Zaman sekarang ni kalau orang yang tak ada akuan Facebook mesti dikatakan pelik.
Yelah, Facebook memiliki rangkaian media sosial terbesar dengan lebih dua bilion pengguna di seluruh dunia. Ini termasuk memiliki WhatsApp, Messenger dan Instagram yang masing-masing digunakan lebih satu bilion orang.
Namun, baru-baru ini satu berita yang mengejutkan dunia terjadi. Dikatakan lebih 500 juta data peribadi pengguna Facebook terdedah kepada umum secara dalam talian di laman forum penggodam. Seriuslah weh..
Paling menakutkan, mengikut laporan Malaysia tidak terkecuali lebih 11 juta data pengguna Facebook dapat diakses secara percuma oleh sesiapa sahaja.
All 533,000,000 Facebook records were just leaked for free.
This means that if you have a Facebook account, it is extremely likely the phone number used for the account was leaked.
I have yet to see Facebook acknowledging this absolute negligence of your data. https://t.co/ysGCPZm5U3 pic.twitter.com/nM0Fu4GDY8
— Alon Gal (Under the Breach) (@UnderTheBreach) April 3, 2021
Isu ini pertama kali dibangkitkan oleh penyelidik keselamatan siber, Hudson Rock, Alon Gal pada hari Sabtu lalu, di mana dia menyatakan bahawa kebocoran data peribadi pengguna Facebook berada pada sangat bahaya kerana ia membabit keselamatan privasi pengguna.
Hal ini sangat bahaya kerana ia melibatkan kebocoran data peribadi pengguna Facebook. Selain ia juga membabit keselamatan privasi pengguna. Antara data peribadi yang boleh diakses secara percuma ini difahamkan merangkumi nombor telefon, ID Facebook, nama lengkap, lokasi, tarikh lahir dan alamat e-mel. Gal dalam kenyataannya berkata bahawa dia telah mengesahkan keaslian data yang bocor tersebut dan membandingkan dengan nombor telefon dengan kenalannya. Apa yang dia temui adalah sebahagian data yang bocor itu sepadan.
In early 2020 a vulnerability that enabled seeing the phone number linked to every Facebook account was exploited, creating a database containing the information 533m users across all countries.
It was severely under-reported and today the database became much more worrisome 1/2 pic.twitter.com/ryQ5HuF1Cm
— Alon Gal (Under the Breach) (@UnderTheBreach) January 14, 2021
Di Malaysia, data terkini menunjukkan bahawa negara ini menduduki kelompok kelima tertinggi di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara dalam penembusan media sosial mudah alih. Menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019, penembusan internet di Malaysia kini pada tahap 80 peratus. Pengguna internet meluangkan purata lapan jam lima minit sehari secara dalam talian.
ARTIKEL BERKAITAN: US Didakwa Beli Data Pengguna Apps Muslim Pro
Laporan juga mendapati selama dua jam 59 minit digunakan oleh rakyat Malaysia untuk melayari media sosial. Malahan Malaysia menduduki tempat keempat dunia dalam penembusan sosial mudah alih.
Hmm…seram juga ye kalau data kita terdedah. Macam-macam perkara boleh berlaku. Kalau korang ingin tahu sama ada korang salah satu mangsa kebocoran data peribadi Facebook, boleh mengakses laman HaveIBeenPwned.com dan memasukkan alamat e-mel akaun Facebook korang. Laman web ini mempunyai pangkalan data kebocoran data yang dikendalikan oleh penganalisis keselamatan Troy Hunt. Harap-harap kita tak lah terlibat…huhu