Fakta Mengejutkan Keluarga Britney Spears, Punya Sejarah Gelap Seksa Wanita

Share

Kempen #FreeBritney atau Bebaskan Britney kedengaran sejak pertengahan tahun ini dan akhirnya Britney melepaskan diri daripada cengkaman penjagaan ayahnya, Jamie.

Foto Via BBC

Hal ini setelah Britney mula menentang ayahnya menerusi perbicaraan mahkamah secara maya telah berkongsi pengalaman negatifnya selama ini. Mungkin ramai yang tidak bersetuju tindakan Britney menentang ayahnya sendiri, namun pendedahan yang dikeluarkan oleh ahli keluarga kandung Birtney ini sungguh mengejutkan.

Melalui laporan  The New York Post 

, John Mark Spears, 52 dan Leigh Anne Spears, 54 yang merupakan bapa dan ibu saudara Britney mendedahkan bahawa pihak lelaki keluarga mereka mempunyai sejarah gelap menyeksa wanita.
John Mark Spears (kiri) dan Leigh Ann Wrather (kanan), saudara kandung Jamie Spears, mendakwa datuk June-Britney menganiaya isterinya. Foto Via New York Post

John Mark memberitahu bahawa penyeksaan dan penderitaan keluarga Spears selalu ditutupi oleh orang-orang di kampung halaman mereka di Louisiana, Amerika Syarikat.

Tanpa ragu-ragu, John Mark berkongsi bahawa ayahnya June Austin Spears, datuk Britney Spears selalu berkelakuan kasar terhadap isterinya, dia mempunyai tiga isteri dalam hidupnya.

June Austin meninggal dunia pada tahun 2012 kerana barah hati semasa berada di rumah.

“Dalam keluarga Spears ini adalah sesuatu yang mengerikan,” kata John Mark.

“Mereka telah banyak kali terlepas, terutama (perlakuan buruk) kepada pasangan wanita mereka, selama bertahun-tahun.”

Ayah Jamie Britney Spears, kata John Mark, mempunyai perangai yang serupa dengan June Austin.

Datuk kepada Britney nampaknya menghantar dua isterinya ke hospital mental hingga mati.

“Jadi saya tidak terlalu terkejut dengan apa yang Jamie lakukan kepada Britney, keluarga lelaki Spears itu memang mengongkong” katanya.

Rogol Anak Sendiri

Kemudian, satu lagi pengakuan dari ibu saudara Britney, Leigh Ann Spears tidak kurang hebatnya.

Leigh Ann mendakwa telah dirogol oleh June Austin sejak dia berusia 11 tahun. Dia mengaku bahawa dia melarikan diri dari rumah setelah pemerkosaan itu berlaku, meminta perlindungan dari ibu sahabatnya di sekolah.

“Saya tidak pernah kembali, hanya beberapa kali bertemu ibu saya,” kata Leigh Ann, seorang pesara tentera laut yang telah berkhidmat selama 26 tahun.

Pemerkosaan oleh ayah kandungnya telah membuatkan Leigh Ann mendapatkan bantuan pakar psikologi selama bertahun-tahun. Perlakuan buruk yang diterima oleh Leigh Ann dari bapanya meninggalkannya ketakutan sejak sekian lama.

“Saya harap dia terbakar di neraka,” dia menyimpulkan.

Hmm…ada juga keluarga sebegini ye?huhu

Published by
Nana