Pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli, Eyra Hazali, memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Berita gembira itu dikongsikan Eyra menerusi sebuah perkongsian entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Buat Perangani, Fikirlah Nama Ayah Dulu” -Eyra Hazali
Katanya, dia bakal melahirkan bayi ketiga kira-kira dalam masa empat bulan.
“Bismillahirrahmanirahim, penambahan satu lagi cinta dalam keluarga kami. Baby nombor tiga dalam perjalanan!
“Di sini, Eyra minta doa-doa baik dari semua untuk kami sekeluarga memandangkan bayi kecil kami akan bersalin dalam masa empat bulan. Terima kasih semua,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Memang Ambil Masa & Perlu Yakin Dengan Allah” Shazz Zainuddin Titip Nasihat Buat Remaja Yang Alami Depresi
Menerusi perkongsian di saluran Youtube miliknya pula, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan dia hamil anak kembar namun salah seorang tidak menjadi.
“Rupanya dua anak Mama Papa tapi tiada rezeki, satu tak jadi. Tinggal lah satu anak Mama Papa.
“Tak apa, Mama Papa masih bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih Allah SWT,” katanya.
Sekadar informasi, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 November 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qalish dan Endra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Eyra Hazali