Fakta Sains Buktikan Bayi Yang Lahir Semasa Pandemik COVID-19 Mempunyai IQ Rendah

Share

Nyata, penularan Covid-19 mencetuskan pelbagai ‘malapetaka’  dan masalah bukan hanya meragut nyawa. Sebagai ibu bapa kita mesti ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak kita betul tak, asalkan anak-anak kita dapat membesar dengan sihat, kuat dan IQ yang cergas.

Namun, baru-baru ini satu kajian sainstifik membuktikan bahawa bayi yang dilahirkan semasa pandemik COVID-19 berpotensi mempunyai kecerdasan minda atau IQ yang lebih rendah.

Foto Kredit : Via Pexels

Seriuslah…?

Hal ini disebabkan oleh kurangnya interaksi bayi dengan dunia luar disebabkan perintah kawalan pergerakan dan sekatan yang dikenakan sehingga mengganggu perkembangan otak mereka, menurut kajian yang dibuat lapor New York Post.

Kecerdasan intelektual atau dalam bahasa Inggris: intelligence quotient (IQ) adalah istilah umum yang digunakan untuk menjelaskan sifat pikiran yang mencakup sejumlah kemampuan, seperti kemampuan menalar, merencanakan, memecahkan masalah, berpikir abstrak, memahami gagasan, menggunakan bahasa, daya tangkap, dan belajar.

Melalui satu analisis yang dilakukan ke atas 672 kanak-kanak yang dilahirkan di Amerika Syarikat, penyelidik mendapati hampir keseluruhan kanak-kanak berusia tiga bulan hingga tiga tahun menunjukkan penurunan perkembangan otak dari sekitar 100 (sebelum wabak) menjadi 79 (semasa wabak).

Foto Kredit : Via Pexels

Secara terperinci, terdapat 188 kanak-kanak yang dikaji lahir di tengah wabak penyakit iaitu selepas Julai 2020. Mereka dibandingkan dengan 308 anak-anak yang dilahirkan sebelum Januari 2019 dengan 176 daripadanya dilahirkan pada peringkat awal antara Januari hingga Mac 2020.

Selain itu, para penyelidik juga berkata bahawa kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan dunia luar sebelum atau semasa pandemi mempunyai masalah mental yang ketara berbanding mereka yang berumur. Namun kenyataan ini memerlukan kajian lebih mendalam daripada para penyelidik.

“Ibu bapa tertekan dan letih menyebabkan interaksi yang biasa dilakukan oleh anak-anak telah banyak berkurang. Kemampuan untuk membetulkan arah menjadi lebih kecil seiring bertambahnya usia anak,” kata Deoni.

Sementara itu, penyelidik juga mendapati bahawa anak-anak yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dari segi kewangan atau terkesan dengan keadaan ekonomi semasa pandemik COVID-19 adalah yang paling teruk terjejas.

Justeru itu, kamu harus peka dan memantau pertumbuhan anak-anak dengan teliti agar masalah IQ ini tidak berlaku atau boleh dielakkan jika dapat di kesan dengan lebih awal.

Selamat beramal♥

Sumber : New York Post

Published by
Nana