Menerusi ciapan di akaun Twitter-nya, Menteri Belia & Sukan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengesahkan bahawa dirinya telah bertemu pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia pada hari ini demi menjernihkan ‘drama’ yang tercetus di antara pemain tersebut dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak beberapa hari yang lalu.
Turut ada dalam pertemuan tertutup itu ialah pemain perseorangan wanta, Goh Jin Wei.
Lee Zii Jia pada 11 Januari lalu telah dilaporkan menghantar surat perletakan jawatan kepada BAM lalu meninggalkan persatuan tersebut setelah sekian lama bersama sejak usia 13 tahun. Dek kerana keputusan tersebut, BAM telah mengambil langkah berani Jumaat lalu untuk tidak mendaftarkan Zii Jia dan Goh Jin Wei selama 2 tahun daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa.
Justeru kata Faizal dua hari lalu, beliau ingin menyelesaikan kemelut ini dan berharap ia tidak berlarutan. Tambahan pula, situasi rumit ini bukan saja telah menarik perhatian peminat badminton tempatan tetapi juga pemain badminton antarabangsa yang sepakat memberi sokongan kepada Zii Jia termasuklah pemain di ranking pertama dunia, Viktor Axelsen dari Denmark.
Ads
Menerusi pertemuan selama sejam itu, Faizal dilaporkan telah mendengar luahan kedua-dua pemain cemerlang itu bagi memahami sebab utama di sebalik kisah mereka meninggalkan BAM.
“Saya mendengar sendiri pandangan beliau. Apa yang pasti, semangat serta komitmen Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh.
“Selagi kita semua bersatu-padu demi kepentingan negara, kita boleh maju ke hadapan,” catatnya.
Saya berpeluang untuk bertemu dengan Lee Zii Jia pada hari ini dan mendengar sendiri pandangan beliau, apa yang pasti semangat serta komitmen Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh. pic.twitter.com/l2TGkyTteQ
Baru sebentar tadi, BAM mengesahkan mereka telah menerima surat rayuan rasmi daripada Lee Zii Jia dan akan mempertimbangkan rayuan tersebut demi menyelesaikan isu yang tercetus di antara kedua-dua belah pihak.
BAM turut memahami memahami implikasi tindakan mereka untuk tidak mendaftarkan pemain itu dalam mana-mana kejohanan badminton dunia selama dua tahun dan telah berdepan kemarahan rakyat.
Menerusi satu kenyataan, mereka berkata, “Atas kepentingan sukan badminton negara, kami mengambil berat perkara ini bagi mencari jalan penyelesaian.”
Ads
Status sama ada pemain Goh Jin Wei telah mengemukakan surat rayuan rasmi atau belum bagaimanapun masih tidak dapat disahkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Sesungguhnya ujian berat menimpa saudara kami di New Zealand. Adik kami (Mohd Tarmizi) cedera dan anak saudara kami (Muhammad Haziq) meninggalkan kami buat selama-lamanya..”
Bagi korang yang sempat untuk mengikuti perhimpunan Solidariti Kedamaian yang berlangsung pada pagi tadi di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, serba sedikit pasti korang terkesan dengan ucapan yang disampaikan oleh Puan Zarina Shuib yang juga merupakan ibu saudara kepada Allahyarham Muhammad Haziq.
Haziq merupakan remaja berusia 17 tahun yang dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi tembakan di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu.
Arwah juga adalah anak kedua Mohd Tarmizi. Mereka berada bersama seorang lagi ahli keluarga iaitu Mohd Haris, 12 tahun ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Noor, 15 Mac lalu.
***
Dalam ucapan Puan Zarina di perhimpunan tadi untuk mewakili waris keluarga Arwah, beliau berkata walaupun ujian ini berat untuk diterima, namun ahli keluarganya reda dengan pemergian tersebut dan menerima ketentuan-Nya.
“Kami sekeluarga ucapkan terima kasih di atas simpati dan sokongan rakyat Malaysia dalam tempoh beberapa hari ini. Kami juga ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang sudi menziarahi adinda kami di Christchurch.
Sumber foto: BHarian
“Usaha masyarakat Malaysia untuk mengekalkan keamanan tanpa mengira agama, kaum dan bangsa ini akan kami sokong,”katanya ketika cuba menahan sebak.
Terkini tular di media sosial sekitar jam 10.05 tadi yang menyaksikan lebuhraya PLUS dari Tanjung Malim menghala ke Utara jam teruk yang dikongsikan oleh seorang pemandu lori yang menuju ke arah Kuala Lumpur seperti dikongsikan di blog Info Roadblock JPJ/ Polis.
Apa yang mengejutkan kelihatan banyak kenderaan-kenderaan persendirian bersusun bersama lori-lori dan perlu berhadapan dengan Sekatan Jalan Raya oleh pihak berkuasa di laluan tersebut sehingga netizen menyuarakan “kemarahan” mereka di ruangan komen.
Ada cadangan dari netizen agar pihak berkuasa mengenakan saman RM1000 kepada pemandu yang ingkar ini.
“Ada yang berkata, jenis-jenis degil ini jangan suruh patah balik tapi bagi notis naik mahkamah terus. Otak udang dan macam-macam lagi.
Malah ada video yang baru ditularkan 8 minit lalu menyaksikan jalan raya sesak tanpa bergerak di lebuhraya tersebut membuktikan memang berlaku kesesakan lalulintas di lebuhraya tersebut.
Jika benar ada trend curi-curi balik kampung oleh segelintir rakyat Malaysia yang degil ia sesuatu yang amat mengecewakan kerana terlalu banyak peringatan diberikan oleh pihak berkuasa agar tiada aktiviti rentas negeri dilakukan sempena Aidilfitri ini.Namun jika ada surat kebenaran rentas negeri, tidak menjadi kesalahan.
Tonton video yang dirakam abang pemandu lori ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki minggu ketiga dalam misi menjuarai pertandingan nyanyian Big Stage musim kedua, wakil dari Brunei iaitu Aziz Harun membuat pengumuman mengejutkan apabila dia menarik diri daripada bertanding.
Bagi peminat Aziz yang mengikutinya di akaun Instagram, pengumuman itu sebenarnya tidaklah terlalu mengejutkan apabila dia memberikan hint beberapa jam sebelum Big Stage keudara.
Kongsinya menerusi paparan Instagram Story, “Maybe this is gonna be my last day on Big Stage” diikuti oleh emoji muka bersalah.
Hhm, kenapa Aziz buat keputusan seperti ini? Ataupun sememangnya dia tidak bersedia untuk pertandingan nyanyian terbuka seperti Big Stage ini?
*
‘Drama’ bermula apabila pengacara, Alif Satar bertanyakan mengenai Insta Story tersebut selepas Aziz menamatkan persembahannya.
Serta-merta Aziz mengumumkan, “Saya ingin tarik diri.”
Pengumuman itu juga dilakukan selepas juri jemputan, Ajai memberi komen bahawa Aziz seperti tidak bersedia untuk menyampaikan lagunya semalam iaitu Beautiful nyanyian asal Bazzi.
“Sebelum awak masuk tadi, saya tengok muka awak dah pucat. Sepatutnya bila hampir nak buat persembahan semua itu dah tak perlu dah. Sebab sudah rehearsal.
“Sepatutnya ketika berada di atas pentas, keyakinan sudah perlu tinggi,” kata beliau.
Pengumuman tarik diri itu juga dilakukan selepas Aziz menduduki kedudukan Bottom 3 pada minggu lalu dan minggu ini.
Alasan Aziz Harun
Sebagai salah satu rakan media yang sudah lama mengikuti perjalanan seni Aziz, REMAJA pasti Aziz mempunyai alasannya sendiri dan dia tidak mudah luntur dengan kritikan juri profesional pada setiap minggu.
“Sudah lama saya tunggu untuk dapat peluang seperti Big Stage. Saya ucapkan terima kasih kepada produksi, juri dan peminat.
“Saya tarik diri kerana mendapat tawaran belajar di luar negara dalam masa terdekat,” katanya.
Disebabkan penarikan diri tersebut, minggu ketiga Big Stage 2019 menyaksikan tiada penyingkiran dan membiarkan Aziz meninggalkan pentas pertandingan.
*
Apa nak buat, kita respectjelah keputusan penyanyi Brunei itu walaupun ramai yang menganggap dia mampu untuk memberikan saingan sengit pada awal musim.
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...