Facebook Rancang Tukar Nama Syarikatnya Akhir Bulan Ini

Share

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan sedang merancang untuk penjenamaan semula syarikat gergasi media sosial itu dalam persidangan Connect yang dilakukan setiap tahun pada 28 Oktober depan.

Menurut laporan The Verge, langkah ini diambil kerana posisi Facebook platform media sosial telah mengaburi anak syarikat yang lain di bawah jenama mereka.

Foto: The Verge

Dengan penjenamaan baharu ini, kesemua syarikat yang berkait dengan Facebook seperti Instagram, WhatsApp, Oculus dan lain-lain akan dikenali sebagai sebuah nama baharu dan berada di bawah satu bumbung.

Walau bagaimanapun, jurucakap Facebook enggan mengulas tentang perkara ini.

Sama-sama kita nantikan pada akhir bulan ini untuk mengikuti perkembangan tentang penjenamaan syarikat gergasi media sosial ini.

Agak-agak korang, nama apa yang bakal menggantikan Facebook nanti?

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman