Sukan

Faisal Halim Dianugerahkan Darjah Kebesaran Ahli, Sultan Selangor Pesan Untuk Terus Menjadi Pemain Bola Sepak

Share

Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Abdul Halim menjadi salah seorang daripada 17 penerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Sultan Selangor, semalam.

Ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang; Faisal atau nama sebenar Muhammad Faisal bin Abdul Halim menzahirkan rasa syukur dan terharu di atas penganugerahan itu.

Selain akan menjadi kenangan sepanjang hidup, penganugerahan itu juga katanya merupakan pembakar semangat untuknya kembali menjadi salah seorang pemain bola sepak disegani seperti sebelum insiden simbahan asid pada Mei lalu.

ARTIKEL BERKIATANFaisal Halim Tunjuk Reaksi Positif, Sedang Lakukan Prosedur Graf Kulit

“Sultan Sharafuddin menyatakan supaya kerja keras, jangan putus asa dan teruskan (kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak) sebelum saya ucapkan terima kasih dan insyaAllah.

“Walaupun keadaan saya sekarang begini tapi saya terima. Ini semua takdir. Saya kena kuatkan semangat cari rezeki untuk isteri dan anak.” katanya kepada pemberita.

Penyanyi Altimet bersama Faisal Halim.

Menerusi satu kenyataan di Facebook-nya pula, pemain berusia 26 tahun itu mencatat, “Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diatas pengurniaan anugerah ini. Patik dengan rendah diri merasa penuh syukur dan terharu menerima penghargaan ini”

“Saat ini akan patik kenang selamanya dan pastinya akan menjadi satu motivasi baru untuk patik terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat semua. Daulat Tuanku.”

ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Bawa Tema Solidariti Untuk Faisal Halim, Raih Tempat Pertama Dengan Markah 90.40%

Faisal Halim menerima sokongan penuh daripada kelab bola sepak Selangor FC dan penaungnya, Sultan Selangor selepas menjadi mangsa simbahan asid.

Terdahulu pada 5 Mei 2024, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya sehingga menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.

Kecederaan yang dialami oleh tonggak pasukan Selangor FC dan Harimau Malaya itu menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.

Faisal kemudian tampil buat kali pertama pada 13 Jun di hadapan umum dalam sidang akhbar.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE