Sekarang ni pergi je la mana-mana tak kisah dekat kampung ke, bandar ke, memang korang akan lihat banyak betul gerai jual durian walaupun dalam situasi PKP.
Well biasalah rakyat Malaysia punya favouritefruit, durian! Tapi bezanya, sudah tidak ada durian ‘buffet’ seperti tahun sebelum pandemik.
Terlalu banyak sangat pantang larang tentang makan durian ni. Ada yang cakap lepas makan tak boleh minum Coke, kalau tak nak pening, minum air dalam pangsa durian dan macam-macam lagi la.
Namun begitu, sejauh mana kebenaran yang sering diperkatakan oleh masyarakat kita?
Jom baca kupasan yang telah dibuat oleh Dr. Rushdan Nor tentang kaitan durian dan kesihatan manusia.
Ads
Fakta yang benar
1. Naikkan berat badan
Durian mempunyai kalori yang tinggi, iaitu purata berat 1 kg mempunyai jumlah kalori hampir 1400 kcal. So kalau korang makan sebiji durian dan meliputi 70 peratus daripada jumlah 2000 kalori sehari. Seulas durian pun dah lebih kurang 40 gram, bersamaan 59 kalori.
2. Kaya dengan nutrin
Durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks. Ia mengandungi asid amino tryoptophan yang juga dikenali sebagai ‘pil tidur semula jadi’ yang dapat membuatkan korang tidur. Kandungan potassiumnya juga lebih tinggi berbanding buah pisang.
3. Pesakit diabetes perlu kurangkan makan durian
Buah ini memang tak sesuai dimakan oleh pesakit diabetes kerana ia mengandungi gula yang tinggi seperti sukros, fruktos dan glukos (indek glisemik yang tinggi).
Ads
4. Beri tenaga segera
Oleh sebab kandungan karbohidrat yang tinggi, ia memang boleh menjadi sumber tenaga segera untuk korang.
Mitos dan kepercayaan yang tidak benar
1. Kandungan kolesterol yang tinggi
Kalau korang lihat dalam jadual fakta nutrin, buah durian sebenarnya tidak ada kolestrol didalamnya.
2. Durian adalah panas, perlu diambil dengan buah manggis yang sejuk
Tak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden dan tidak disokong oleh kajian saintifik. Tabiat makan durian dan manggis mungkin disebabkan kedua-duanya mempunyai musim buah yang sama.
Ads
3. Tingkatkan nafsu/libido
Tak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian dapat tingkatkan tenaga seks.
4. Makan durian bersama beer boleh membunuh
Minum alkohol dah memangn memudaratkan, tapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil secara berlebihan.
Kalau pengambilan diambil dengan banyak, ia boleh menyebabkan kembong perut dan rasa tak selesa di bahagian perut sebab organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolisma ke atas lemak dan gula yang terkandung dalam alkohol dan durian.
Kesimpulannya, durian memang banyak nilai nutrisi yang tinggi dan boleh menjadi sumber tenaga, mineral dan vitamin yang baik. Ia juga mengandungi lemak monotidaktepu yang lebih baik daripada lemak tepu.
Tapi, ambil dalam dua tiga ulas dah pun memadai sebab takut ketagih dan obses pula. Rakyat Malaysia selalu makan secara berlebihan. Sudah tentulah ia tidak baaik untuk kesihatan korang. So rasa-rasa je ok? Jangan sampai melantak tak ingat dunia pula. Hiks!
Figura sektor pendidikan negaram Tan Sri Lim Kok Wing yang juga merupakan pengasas Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pantai, awal hari ini.
Pemergiaan beliau disahkan setelah tempoh seminggu beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi yang dihadapi kerana terjatuh.
Namun begitu, punca kematiannya yang sebenar masih belum dikeluarkan oleh pihak hospital.
Umum mengenali Universiti LimKokWing sebagai sebuah universiti yang banyak menjurus kepada pengajian dalam bidang kreatif. Hal ini bukanlah perkara yang menghairankan kerana mendiang merupakan seorang insan yang berseni.
Kerjaya pertama Tan Sri Limkokwing adalah sebagai seorang illustrator dan beliau pernah mereka muka hadapan bahan bacaan. Kemudian, beliau nekad mendekati akhbar Eastern Sun dengan komik yang dihasilkannya dengan harapan agar akhbar tersebut menyiarkan karyanya.
Usaha yang ditonjolkan tidak sia-sia, akhbar itu bersetuju dan Tan Sri Limkokwing mencapai kejayaan pertama selepas siri komiknya – ABU – menjadi siri komik bersiri tempatan pertama di Malaysia dan Singapura.
Mendiang terus bekerja dengan Eastern Sun selama dua tahun hinggalah akhbar berkenaan menamatkan operasi. Perkara ini membuatkan Tan Sri LimKokWing bertekad menuju ke arah cita-cita yang lebih besar.
Pada tahun 1970, Tan Sri LimKokWing menyertai McCann-Erickson. Beliau pantas mendaki tangga kerjaya dan muncul di antara barisan handalan untuk menjadi pengarah kreatif serantau di agensi pengiklanan antarabangsa ini.
Suasana di universiti sebelum pandemik Covid-19. Sumber gambar: Study Co
TENTANG UNIVERSITI
Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing diasaskan pada tahun 1991 dan ketika itu ia dikenali dengan nama Institut Teknologi Kreatif Limkokwing. Pada tahun 2002, institut ini merupakan kolej persendirian pertama di Malaysia yang memperoleh taraf universiti kolej.
Takziah REMAJA ucapkan kepada keluarga serta kenalan rapat mendiang Tan Sri Limkokwing.
Wow, bukan sedikit jumlah yang dituntut! Tetapi kenapa sampai berbilion?
Untuk pengetahuan pembaca pada 23 Mac 2021, kapal ini telah berlayar dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, Malaysia untuk ke Rotterdam sebelum tersekat di Terusan Suez milik Mesir. Kapal tersebut berjaya diapungkan pada 29 Mac 2021 kira-kira enam hari selepas tersekat.
Selama enam hari tersekat, kapal Ever Given telah menutup laluan terusan tersebut menyebabkan kapal-kapal lain yang hendak melalui terusan itu terpaksa berpatah semula dan ini menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada kerajaan Mesir dan juga sector ekonomi negara lain yang mana kapal milik negara mereka tidak dapat melalui jalan tersebut.
Terusan yang dibuka pada tahun 1869 ini menjadi hab penghubung laluan perdagangan antarabangsa yang sangat sibuk di dunia. Pembukaannya bukan sahaja memendekkan jarak tetapi juga menjimatkan.
Pada mulanya panjang Terusan Suez ini adalah 164 kilometer (km) dan kedalaman lapan meter (26 kaki), tetapi setelah beberapa penambahbaikan dilakukan saban tahun, kini panjangnya ialah 193km dan kedalaman 24 meter (78 kaki).
Untuk melalui terusan ini setiap kapal perlu membayar tol mengikut saiz dan juga jenis kapal. Secara purata bayaran tol yang dikenakan adalah sekitar RM414,650.
Kesan dari tersekatnya kapal Ever Given menyebabkan harga minyak meningkat 2% kerana banyak kapal minyak yang ingin melalui terusan tersebut tersekat.
Gambarajah bagaimana Terusen Suez memendekkan perjalanan kapal. Sumber gambar: pinterest
Kini kapal Ever Given yang dimiliki oleh syarikat Shoei Kisen Kaisha dari Jepun itu telah dirampas oleh kerajaan Mesir dengan nilai tuntutan berbilion ringgit.
Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan masyarakat di Malaysia kini lebih gemar menonton drama Korea, khususnya bagi anak-anak muda.
Bukan hanya kerana para pelakon mempunyai raut wajah yang kacak dan menawan, ia juga adalah disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan banyak teladan yang diperoleh menerusi hasil karya drama atau filem mereka.
Namun begitu, isu ini dibangkitkan dalam Parlimen apabila Senator Mohd Apandi Mohamad menegaskan bahawa pengaruh drama Korea menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.
Beliau berkata, kebanyakan kes bunuh diri di kalangan remaja adalah kerana terdorong dengan pengaruh k-drama. Ini kerana, katanya ada drama Korea mempunyai elemen bunuh diri apabila gagal dalam hidup.
“Setuju atau tidak, maknanya bila gagal… bunuh diri, gagal… bunuh diri. Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea ini,” katanya.
Walau bagaimanapun, berita yang telah dikongsi oleh Harian Metro ini mendapat reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dan bersikap sarkastik dengan kenyataan itu.
Sebenarnya ada banyak faktor yang mungkin menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Jangan hanya sewenang-wenangnya menunding jari jika tidak dapat mengemukakan kajian yang telah dibuat terlebih dahulu.
Malaysia sekali lagi kehilangan seorang tokoh besar negara.
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan telah meninggal dunia pada malam ini di Institut...