
Isi Kandungan
ToggleDalam teknologi dunia yang semakin canggih hari ini, kita perlu lebih berhati-hati apabila mengakses media sosial. Kadangkala, kita tidak tahu maklumat peribadi seseorang itu juga boleh dikongsi tanpa izin.
Seorang penggunada di Facebook, Nik Syafiq telah berkongsi info bahawa Facebook merekod semua aktiviti yang dilakukan di telefon pintar kita yang dipanggil ‘off-facebook activity’.
Jelasnya lagi, walaupun sudah menukar telefon pintar sejak Oktober 2019, namun rekod yang dicatatkan mengandungi 144 log di semua aplikasi dan laman web sejak 30 July 2019.
Lelaki ini turut berkongsi cara-cara untuk memadam semua history tersebut dan cara untuk ‘turn off‘ daripada Facebook menyimpan rekod aktiviti kita yang mungkin boleh digunakan untuk tujuan lain.
1. Pilih Settings
2. Cari Off-Facebook activity
3. Pilih Manage your off-Facebook activity
4. Tekan Clear history
5. Lihat dalam gambar
6. Kemudian, pilih More options
7. Pilih Manage Future Activity
8. Pilih Future off-Facebook activity
9. Akhir sekali, tekan Turn Off
Patutlah kalau kita search sesuatu di apps lain, berderet-deret ads sponsored di timeline Facebook kita. Korang perasan tak?
Sumber: Nik Syafiq
Hanya Melalui Suara, Spotify Bakal Mainkan Lagu Ikut Emosi Pendengar

Semakin lama, semakin canggih!
Syarikat penstriman muzik popular, Spotify baru-baru ini telah membeli hak ekslusif kepada teknologi yang membolehkan ia memainkan lagu berdasarkan kepada emosi pendengar.
Teknologi ini adalah arah baharu dunia digital dan gajet akan datang di mana ia dapat mengenal pasti emosi pengguna.
Sumber Foto: Pexels (Cottonbro).
Dalam kes Spotify ini, emosi, jantina, umur dan slanga percakapan (accent) seseorang dapat dikenal pasti hanya menerusi suaranya. Spotify juga akan mengambil data daripada jenis-jenis lagu yang pernah didengar oleh pengguna. Dari situ, Spotify akan mencadangkan muzik yang bersesuaian.
Ia akan mengemukakan cadangan menerusi intonasi, kadar stres (bagaimana nak ukur tu?!), ritma suara dan unit teknikal lain. Semasa pengguna sedang bercakap kepada aplikasi tersebut, Spotify juga akan mengenal pasti bunyi latar belakang pengguna untuk mendapat tahu jika pengguna sedang keseorangan ataupun sedang ditemani orang lain.
Buat masa ini, masih belum ada pengesahan dari Spotify mengenai tarikh pelancaran fungsi ini. Dan besar kemungkinan juga, teknologi ini tidak akan digunakan pun oleh Spotify pada masa akan datang memandangkan mereka masih melakukan eksperimentasi.
*
Untuk pengetahuan, Spotify bukan satu-satunya syarikat yang sedang bergerak ke arah teknologi kenal pasti emosi melalui suara ini. Amazon sebagai contoh baru saja melancarkan fitness band bernama Halo pada Disember 2020 dan ia telah mendapat reviu yang bercampur aduk daripada pengguna. Ada yang mendapati gajet ini menarik dan ada juga yang merasakan ia mencampuri urusan peribadi seseorang.
Meskipun teknologi mengenal pasti emosi ini kedengaran agak pelik dan jujurnya sedikit menakutkan kerana suara kita boleh disalah guna bagi kepentingan peribadi orang lain, namun itulah trend baru yang akan menemui kita semua tidak lama lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Keliru Nak Pilih Wireless Earbuds? Jom ‘Usha’ 5 Jenama Bawah RM1000 Ini – REMAJA
5 Apps Foto Editing Terbaik Pilihan REMAJA

Isi Kandungan
TogglePada suatu ketika dahulu mengabadikan foto di dalam bentuk gambar merupakan satu perkara yang hanya dilakukan dengan menggunakan kamera filem dan digital.
Namun dengan perkembangan sejak 10 tahun kebelakangan ini hobi mengambil gambar bukan lagi satu perkara eksklusif kepada penggemar fotografi sahaja. Dengan lambakan telefon pintar yang kini mempunyai pelbagai fungsi, ia boleh dilakukan dengan senang.
Ia bukan sahaja membawa fungsi sebagai telefon tetapi merangkumi segala aspek peranti lain sagala perkara boleh dilakukan dengan hanya menggunakan app di dalam telefon pintar.
Begitu juga dengan fotografi menggunakan iPhone yang sekian lama terkenal dengan kualiti fotonya. Populariti penggunaan laman media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter juga menyaksikan perkongsian foto kini boleh dilakukan dengan pantas. Seiring dengan itu pelbagai apps fotografi muncul di App Store buat pengguna iPhone.
Berikut merupakan 5 apps editing fotografi pilihan REMAJA yang korang boleh cuba!
Snapseed
Aplikasi foto editor untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti foto, Snapseed merupakan di antara app yang paling popular di App Store. Pertama, ia cukup senang digunakan dan menawarkan pelbagai variasi tools ubah suai foto. Untuk melakukan ubah suai warna, kadar kecerahan, memotong dan penajaman gambar app ini amat sesuai digunakan. Buat korang yang baru-baru berjinak-jinak untuk melakukan editing foto, inilah app yang paling sesuai.
Enlight
Ini merupakan app bagi korang yang ingin explore sisi kreatif dengan skil tersendiri. Selaion menawarkan tools yang lazimnya ada pada semua app lain, Enlight mempunyai pelbagai seleksi efek artistik. Contohnya korang boleh menukar foto menjadi seperti sebuah lukisan dan menambah pelbagai elemen ke dalam foto. Sebagai contoh tool untuk ‘The Mask’ menjadikan foto bercampur dengan efek berbeza.
TouchRetouch
Sekarang sudah banyak app foto yang mempunyai kemampuan untuk memperbaiki dan membuang segala elemen yang buruk di dalam foto. Namun antara app terbaik untuk melakukannya ialah dengan menggunakan TouchRetouch. Ia merupakan antara app paling mudah dan senang digunakan untuk tujuan ini. Dengan menggunakan app ini korang boleh highlight dan membuat apa-apa objek tidak diperlukan. Dengan melakukan try and error korang pasti dapat menggunakannya dengan baik.
BACA: 10 Perkara Yang Perlu Korang Tahu Tentang iPhone Xs & iPhone Xs Max
Adobe Lightroom CC
Secara ringkasnya Adobe Lioghtroom CC merupakan app editing foto yang cukup ‘power‘ sesuai digunakan untuk pengguna baru dan juga yang lebih advanced. Selain ditampilkan dengan interface yang ringkas dan senang untuk navigasi, ia juga banyak menggunakan one-tap preset. Untuk editing lebih kompleks korang boleh menggunakan tools untuk ubah suai foto mengikut kehendak. Ia juga membenarkan korang untuk mengakses foto di mana-mana peranti dengan menggunakan Adobe Creative Cloud.
Lens Distortions
Faktor cahaya mahari dan juga efek cuaca juga merupakan antara salah satu elemen di dalam foto yang cukup popular. Dan tidak selalu biasanya efek tersebut kita dapar secara semulajadi. Jadi untuk mencantikkan gambar korang boleh gunakan Lens Distortion yang menawarkan efek lens flares, hujan, salji dan juga kabus. Dan pelbagai efek ini juga boleh digabungkan di dalam foto yang sama bergantung kepada kreativiti korang sendiri.
20 Team Bawa Nama Malaysia Ke Liga PUBG Untuk RM630,000!

Disebabkan oleh pandemik wabak Covid-19, banyak perancangan yang tergendala dalam kehidupan semua orang di seluruh dunia. Takpelah guys, ada hikmah di sebalik ini.
Antara perancangan yang tergendala pada tahun ini termasuklah liga profesional PUBG Mobile Malaysia/Singapura musim kedua.
Selepas situasi wabak Covid-19 dalam negara lebih stabil, akhirnya ia akan dilaksanakan juga bermula 19 Ogos ini.
Sebanyak 24 buah pasukan dari Malaysia dan Singapura akan berentap untuk merebut hadiah berjumlah USD150,000 ataupun kira-kira RM630,000 untuk musim kedua ini.
Fuhh banyak tu!
Daripada 24 buah pasukan tersebut, sebanyak 20 buah pasukan adalah dari Malaysia. 15 pasukan merupakan jemputan daripada musim pertama pada tahun sebelumnya manakala 5 lagi pasukan yang terpilih adalah hasil kejayaan dalam kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2020.
Bagi peminat PUBG, korang boleh mengikuti pertandingan ini di Facebook PUBG Mobile bermula 19 Ogos (hari ini) selama 4 minggu. Peringkat akhirnya pula dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 September kelak.
Untuk memeriahkan musim ini lagi, sebuah slot bual bicara berjudul ‘PMPL Talk Show’ akan disiarkan pada setiap hari Selasa jam 8 malam bersama hosnya, J Hunter.
J akan ditemani oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada pemain profesional PUBG Mobile yang akan berkongsi tip, pendapat mengenai perlawanan dan ramalan.
*
Untuk pengetahuan korang, 3 pasukan terbaik daripada liga ini akan meneruskan saingan ke perlawanan akhir PMPL peringkat Asia Tenggara. Haa, kalau menang di sana, lagi banyaklah ‘habuan’ yang akan mereka perolehi dan bakal berpeluang berentap dalam World League bersama pasukan terbaik dunia.
All the best!
Bagi korang yang lebih gemar bermain PlayStation seperti kami, ini yang korang perlu tahu mengenai model terbaru PlayStation 5.
Hadir Dengan 2 Variasi Berbeza, Reka Bentuk PlayStation 5 Sudah Dilancarkan