Fakta Tentang Hutan Aokigahara, Lokasi Popular Masyarakat Jepun Tamatkan Riwayat Hidup

Share

Mungkin ramai yang memuji negara Jepun kerana ia adalah antara negara paling selamat di dunia. Statistik kes bunuh di Jepun pada 2017 adalah paling rendah dalam dunia, sekitar 0.2 kes bagi setiap 100,000 orang.

Namun begitu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat membimbangkan kerana dianggarkan lebih kurang 20,000 nyawa melayang setiap tahun akibat bunuh dirim atau lebih kurang 1,600 nyawa setiap bulan. Bunuh diri di landasan keretapi, terjun bangunan, gantung diri di Hutan Aokigahara adalah sesuatu yang “normal” di Jepun.

Budaya “culture of shame” amat menebal dalam jiwa rakyat Jepun. Apabila gagal, mereka berasa teramat malu dan sering menyalahkan diri sendiri. Lihat saja apabila Jepun kalah semasa Perang Dunia Kedua, mereka beramai-ramai membunuh diri kerana terlalu malu dengan kegagalan.

Bercakap tentang Hutan Aokigahara, ia merupakan tempat popular untuk orang membunuh diri, sehinggakan orang yang nak bunuh diri di negeri-negeri lain di Jepun pun sanggup datang ke sini untuk bunuh diri.

Kenapa agaknya?

Kredit foto: cdns.klimg.com

Jom kita ikuti kupasan yang telah dibuat oleh Zunita Ramli, merupakan seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di sana.

Hutan Aokigahara adalah hutan yang terletak di kaki Gunung Fuji. Ia juga dikenali sebagai “Seas of Trees” yang menjadi lokasi popular untuk bunuh diri di atas beberapa sebab, salah satunya kerana ia terletak jauh dikawasan pedalaman. Jika mahu bunuh diri di tempat awam biasanya akan dilihat oleh orang lain dan akan diselamatkan, jadi percubaan bunuh diri itu biasanya akan gagal.

Kawasan hutan tebal yang gelap seolah-olah “welcoming” pembunuh diri untuk datang membunuh diri juga adalah salah satu faktor. Hutan Aokigahara dikatakan sangat tebal dan gelap sehingga tiada burung mampu hidup di kawasan hutan ini.

Kredit foto: pinimg.com

Selain itu, “fear of isolation” juga menjadi salah satu sebab mengapa mereka membunuh diri. Jadi, mereka mahu “mati bersama-sama” yang lain di hutan ini. Itu adalah sebab mengapa mereka sanggup datang jauh dari negeri lain untuk membunuh diri di hutan ini.

Malah, ada juga yang berpendapat kerana ramai yang telah mati di hutan itu jadi anda tidak akan mati sendirian dan akan berada dalam kumpulan yang sama selepas mati. Anda tidak akan berasa keseorangan jika mati di tempat ini.

Fuh, dengar pun dah seram!

Lebih menarik lagi, terdapat sebuah filem yang menceritakan tentang kisah benar yang berlaku di hutan ini.

Siapa pernah masuk ke Hutan Aokigahara ni? Hm, tengok gambar pun seram, tak jadilah nak masuk. Hiks!

Apa-apa pun, situasi ini berlaku mungkin kerana pegangan agama kerana walaupun Jepun adalah sebuah negara yang maju dengan kecanggihan teknologi, namun masih ada sesuatu yang hilang iaitu pegangan agama.

Jika ada pegangan agama mungkin golongan ini dapat berfikir dengan lebih rasional dan tidak mengambil keputusan drastik untuk membunuh diri.

Sumber: Zunita Ramli

Published by
Noor Ain Norman