Masalah jerawat bukan saja hanya di bahagian wajah, malah ia juga boleh muncul di anggota badan seperti dada dan bahagian belakang badan.
Ternyata kewujudan jerawat jenis ini lebih memalukan daripada tumbuh di muka. Ia akan memberi kesan dan mengganggu penampilan anda. Nak tak nak, masalah jerawat di badan ini harus diatasi segera.
Banyak sebab kenapa jerawat tumbuh di belakang badan. Majoriti gadis memiliki jerawat di bahagian belakang badan daripada usia belasan tahun dan awal 20 ‘an.
Faktor hormon untuk gadis dalam lingkungan umur subur menjadi punca utama. Selain itu, faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Jangan ingat masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak yang perlu dilakukan oleh kita sendiri.
Jadi, jom amalkan 14 cara ini untuk menghilangkan jerawat di badan dengan cara yang paling mudah.
Salah satu faktor yang menyebabkan jerawat muncul adalah kerana kekurangan air atau cairan untuk kulit. Dengan mengambil minuman air putih yang konsisten akan membuatkan darah menjadi bersih dan kotoran dalam darah akan terbuang dan disingkirkan.
Debu dan kotoran yang lekat pada kulit akan membuatkan liang pori tersumbat lalu mengakibatkan jerawat. Oleh itu, rajinkan diri mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengekal kebersihan dan kesegaran kulit.
Sewaktu mandi, cuba elakkan diri daripada menggosok terlalu kuat dan kerap menggunakan sabun antiseptik kerana bimbang ia akan mengakibatkan kulit keradangan dan lebih mudah berjerawat.
Gunakan ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor pakar, jangan beli ubat sembarangan takut masalah akan bertambah buruk. Elakkan penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 kerana ia menggalakkan penumbuhan jerawat.
Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian kamu. Penggunaan kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat.
Elakkan dari pakaian yang tidak menyerap peluh.
Amalkan gaya pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berminyak dan tidak berkhasiat untuk tubuh.
Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur. Jangan biarkan bilik berhabuk. Pastikan semua alatan peribadi dalam keadaan bersih.
Sirih mengandungi antiseptik yang semula jadi dapat membantu menyembuhkan infeksi pada kulit serta mengurangkan masalah jerawat. Oleh itu, cuba mandi dengan rebusan air sirih sekurang-kurangnya sehari sekali.
Cara mengaplikasikannya senang saja, hiris kayu manis sehingga halus kemudian campurkan sedikit air perahan limau. Kemudian usap kan terus di bahagian yang bermasalah lalu biarkan ia selama 30 minit. Akhir sekali bilas bahagian berlumuran dengan air bersih.
Sesetengah dari jerawat timbul daripada ketegangan dan stres emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin daripada penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.
Masalah jerawat di belakang badan juga sering kali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh). Maka, jangan jadikan bilik anda panas seperti sauna ye
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas tidak elok untuk kulit kamu. Pasti kan anda menghindari cuaca ekstrem ini, terutamanya pada waktu tengah hari.