Situasi yang menimpa Haneesya Hanee mendapat perhatian bukan saja netizen, malah selebriti terkenal tanah air.

Dalam pada dia ditimpa musibah, masih ramai yang memberikan kata-kata semangat buat anak muda ini.

Antara yang turut bersimpati dan memberi semangat kepada Haneesya adalah Janna Nick dan Fasha Sandha. Kata-kata positif itu dimuat turun dalam laman Instagram mereka.

 

View this post on Instagram

 

Kepada @haneesyahanee , Remember this quote ‘Fall 7 times,stand up 8’ It’s undeniable–we all make mistakes. It’s in our nature as humans to fail. Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘kawan’ sendiri. Video aib dirakam berminggu2 ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Jadi Berhati2 memilih kawan~ tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita. . Walau apapun, Jangan diulangi kesalahan itu Hanee.. Dan, Kita semua juga patut jadikan ini sebagai pengajaran. . Semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan. Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang. Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak. #doayangbaikbaik

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Ads

Pak Nil juga turut memberi kata semangat dan sepertinya beliau turut memahami situasi  yang terjadi kepada anak gadis ini.

‘Fall Seven Times, Stand Up 8’, Selebriti Beri Kata Semangat Buat Haneesya Hanee

Walaupun tidak menyebut nama Haneesya, tetapi Sharifah Amani juga dilihat tidak menyokong dengan tindakan masyarakat yang mengecam secara melampau di media sosial.

‘Fall Seven Times, Stand Up 8’, Selebriti Beri Kata Semangat Buat Haneesya Hanee

Ads

Miss Supranational Malaysia 2018 iaitu Sanjna Suri juga tampil memberikan sokongan positif kepada Haneesya. Dalam siri klip Instagram Story, dia berkata ramai yang sudah bertanyakan pendapatnya mengenai insiden ini memandangkan Sanjna sendiri perlu mengalami situasi gelaran ditarik balik, sebelum ini.

‘Fall Seven Times, Stand Up 8’, Selebriti Beri Kata Semangat Buat Haneesya Hanee

“Jika sudah dinyatakan dalam kontrak untuk menjaga tingkah laku, secara teknikalnya ia memang melanggari peraturan. Sebagai peserta, kita perlu lebih sensitif terhadap pandangan masyarakat lebih-lebih lagi dirinya yang dipandang sebagai personaliti contoh kepada para remaja berbangsa Melayu.

Ads

I’m sure she regrets it. Mereka hanyalah remaja yang kurang matang pada waktu itu. Jika dia boleh kembali menjadikan situasi ini kepada sesuatu yang lebih positif, that is great. Saya sendiri yang pernah ditarik balik gelaran dan ia menjadikan saya lebih kuat. Please continue to reach after your dreams,” tambahnya lagi.

***

Selain itu, Haneesya juga turut mendapat sokongan daripada masyarakat di luar sana. Tidak hanya menerima kecaman, sebenarnya masih ramai yang menyokong dan sayangkan bakat yang ada pada gadis hitam manis ini.

‘Fall Seven Times, Stand Up 8’, Selebriti Beri Kata Semangat Buat Haneesya Hanee ‘Fall Seven Times, Stand Up 8’, Selebriti Beri Kata Semangat Buat Haneesya Hanee ‘Fall Seven Times, Stand Up 8’, Selebriti Beri Kata Semangat Buat Haneesya Hanee

Dear Haneesya, keep strong girl. Jadikan ini satu ‘sebab’ untuk Hanee lebih bersemangat mengejar cita-cita dan lebih berjaya pada masa akan datang.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI