Makan

Family Mart Pula Jadi ‘Port’ Buat Assignment, Netizen Kurang Senang

Share

Jika dahulu perpustakaan dijadikan ‘port’ lepak pilihan pelajar, kini amalan mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan di restoran atau cafe menjadi trend seiring perkembangan zaman dan kemajuan teknologi.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar Ada Port Ulangkaji Hipster Baharu Di Perpustakaan Kuala Lumpur

Zaman sekarang, pelajar boleh mendapatkan hampir semua informasai di hujung jari asalkan mereka akses internet.

Namun, tindakan segelintir mahasiswa menjadikan Family Mart sebagai tempat untuk berkumpul belajar dan menyiapkan tugasan telah mendapat kritikan dari ramai pihak.

Family Mart pelanggan ( gambar hiasan)

Melalui sebuah hantaran di laman Saya Anak Perlis, seorang pengguna telah menyuarakan ketidakpuasannya terhadap budaya tersebut.

“Memang sempit tempatnya untuk buat assignment. Bila ditanya, ‘Lama lagi ke?’ sebab keluarga saya ingin makan. Dengan selamba dijawab, ‘Lama lagi ni bang. Saya tengah siapkan assignment,'” tulisnya.

Apa yang lebih mengecewakan adalah teguran yang diberikan oleh kakitangan Family Mart turut tidak dipedulikan oleh para pelajar tersebut.

“Makanan pun tak ada di atas meja. Staff tegur pun macam tak berkesan, terus duduk keras di situ. Ini yang orang Perlis panggil ketegaq. Harap Family Mart lebih peka terhadap isu ini,” sambung pengadu.

Banyak komen di ruangan tersebut menunjukkan persetujuan, sambil menyatakan bahawa ruang yang disediakan sepatutnya adalah untuk makan, bukan untuk belajar atau menyiapkan tugasan.

 

BACA LAGI : 6 Port Membaca Sambil “OOTD”, Wajib Kunjungi Gedung Ilmu Dengan Dekorasi Unik Ni!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana