Terbaru, Faisal Halim dilaporkan sedang melakukan prosedur graf kulit atau tampalan kulit bagi menutup luka lecur tahap empat yang dialaminya kerana insiden disimbah asid baru-baru ini.
Pemain sayap Selangor FC itu menunjukkan reaksi yang positif semasa prosedur graf kulit dan teruja untuk menjalani sesi fisioterapi untuk kembali beraksi.
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatkan lapisan kulit yang dibawa dari luar negara untuk digunakan dalam prosedur bermula Khamis lepas itu dilihat sesuai.
Katanya, “Setakat ini, saya lihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses ‘skin allograft’ juga boleh dikatakan berjaya tanpa sebarang masalah”.
Pada 5 Mei lalu, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.
Pemain yang berusia 26 tahun itu dijangka tidak akan dapat beraksi selama lima ke enam bulan. Insiden tersebut merupakan kejadian malang kedua selepas pemain bola Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya pada 2 Mei lalu.
Kes serangan terhadap pemain bola sepak negara tidak berhenti disitu apabila cermin kereta pemain kelab kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecahkan oleh dua lelaki bermotosikal dengan menggunakan tukul besi pada 7 Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.