Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan sedang merancang untuk penjenamaan semula syarikat gergasi media sosial itu dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober depan.
Menurut laporan The Verge, langkah ini diambil kerana posisi Facebook platform media sosial telah mengaburi anak syarikat yang lain di bawah jenama mereka.
Dengan penjenamaan baharu ini, kesemua syarikat yang berkait dengan Facebook seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan lain-lain akan dikenali sebagai sebuah nama baharu dan berada di bawah satu bumbung.
Walau bagaimanapun, jurucakap Facebook enggan mengulas tentang perkara ini.
Sama-sama kita nantikan pada akhir bulan ini untuk mengikuti perkembangan tentang penjenamaan syarikat gergasi media sosial ini.
Agak-agak korang, nama apa yang bakal menggantikan Facebook nanti?
Sumber: (1)
Pembeli Samsung Galaxy Fold Nikmati 5 Kelebihan Ini Di Stor, Jealous-nya!
Kalau korang merupakan pengguna telefon pintar jenama Samsung, pastinya korang teringin sangat untuk memiliki model telefon baru mereka, Samsung Galaxy Fold.
Dianggap sebagai one of its kind, pengalaman menggunakan Galaxy Fold ini memang dinanti-nantikan sejak klip teaser-nya muncul pada awal tahun ini.
Ia mempunyai ciri-ciri teknologi sofistikated yang masih belum pernah dikeluarkan oleh mana-mana jenama lain.
Bukan hanya fungsinya yang diperkatakan oleh pembelinya, malah mereka juga teruja dengan layanan yang diberikan di stor Samsung bagi ketika mendapatkan Galaxy Fold.
Semasa membeli, pelanggan akan berpeluang untuk mendapatkan sesi consultation bersama pakar dari Samsung yang akan menerangkan keseluruhan fungsi serta aksesori yang diberi.
Korang juga akan diajar mengenai fungsi Smart Switch agar pengalihan nombor telefon, foto, apps dan sebagainya dari telefon lama ke Galaxy Fold mudah dilakukan.
Paling menarik bagi penulis adalah apabila korang ditunjukkan cara bagaimana untuk betul-betul menjaga telefon pintar baru ini agar ia tahan lama. Ini kerana kita selalu mengadu setelah beberapa bulan mendapatkan telefon baru. Sebenarnya kita yang tak tahu menjaganya dengan betul. Hiks!
Sekiranya korang masih mempunyai pertanyaan, Samsung juga menyediakan talian Premium Careline di nombor 1800 88 7799 pada bila-bila masa pada setiap hari.
ARTIKEL BERKAITAN: Kami Bandingkan Samsung Note 10 & 10+, Mana Lagi Berbaloi?
Akhir sekali, servis premium kepada pembeli Galaxy Fold juga termasuk perkhidmatan penghantaran mengikut kesenangan korang. Malah, korang juga akan diberikan servis penukaran skrin dalam (sekali – dalam tempoh sebulan pembelian) setelah mendaftarkan diri sebagai ahli Samsung.
Untungkan?! Ni yang buatkan penulis nak usha Galaxy Fold ni..
We tried the Galaxy Fold, Samsung’s foldable phone pic.twitter.com/DoYdKI1bBY
— The Verge (@verge) April 15, 2019
Bagi korang yang berminat, tempahan awal Galaxy Fold telahpun dibuka di semua stor Samsung bermula 9 Oktober lalu pada harga RM8388.
TikTok Hadkan Masa Untuk Pengguna Bawah 18 Tahun, Hanya 60 Minit
Tanpa memerlukan pengenalan, korang pasti sudah tahu apakah itu TikTok.
Sejak dilancarkan pada tahun 2017, penguna TikTok kian meningkat di seluruh dunia. Disebabkan oleh populariti aplikasi ini di kalangan remaja dan kanak-kanak, ramai yang sering menggunakan TikTok dan berkongsi video mereka di platform lain.
ARTIKEL BERKAITAN : WhatsApp Hadkan Pengguna Pada Tahun 2023? Check Korang Layak Atau Tidak!
Namun jujurnya, disebabkan oleh pengguna yang tak bertanggungjawab, TikTok juga berdepan dengan masalah biasa seperti di media sosial lain.
Korang pernah dengar kan kes remaja yang jatuh sakit disebabkan terlalu obses melayari media sosial dan internet. Mata boleh sakit, kepala pun mudah pening kerana menghadap skrin tanpa henti.
Tiktok Had Masa Skrin Selama 60 Minit
Terbaru, TikTok memaklumkan setiap akaun pengguna bawah 18 tahun akan mempunyai had masa skrin selama 60 minit dalam beberapa minggu akan datang.
Perubahan itu dibuat kerana kebimbangan kerajaan mengenai keselamatan penggunaan aplikasi berkenaan.
Ia juga berikutan kesukaran ibu bapa untuk mengehadkan masa anak mereka untuk menonton perkongsian video di aplikasi dari China itu.
Ketua Amanah dan Keselamatan TikTok, Cormac Keenan menerusi perkongsian di blog memberitahu apabila had satu jam dicapai, kanak-kanak di bawah umur akan diminta memasukkan kod laluan untuk membuat keputusan aktif untuk terus menonton.
Bagi akaun pengguna berumur di bawah 13 tahun, ibu bapa atau penjaga perlu menetapkan atau memasukkan kod laluan sedia ada untuk membenarkan 30 minit masa tontonan tambahan sebaik sahaja had satu jam awal dicapai.
TikTok menetapkan tempoh satu jam selepas berunding dengan penyelidik akademik dan pakar dari Makmal Kesejahteraan Digital di Hospital Kanak-kanak Boston, Amerika Syarikat (AS).
Eksekutif media sosial, termasuk daripada TikTok dipanggil di hadapan Kongres AS untuk menjelaskan cara mereka menghalang bahaya bagi pengguna muda.
Beberapa ciri keselamatan TikTok sedia ada untuk akaun remaja termasuk menetapkan akaun kepada peribadi untuk yang berumur 13 hingga 15 tahun dan menyediakan pemesejan terus hanya kepada pengguna berumur 16 tahun atau ke atas.
BACA LAGI : Google Meet Percuma Dibenarkan Untuk Penggunaan 1 Jam Sahaja Bermula 28 Jun Ini
BACA LAIN: Hanya Buat Video Tentang Malaysia, TikToker Perancis Terus ‘Terkenal’
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini Punca Facebook, Instagram & WhatsApp Tergendala Malam Tadi
Lewat malam semalam, aplikasi WhatsApp, Instagram dan Facebook tergendala di seluruh dunia dan ramai yang menganggap bahawa talian internet mereka yang mempunyai masalah sehingga tidak dapat mengakses platform media sosial tersebut.
Masyarakat yang tinggal di benua Asia mungkin tidak terlalu terkesan (walaupun ramai yang ‘hilang arah. Hiks!) kerana ia berlaku lewat malam, tetapi di benua lain ia menyebabkan perniagaan tidak dapat beroperasi, seperti di Afrika, Eropah dan Amerika.
Agaknya apa yang berlaku ya?
Menurut Facebook, perubahan yang dilakukan pada tetapan ‘backbone routers’ yang mengawal rangkaian trafik antara pusat-pusat data menyebabkan kesemua perkhidmatan mereka lumpuh.
Ia bukan sahaja menyebabkan laman-laman tidak beroperasi tetapi juga sistem diagnostic yang digunakan oleh pasukan kejuruteraan rangkain Facebook. Dengan kesemua sistem dalaman tidak beroperasi, masa yang lama diambil untuk mengembalikan perkhidmatan seperti sedia kala.
Difahamkan, dalam masa enam jam, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah mengalami kerugian sebanyak $7 billion atau lebih kurang RM29 billion.
Walau bagaimanapun, Facebook turut menjelaskan sepanjang tempoh operasi tergendala, keselamatan data pengguna tidak terjejas. Mereka memohon maaf atas sebarang kesukaran yang berlaku, khususnya kepada individu yang menggunakan platform mereka untuk urusan bisnes.
Kalau di Malaysia, WhatsApp, Instagram dan Facebook down, tidur awal la semua malam tadi ya? Hiks!