Sekarang ni pergi je la mana-mana tak kisah dekat kampung ke, bandar ke, memang korang akan lihat banyak betul gerai jual durian walaupun dalam situasi PKP.
Well biasalah rakyat Malaysia punya favourite fruit, durian! Tapi bezanya, sudah tidak ada durian ‘buffet’ seperti tahun sebelum pandemik.
Terlalu banyak sangat pantang larang tentang makan durian ni. Ada yang cakap lepas makan tak boleh minum Coke, kalau tak nak pening, minum air dalam pangsa durian dan macam-macam lagi la.
Namun begitu, sejauh mana kebenaran yang sering diperkatakan oleh masyarakat kita?
Jom baca kupasan yang telah dibuat oleh Dr. Rushdan Nor
tentang kaitan durian dan kesihatan manusia.Durian mempunyai kalori yang tinggi, iaitu purata berat 1 kg mempunyai jumlah kalori hampir 1400 kcal. So kalau korang makan sebiji durian dan meliputi 70 peratus daripada jumlah 2000 kalori sehari. Seulas durian pun dah lebih kurang 40 gram, bersamaan 59 kalori.
Durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks. Ia mengandungi asid amino tryoptophan yang juga dikenali sebagai ‘pil tidur semula jadi’ yang dapat membuatkan korang tidur. Kandungan potassiumnya juga lebih tinggi berbanding buah pisang.
Buah ini memang tak sesuai dimakan oleh pesakit diabetes kerana ia mengandungi gula yang tinggi seperti sukros, fruktos dan glukos (indek glisemik yang tinggi).
Oleh sebab kandungan karbohidrat yang tinggi, ia memang boleh menjadi sumber tenaga segera untuk korang.
Kalau korang lihat dalam jadual fakta nutrin, buah durian sebenarnya tidak ada kolestrol didalamnya.
Tak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden dan tidak disokong oleh kajian saintifik. Tabiat makan durian dan manggis mungkin disebabkan kedua-duanya mempunyai musim buah yang sama.
Tak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian dapat tingkatkan tenaga seks.
Minum alkohol dah memangn memudaratkan, tapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil secara berlebihan.
Kalau pengambilan diambil dengan banyak, ia boleh menyebabkan kembong perut dan rasa tak selesa di bahagian perut sebab organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolisma ke atas lemak dan gula yang terkandung dalam alkohol dan durian.
Kesimpulannya, durian memang banyak nilai nutrisi yang tinggi dan boleh menjadi sumber tenaga, mineral dan vitamin yang baik. Ia juga mengandungi lemak monotidaktepu yang lebih baik daripada lemak tepu.
Tapi, ambil dalam dua tiga ulas dah pun memadai sebab takut ketagih dan obses pula. Rakyat Malaysia selalu makan secara berlebihan. Sudah tentulah ia tidak baaik untuk kesihatan korang. So rasa-rasa je ok? Jangan sampai melantak tak ingat dunia pula. Hiks!
Sumber: (1)