Foto Via Pexels

Ya, sekarang musim durian! Sana sini terlihat penjual menjual malah harga juga semakin rendah berbanding di awal-awal musim luruhnya

ARTIKEL BERKAITAN : BACA LAGI : 7 Jenis Durian Terbaik Di Malaysia, Sebelum Beli Tengok Dulu Untuk Elak Ditipu – REMAJA

Fakta Atau Auta, Doktor Jelas Kenapa Perlu Minum Air Di Pangsa Durian

 

Tapi biasalah rakyat Malaysia punya favourite fruit, penulis pasti ramai di antara kita yang sudah sakan mencari port makan durian sempena musim durian sekarang.

Tapi awas! Di sebalik rasa cinta kita terhadap raja buah-buahan ini, kita semua tahu durian mendatangkan rasa panas pada badan sehingga mampu mengakibatkan demam, sakit tekak dan pelbagai komplikasi. Ada pelbagai petua daripada orang lama bagi mengelak badan menjadi panas selepas makan durian.

Ini termasuklah minum air putih dari pangsanya (kulit). Namun begitu, sejauh mana kebenaran yang sering diperkatakan oleh masyarakat kita?

Jom baca perkongsian yang telah dibuat oleh Dr Suri Roowi tentang kaitan minum di pangsa durian dan kesihatan manusia.

Ads
Fakta Atau Auta, Doktor Jelas Kenapa Perlu Minum Air Di Pangsa Durian
pangsa durian

KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN?

Antara Petua dan Realiti Saintifik

Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
Mungkin ada benarnya.

Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah, menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.

Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.

Fakta Atau Auta, Doktor Jelas Kenapa Perlu Minum Air Di Pangsa Durian

Ads

Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang.

Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian. Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.

Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.

#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist.

Ads

Manakala, di ruangan komen ramai dalam kalangan netizen yang tidak menyangka ada hikmahnya di sebalik setiap perbuatan yang diamalkan oleh orang lama. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman.

Fakta Atau Auta, Doktor Jelas Kenapa Perlu Minum Air Di Pangsa Durian
Komen Via posting #DrSuriRoowi

Untuk info, pangsa durian merupakan bahagian daripada kulit durian di bahagian dalam yang berwarna putih bagi korang yang tak tahu.

Okay, makan durian tu jangan lupa minum air banyak dan berpada-pada ya!

Sumber: Facebook Dr. Suri Roowi

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI