak jadi. Tinggal lah satu anak Mama Papa.
“Tak apa, Mama Papa masih bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih Allah SWT,” katanya.
Sekadar informasi, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 November 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qalish dan Endra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Eyra Hazali
Selepas BTS, Giliran BLACKPINK Dijemput PBB Kupas Isu Dunia
Kumpulan penyanyi wanita terkenal dunia ini mencipta fenomena menerusi muzik mereka yang mengasyikkan. Dengan lagu-lagu menjadi juara carta dan muzik video mencecah bilion tontonan, tidak dapat disangkal lagi pengaruh mereka kepada masyarakat.
Terbaru, kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh empat gadis menawan, Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo telah dilantik sebagai penyokong rasmi bagi Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perlantikan itu telah berlangsung kelmarin, 25 Februari 2021 bertempat di kediaman rasmi Duta British ke Korea Selatan, yang mana mereka menerima surat peribadi yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri Britain, Borris Johnson.
Dalam surat itu, Boris mengucapkan tahnniah kepada kumpulan tersebut kerana berjaya menaikkan kesedaran terhadap isu perubahan iklim menerusi video yang dilakukan mereka berkenaan isu tersebut. Ditonton lebih 10 juta kali di pelbagai platform sosial media, ia ternyata berjaya menyampaikan mesej dan menyedarkan ramai pihak betapa seriusnya isu ini.
“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mendidik diri sendiri tentang perubahan iklim. Kita haris tahu apa yang terjadi, kerana ia memberi kesan kepada kita semua. Kami mahu belajar lebih lagi tentang perkara ini dan kami berharap agar peminat kami pun akan turut serta bersama,” ujar ahli kumpulan BLACKPINK.
Jadi apa lagi BLINKS! Mainkan peranan anda sekarang. Turut serta dalam kempen cakna terhadap perubahan Iklim. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kelestarian planet ini.
Sumber: Soompi & Youtube BLACKPINK
Fakta Menakutkan! 80% Kanak-Kanak 10-17 Tahun Sudah Tonton Pornografi Secara Sengaja
Adakah fakta ini mengejutkan kita sebagai orang dewasa?
Ada pelbagai jawapan, ya dan tidak atau buat tak tahu sebab bukan ada kaitan dengan kita!
Namun jika dilihat kepada corak perlakuan, tidak mustahil hal ini terjadi.
Semalam, akhbar arus perdana melaporkan hasil kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan – kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.
Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.
Pengerusi MAP Dr Shamsuriani Md Jamal berkata bagi membanteras kedua-dua isu itu, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelekan internet mereka bagi membantu anak-anak dari gangguan pornografi dalam talian, sedangkan menyekat mereka dari menggunakan internet bukan cara terbaik.
“Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang bagaiman menggunakan internet dengan sempurna dan mewujdukan persekitaran famili yang selamat dari pengaruh pornografi.
“Dalam pada itu ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka agar tidak melayari sebarang ‘iklan’ yang muncul ketika menggunakan internet jika ‘iklan’ itu membabitkan pasaran tidak sopan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Karnival Kesedaran Rakyat di Kuala Lumpur semalam.
Ibu bapa sila pantau, remaja sila berfikir!
Beliau berkata, MAP sedang menawarkan kursus percuma dalam talian di laman web mereka untuk ibu bapa yang ingin mengingkatkan kecelekan internet, dan mempelajari cara bijak menggunakan internet dan bahaya melayari laman pornografi.
Dr Shamsuriani juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau aktivit anak-anak di laman media sosial serta mewujudkan ‘privacy functions’ dalam akaun mereka bagi menghalng daripada diceroboihi orang-orang yang tidak dikenali.
“Ibu apa perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan ‘privacy function’ ini dan tidak menerima sebarang ‘permintaan mesra’ dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu,” katanya.
Menurut beliau, antun dalam talian adalah satu bentuk jenayah siber, dalam mana ‘modus operandi’ mereka ialah mewujudkan akaun media sosial palsu dan mereka akan berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa, selain memaksa mereka mengirim gambar bogel dan dalam senario paling teruk mereka melakukan jenayah sosial dengan cara mengajak kanak-kanak bersiar-siar keluar bersama mereka.
Di sebalik isu ini, reaksi ini bagaimana pun mendapat respon dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang meminta Malaysians Against Pornografi menjelaskan metodologi kajiannya secara terperinci.
Dr Wan Azizah berkata kajian itu perlu menjelaskan metodologi secara terperinci.
“Jelas sekali, hasilnya membimbangkan. Walau bagaimanapun, penemuan harus dijelaskan dari segi bagaimana kajian dijalankan, berapa kecil atau seberapa besar sampelnya? Bagaimana MAP mendapatkan kesimpulan. Bagaimanakah MAP datang kepada keputusan seperti itu? “Katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai laporan media semalam bahawa kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 dan 17 menonton pornografi secara sengaja.
Dr Wan Azizah juga meminta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan sumber-sumber lain mengenai penemuan kajian oleh MAP.
Beliau berkata kementeriannya memberi perhatian serius terhadap kanak-kanak yang terdedah kepada pornografi di ruang siber.
Timbalan Perdana Menteri berkata Kajian Populasi dan Keluarga Malaysia kelima pada tahun 2014 menunjukkan 35.3 individu berusia 13 hingga 24 tahun terdedah kepada pornografi menerusi internet, telefon pintar dan cakera video digital lucah. Kajian ini dijalankan oleh LPPKN setiap 10 tahun.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN telah memberi pendidikan kepada ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di ruang cyber melalui Program Kesedaran Keselamatan Anak-Anak dan Keluarga (Peka) di mana ibu bapa diajar cara untuk membantu anak-anak dalam buli siber, seksting dan dandanan dalam talian.
“Pada 2018, 184 program Peka telah dijalankan melibatkan 5,520 peserta dari seluruh Malaysia. Satu lagi program ialah Pekerti yang memberikan pendedahan kepada kanak-kanak dan remaja mengenai seksualiti di mana 779,000 peserta terlibat dalam program tersebut pada penghujung tahun 2018.
“Selain itu, kempen Keluarga Smart Cyber ini bertujuan untuk memastikan masa yang berkualiti dengan keluarga serta menetapkan masa yang sesuai untuk menggunakan alat-alat serta kempen Keluarga Tolak Pornografi (Stop), inisiatif pertubuhan bukan kerajaan,” tambahnya. Dr Wan Azizah. – Bernama
Dalam isu di atas, remaja seharusnya sudah tahu membezakan buruk dan baik kerana sebarang tindakan akan memberi refleks dalam kehidupan di masa depan.
2 Hari Sebelum Konsert Blackpink ‘The Show’, Ini 4 Perkara BLINKS Patut Tahu
Tak salah lagi, Blackpink merupakan grup perempuan paling mencetuskan fenomena di dunia pada masa ini (yes we said what we said).
Buktinya, kemunculan konsert ‘Blackpink Livestream Concert: The Show’ yang bakal menemui peminat di YouTube pada hari Ahad ini telah hangat diperkatakan sepanjang minggu ini. Dan semalam, mereka berkesempatan untuk mempersembahkan sedikit teaser di rancangan The Late Late Show with James Corden dengan trek dari ‘The Album’ berjudul Pretty Savage.
Selepas hanya sehari video persembahan mereka itu dimuat naik di YouTube, ia telah mencatatkan 8.9 juta tontonan dengan lebih 80,000 komen daripada Blinks di seluruh dunia.
Komen Jenny mengenai perasaan mereka kira-kira 2 hari sebelum konsert ‘The Show’, katanya, “Disebabkan ini adalah konsert virtual pertama kami, kami sedikit cemas semasa awal-awal persediaan. Namun kami gembira untuk terlibat di dalam persediaan untuk beberapa bulan yang lepas.
“Kami sebenarnya berada di venue konsert terssebut seperti yang kamu dapat lihat. Kami telah sediakan persembahan menarik, band menarik, semua yang menarik untuk tontonan semua. Kami tak sabar untuk kamu melihatnya.”
Jisoo juga jelas merindui peluang untuk bersama Blinks. “Saya rindukan suara jeritan mereka dan energy yang mereka berikan. Saya tak sabar menantikan hari di mana kami dapat kembali berinteraksi bersama mereka di pentas ini.”
*
Jadi bagi korang yang tak sabar menantikan tarikh 31 Januari ini untuk konsert ‘The Show’ oleh Blackpink, ini adalah 4 perkara yang harus korang ketahui.
01
Konsert ‘The Show’ akan ditayangkan secara live stream pada hari Ahad ini bermula jam 1 tengah hari (waktu Malaysia) dan ini merupakan kali pertama lagu-lagu dari ‘The Album’akan dinyanyikan oleh mereka secara langsung selain How You Like That dan Pretty Savage. Mereka juga dijangka menyanyikan lagu hit terdahulu yang telah ditukar tempo.
02
Selepas beberapa hari mempromosikan klip teaser bagi trek solo pertama Rosé yang masih belum mempunyai tajuk, ramai yang tidak sabar untuk menantikan trek itu dinyanyikan secara live di atas pentas ‘The Show’. Kalau korang masing ingat, Rosé pernah digambarkan sebagai singer-songwriter menerusi fiilem dokumentari ‘Blackpink: Light Up The Sky’ di Netflix. Adakah lagu ini ditulis olehnya sendiri?
“Untuk berpeluang menyanyikan lagu solo saya di hadapan peminat pada konsert ini adalah mengujakan. Saya tahu mereka amat menantikan momen ini, ya ini adalah sesuatu yang istimewa (untuk mereka).”
03
Jadi bagaimana untuk menonton konsert ‘The Show’ ini?
Ia akan ditayangkan di YouTube rasmi Blackpink kepada channel member saja. Korang boleh menjadi member menerusi dua jenis subscription iaitu standard dan plus. Standard dijual pada harga RM120 manakal Plus pada harga RM160.
Bayaran boleh dibuat sekali dan akses akan dibuka untuk tempoh 2 bulan selepas tarikh pembelian. Semasa memberikan komen dan secara live chat nanti, korang boleh memilih emoji mengikut bias masing-masing.
04
Selain dapat menonton konsert ‘The Show’, ahli juga berpeluang untuk mendapatkan content eksklusif seperti klip di sebalik tabir semasa sesi bersama band, sesi raptai, penggambaran bersama Blackpink dan sebagainya.
Ia bagaimanapun hanya dapat ditonton sehingga 17 Februari kelak. Selepas itu, sama ada keahlian korang masih ada ataupun tidak, content tersebut akan dipadam oleh YG Entertainment.