Setiap kali dianjurkan pada saban tahun, acara Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) pastinya akan menarik perhatian ramai peminat hiburan tanah air dengan senarai undian awal dalam beberapa kategori yang dipertaruhkan.
Dan setiap tahun juga, pastinya ada dalam kalangan keluarga besar pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja yang ‘sangkut’ membawa pulang beberapa kategori daripada anugerah yang memerlukan sokongan hebat daripada para peminat nmasing-masing itu.
Antara yang masih berbekas di ingatan ramai tentunya adalah dua edisi terdahulu di mana kategori utamanya iaitu Bintang Paling Popular disandang oleh Dewi Remaja 2009/2010, Noor Neelofapada edisi ABPBH 29 (2016) dan Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin pada tahun berikutnya untuk edisi ABPBH 30. Begitu juga dengan tahun-tahun seterusnya termasuklah pada tahun lalu yang menyaksikan Ben Amir dan Mawar Rashid masing-masing memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.
Bagi edisi ABPBH-34 tahun ini, nampaknya kemunculan generasi baharu daripada keluarga Hero Remaja dan Dewi Remaja mula mendominasi senarai pencalonan biarpun boleh dianggap baharu dalam industri seni tanah air.
*
Ads
Kategori Artis Baharu Lelaki Popular misalnya cukup meriah dengan kehadiran Nadhir Nasar, Meerqeen, Hariz Hamdandan Aniq Suhair (edisi Hero Remaja 2020) serta Nabil Aqil(edisi Hero Remaja 2017).
Pelakon yang mendapat perhatian menerusi filem Mael Totey, Aween Ismail (edisi Dewi Remaja 2018/19) dan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Baepula memberikan saingan dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular.
Ads
Sementara itu, Meerqeendan Nabil Aqilturut tercalon bagi kategori online untuk Gandingan Serasi Filem Popular masing-masing menerusi filem Kelaster dan Takut Ke Tak; bersama-sama senior mereka dari edisi Hero Remaja 2011/12, Fattah Amin (Miimaland) dan Syafiq Kyle (Saka Nan Sepi).
Meerqeen, Syafiq Kyle dan Fattah Amin sekali lagi menembusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, juga menerusi filem Kelaster, Saka Nan Sepi dan Miimaland.
Ads
Rakan seperjuangan Fattah dan Syafiq iaitu Saharul Ridzwan turut tidak terkecuali dicalonkan untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular Xiomibersama-sama Hero Remaja 2007/2008, Kamal Adli. Nampaknya, ‘comeback’ yang dilakukan Saharul bermula tahun lalu tidak mengecewakan.
Untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular Xiomi pula, Azar Azmi (edisi Dewi Remaja 2009/2010) menyerlah menerusi beberapa naskah drama yang dibintanginya manakala Fify Azmi (edisi Dewi Remaja 2014/2015) pula tercalon bagi kategori online; Watak Antagonis Popular dengan persembahan mantap dalam drama Ryan Aralyn.
Korang boleh mula mengundi mereka bagi peringkat awal ini bermula semalam hingga 3 Oktober nanti di LAMAN WEB rasmi APBBH. All the best Heroes & Dewis!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya ramai yang skip sahur dengan alasan tak lalu nak makan pada waktu pagi. Padahal sama seperti breakfast, sahur ni pun penting untuk membekalkan tenaga supaya korang boleh bertahan sepanjang hari.
Bukanlah pagi-pagi tu dah kena makan nasi kandar atau nasi Arab, tapi kalau bijak memilih menu sahur, insyaAllah korang akan kekal bertenaga ketika berpuasa.
Kami nak kongsikan satu resipi daripada Escort Group Workout yang mudah untuk korang sediakan pada waktu sahur nanti. Resipi ni tak perlu masak-masak pun. Campur je semua bahan, siap!
Bahan-bahan:
– 300ml susu
– 2 atau 3 biji kurma
– 3 sudu besar oat
Cara membuat:
Campurkan kesemua badan dalam shaker dan siap! Kalau korang suka makan sejuk-sejuk, boleh la buat sebelum tidur dan masukkan ke dalam peti ais.
Mudah je kan? Salah satu kelebihan menu ini adalah korang akan rasa bertenaga sepanjang hari sebab bahan-bahan yang digunakan memang superfood dan oat pun salah satu makanan yang mempunyai glysemik indeks (GI) rendah yang menjadikan oat lambat di hadam dan membuatkan korang lambat lapar.
So, memang sesuaikan sangat la kalau bersahur dengan air minuman ni kan? Sangat mudah disediakan dan yang paling penting dapat memberi kekenyangan dalam waktu yang lama. Lepas ni dah tak ada alasan untuk korang tak mahu bersahur.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai juga yang mengambil kesempatan bercuti dalam bulan Jun dan Julai ini untuk mengunjungi destinasi luar negara setelah sekian lama ‘terperap’ di dalam negara akibat pandemik Covid-19.
Antara yang meluangkan masa ke luar negara bersama kenalan dan ahli keluarga mereka kini ialah penyanyi kegemaran ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini berada di London, United Kingdom.
Dalam pada bersiar-siar bersama keluarganya, Siti turut sempat menyelitkan ke dalam itenararinya masa untuk menonton konsert penyanyi terkenal Inggeris, Adele di Hyde Park.
Konsert bersempena festival muzik British Summer Time Hyde Park itu sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai peminat Adele di negara kelahirannya itu dan Siti juga tidak melepaskan peluang sama.
Iyalah, hendak harapkan Adele ke Kuala Lumpur. Hhm, entah bilalah kan!
Anyway, Siti tidak keseorangan apabila ditemani mentornya dalam dunia perniagaan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan isteri, Datin Wira Hasdiana Ahmad. Turut serta ialah Pengerusi Eksekutif Richworks, Datuk Zafrol Rizal Mat.
“Terima kasih Doc sebab beri pengalaman yang best sangat. Terima kasih Datuk J, Datin Wira, seronok sangat alhamdulillah thank you,” katanya menerusi hantaran di bahagian Instagram Story akaun @ctdk.
Buat Dr Azizan pula, beliau sendiri mengungkap perasaan teruja dapat menonton Adele secara langsung bersama, “biduanita negara, TokTi”. Katanya lagi, sesudah berakhir konsert tersebut, mereka meluangkan masa menaiki beca di sekitara kawasan terbabit.
“Kita naik beca, ingat dekat Melaka saja ada beca. Di London pun ada,” catat Siti. Terdahulu, Siti dan keluarganya bercuti di Dubai UAE selama tiga hari sebelum berlepas pula ke kota London.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihatkan pada keadaan ekonomi negara hari ini, ramai remaja seakan buntu dan hilang semangat untuk membeli aset dan dianggap tidak mampu kerana bergaji kecil.
Oleh sebab itu, kebanyakan daripada kita seakan melupakan impian untuk memiliki rumah besar dan hanya bergantung kepada kediaman keluarga.
Dah nak buat macam mana, kalau tengok pada gaji rasa-rasanya memang tak mampu la nak berumah tangga. Hey, nanti dulu. Jangan cepat putus asa.
Situasi dan mentaliti anak mudah seperti ini harus diubah. Asalkan pandai membuat perancangan dan berusaha gigih, pasti impian ini bukan sekadar hanya angan-angan.
Memetik daripada nukilan saudara Khairul Ezuwan di laman Facebooknya, REMAJA tertarik dengan kupasan yang diberikan.
Bayangkan situasinya seperti ini:
Anda seorang yang baru bekerja dengan gaji bersih RM1500. Andaikan kenaikan gaji RM100 setahun. Target untuk berkahwin lagi 5 tahun, perlukan duit untuk berkahwin, membeli rumah, kenderaan dan simpanan masa depan.
Jadi, apa perlu anda buat?
1. Buat simpanan tetap sebulan RM300, buat pinjaman ASB RM50K daripada mula bekerja dengan komitmen lebih kurang RM300. Debt Service Ratio (DSR) waktu ini adalah 20%.
Kawal perbelanjaan harian anda:
a) Sewa rumah = RM200 (sewa dengan kawan-kawan bujang)
b) Makan minum = RM500
c) Minyak motor = RM100
d) Bagi orang tua = RM100 (Jangan anggap sebagai beban)e) Telefon = RM100f) Lain-lain = RM200
2. Buat extra income seperti overtime sebagai kaedah untuk memenuhi keperluan jika tidak mencukupi dan boleh bagi lebih kepada ibu bapa.
3. Khairul Ezuwan berkongsi salah satu option untuk mendapatkan pendapatan daripada property untuk create cash flow, simpanan atau membina modal dengan kos yang minima iaitu SUBLET. Sublet adalah sewa ke atas sewa atas property.
4. Target keuntungan untuk satu rumah sublet RM200 (sublet basic unit). Target memiliki rumah sublet enam biji dalam tempoh 12 bulan. Ini bermakna, dapatkan satu biji setiap dua bulan (lagi cepat lagi baik). Simpan hasil sewaan dalam satu simpanan tetap seperti ASB, tabung haji atau SSP dalam tempoh 12 bulan.
Contohnya dapat rumah sublet pertama pada Januari, seterusnya Mac, Mei, Julai, September dan November. Jadi, sewaan dalam tempoh setahun:
5. Cukup setahun dividen ASB pinjaman RM50K yang dibuat mula-mula tadi sudah menghasilkan dividen hampir RM4000.
Cari sebuah rumah lelong kos rendah yang berharga lingkungan RM50K. Gunakan wang dividen RM4000 tadi sebagai deposit dan sedikit duit simpanan daripada hasil sublet tahun pertama tadi. Kos peguam, stamp duty, valuation dan MRTT boleh request untuk masuk dalam pinjaman.
Installment lebih kurang RM250, sewakan RM500 contohnya. Gaji bersih waktu ini RM1600. DSR waktu ini 37% (pastikan buat tenancy agreement). Positive cashflow rumah sendiri ini RM250 sebulan.
6. Cukup setahun, tambah lagi pinjaman ASB RM150K.
Pecahkan kepada tiga sijil RM50K x 3. Komitmen ASB sekarang RM50K + RM150K. Maka, komitmen bulanan kesemuanya adalah lebih kurang RM1200. Gunakan semua hasil pulangan sublet RM200 x 6 buah = RM1200 sebagai installment bulanan.
Komitmen bulanan asal RM300 pada sijil 50K yang pertama juga telah bebas. Kekalkan komitmen ini selama 4 tahun tanpa usik dividen dan cancel semua pembiayaan ASB tersebut dalam tempoh 4 tahun.
Dalam tempoh 4 tahun itu akan menghasilkan dividen terkumpul + value principal = RM67,000 + RM17,000 = RM84,000 cash (boleh gunakan RM2000 setahun daripada dividen sebagai reward untuk diri sendiri) = total cash tinggal lebih kurang RM76,000.
*ASB boleh rolling dividen sekiranya terputus sewaan sublet. Pecahan sijil sebagai option cancel sebahagian pinjaman sekiranya kurang kemampuan disebabkan terputus sebahagian pendapatan.
*Jika terputus satu rumah, cari pengganti rumah lain.
7. Gunakan kos RM300 yang bebas tadi, RM200 tambahkan sumbangan bulanan kepada ibu bapa yang sebelum ini RM100 saja. Baki lagi RM100 + cash flow RM250 pada sewa rumah = RM350 sebagai extra payment kepada rumah yang dibeli. Selepas 4 tahun, baki pinjaman rumah tersebut tinggal RM26,000. Gunakan cash RM76,000 + Rm8000 daripada EPF Acc 2 untuk buat full settlement rumah tersebut. RM84K – RM26K = baki cash RM58K.
8. Waktu ini gaji bersih sudah naik kepada RM2000.
Cari sebuah rumah lelong atau subsale yang berharga lingkungan RM100K, keluarkan RM10K++. Bayaran bulanan RM500. DSR waktu ini 21%. Sewakan RM700 sebagai contoh dan buat tenancy agreement. Baki cash RM48K.
9. Gunakan kos RM15K untuk kahwin. Jangan terlalu boros untuk majlis perkahwinan. Lebih baik fikirkan kehidupan anda selepas berkahwin nanti. Baki cash sekarang RM33K.
10. Selepas berkahwin, joint pinjaman rumah dengan isteri untuk dapatkan sebuah rumah kegunaan sendiri. Contoh, berharga RM250K dengan installment RM1200. Cari rumah below market.
Value untuk minimize cost deposit. Boleh guna sebahagian cash yang ada untuk persediaan kelengkapan masuk ke rumah tersebut. Gunakan keuntungan bulanan sublet RM1200 untuk bayar installment rumah setiap bulan.
Rumusan
Dalam tempoh 5 tahun:
1. Miliki tiga buah rumah dan satu daripadanya habis dibayar.
2. Mempunyai kereta walaupun bukanlah kereta yang hebat sangat.
3. Dapat kumpul duit untuk kahwin.
4. Dapat memberi sumbangan lebih baik kepada ibu bapa.
5. Mempunyai simpanan lebihan RM33K.Kaedah sublet ini sama juga seperti anda menyewakan rumah sendiri, cuma melibatkan deal dengan owner rumah. Itu antara skill yang perlu dipelajari
Ada yang buat sublet dapat keuntungan sebuah rumah RM500 hingga RM1000. Oleh sebab itu, ilmu sangat penting. Dengan ilmu ini yang akan buat kehidupan anda lebih mudah.
InsyaAllah, setiap usaha yang kita lakukan ini akan berhasil jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...