Beberapa tahun dahulu, heboh di kalangan rakyat Malaysia apabila nisbah 1 lelaki bersamaan 14 wanita (1:14) sekaligus membuatkan ramai beranggapan penduduk Malaysia lebih ramai wanita.
Ditambah bilangan wanita yang tidak berkahwin atau belum bertemu jodoh selain jumlah pelajar wanita yang ramai di universiti membuatkan fakta ini semakin dipercayai.
Tapi tahukah, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi 2017 menunjukkan 51.7 peratus kelahiran atau bersamaan 262,755 adalah bayi lelaki berbanding 48.3 peratus bersamaan 245,448 orang bayi perempuan bagi tahun yang sama atau nisbahnya lelaki 107 dan 100 perempuan(107 : 100).
Statistik yang dikeluarkan bagi tahun yang sama juga menunjukkan:
– Setiap 3 minit, 3 bayi dilahirkan dan 1 individu menghembuskan nafas terakhir.
– Setiap hari, 1392 keluarga menimang cahaya mata manakala 444 keluarga lain berduka akibat kehilangan orang tersayang
– Lebih banyak bayi lelaki di lahirkan berbanding bayi perempuan (100 bayi perempuan : 107 bayi lelaki)
– 27.7 tahun merupakan umur purata untuk wanita melahirkan anak pertama
– Kadar kesuburan wanita Malaysia berada di tahap paling rendah dalam sejarah (1.9)
– Seramai 4 133 kanak kanak berusia bawah 5 tahun meninggal dunia tahun lalu
– Bagi setiap 100 ribu wanita hamil yang melahirkan anak, 29 daripadanya meninggal dunia.
Lebih mengejutkan bilangan lelaki meninggal dunia lebih ramai dari wanita iaitu bersamaan 57.8 peratus atau 93, 698 orang berbanding wanita 68, 503 atau 42.2 peratus.
Sumber :- Public Health Malaysia