Berita baik untuk kaki ‘gaming’. Facebook baru- baru ini mengumumkan akan melancarkan aplikasi mudah alih permainan video pada hari ini,  Isnin (20 April) yang akan memberi tumpuan kepada penstriman permainan secara langsung.

Facebook Bakal Lancar Aplikasi Khas ‘Gaming’, Mungkin Jadi Pencabar Twitch

Facebook sebelum ini sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna menstrim permainan video secara langsung ketika sedang dimainkan, dan memudahkan pengguna lain untuk menontonnya. Ciri berkenaan sendiri sedia memposisikan Facebook sebagai pesaing untuk Twitch iaitu kendalian Amazon.com Inc, laman YouTube milik Google dan khidmat Mixer yang ditawarkan oleh Microsoft Corp. Ini menunjukkan, syarikat gergasi laman sosial berkenaan melangkah setapak lagi kehadapan.

Facebook Bakal Lancar Aplikasi Khas ‘Gaming’, Mungkin Jadi Pencabar Twitch

Ads

Facebook Gaming pada asalnya dijadualkan dilancarkan pada Jun, namun syarikat itu akan melancarakannya lebih awal berikutan orang ramai menjalani kuarantin diri di rumah akibat COVID-19, menurut laporan itu.

“Membuat pelaburan dalam permainan umumnya menjadi satu keutamaan bagi kami kerana permainan merupakan satu bentuk hiburan yang benar-benar menghubungkan orang ramai,” menurut akhbar yang menukil pengarah aplikasi permainan Facebook, Fidji Simo.

“Ia memberi hiburan yang bukan hanya satu bentuk penggunaan pasif tetapi juga hiburan yang interaktif dan menghubungkan orang ramai,” kata Simo.

Facebook telah melabur dalam permainan video selama bertahun-tahun, dan telah berusaha untuk membina komuniti penstrimannya dengan kerjasama beberapa pencipta permainan dan juga mengadakan kejohanan e-sukan.

Ads

Facebook Bakal Lancar Aplikasi Khas ‘Gaming’, Mungkin Jadi Pencabar Twitch

Walaupun Facebook mempunyai pangkalan pengguna yang besar – lebih daripada 2.5 bilion orang menggunakan Facebook setiap bulan – ia masih ketinggalan dibelakang Twitch dan YouTube apabila berkaitan menstrim video permainan selama berjam-jam.

Ads

Aplikasi itu juga meliputi permainan biasa dan akses kepada penggemar permainan video. Setakat ini dilancarkan untuk versi Android, manakala versi iOS akan dikeluarkan setelah mendapat persetujuan Apple.

So korang rasa mampu ke Facebook menyaingi platform sosial permainan video yang sedia ada?

Sumber: The Verge

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI