“Fake Veneer Ini Ibarat Lantai Berlumut”, Doktor Ini Jelas Risiko Putihkan Gigi

Share

Ramai yang sanggup buat apa saja untuk kelihatan cantik tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima. Asalkan nampak cantik, tak kisahlah apa pun kesannya, semuanya belakang kira.

Selepas isu fake braces, kini muncul lagi satu trend bagi tujuan mencantikkan gigi, iaitu rawatan veneer yang merupakan satu lapisan seramik nipis diletakkan pada permukaan gigi untuk menjadikan gigi lebih putih.

Namun begitu, seperti braces, pemakaian veneer tiruan juga sudah mula dipromosikan secara berleluasa di media sosial.

Situasi ini mendapat perhatian daripada Dr Ib Shah selaku doktor gigi yang bertanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat akan bahayanya penggunaan fake veneer.

Ikuti perkongsian yang telah dibuat olehnya di laman twitter.

Penunggang kecantikan dentist tiruan tidak kisah tentang mulut korang

Fake veneer yang ditampal pada permukaan gigi tanpa kisah sama ada gigi ada caries atau infeksi. Caries boleh bertambah besar dan infeksi boleh jadi lebih teruk.


Gambar hiasan

Rawatan akar diperlukan untuk mengelakkan infeksi menjadi besar, nanah semakin membengkak dan risiko-risiko menjadi teruk seperti yang berikut:

• Osteomyelitis – infeksi pada tulang

• Ludwig angina – bengkak sehingga tidak boleh bernafas dan mengakibatkan kematian

• Cellulitis – infeksi kulit

Risiko fake veneer

Veneer yang tebal boleh menyebabkan plaque dan makanan mudah melekat. Gusi mula gingivitis dan seterusnya merebak ke tulang menyebabkan periodontitis. Selainitu, ia juga boleh menyebabkan tulang mengecut dan mulut berbau busuk.

Gigitan atau occulusion tidak rata menyebabkan pemakai tidak boleh menutup rapat gigi, sukar mengunyah makanan dan rahang mulut mula sakit. Paling teruk apabila lock jaw terjadi apabila membuka mulut dengan besar dan tidak boleh tutup semula.

Rata-rata warganet turut bersetuju dengan penjelasan doktor ini.

 

Hah, dengar pun dah seram kan? Korang berani ke nak pakai veneer yang dipromosikan dekat IG tu? Tak pasal-pasal lain pula jadinya.

Sebaiknya kalau nak apa-apa rawatan, teruslah ke klinik atau hospital. Jangan sebab nak murah, korang pertaruhkan nyawa sendiri. Tak berbaloi gaiss!

Published by
Ruziana Zainal