Jilid #55 siri komik popular itu berakhir dengan kesedihan hanya disebabkan oleh..
Manga Boruto: Naruto Next Generations yang menemui pembaca pada setiap 20 haribulan telah menjadi topik hangat peminat manga itu. Ini gara-gara ‘plot twist’ yang dilakukan oleh penerbit kepada salah satu watak utamanya, Kurama.
Jilid #55 pada bulan ini bermula apabila Naruto bercakap dengan Kurana di mana Naruto percaya dirinya telahpun mati kerana terlalu kerap menggunakan Mode Baryon.
Malah, ramai juga yang sudah bersiap sedia dengan kemungkinan itu ketika Naruto menggunakan Baryon Mode ketika menentang Isshiki Otsutsuki. Kurama berkata kuasa itu akan melemahkannya dan mungkin membunuh.
Malah apabila Sasuke dilihat risaukan keadaan Naruto yang tidak sedarkan diri setelah menang, nasib Hokage kegemaran ramai itu tidak dapat dipastikan.
Namun, lain pula ceritanya apabila Kurama berkata dia telahpun terkorban.
“Aku datang untuk mengucapkan selamat tinggal. Jika kamu masih tertanya, ini adalah perbualan terakhir kita, jadi aku akan terus bercakap dengan kamu selagi mampu,” kata Kurama.
Naruto kemudiannya berterima kasih kepada Kurama kerana setia berada di sisinya selama bertahun-tahun. Disebabkan oleh hubungan mereka yang utuh itu, mereka berjaya menghasilkan Mode Baryon dan hasilnya mengalahkan Isshiki Otsutsuki.
Kata Naruto lagi, ini bukanlah pengakhirannya dan segala perancangan mereka haruslah diselesaikan sendiri oleh Naruto mulai sekarang.
Apa sebenarnya yang mengakibatkan kematian Kurama itu. Ia gara-gara karakter ‘Nine Tails’ itu tidak jujur dengan Naruto semasa dalam pertarungan.
Sekiranya Kurama memberitahu bahawa Baryon Mode ini boleh membunuhnya, pasti Naruto tidak akan melakukannya dan kalah kepada Isshiki. Dengan memberitahu Naruto bahawa kuasa itu akan membunuh lagenda Konoha itu, dia tahu Naruto sanggup untuk korbankan dirinya demi sekali lagi menyelamatkan dunia.
Bagi pengikut manga ini, tentunya mereka sukar untuk menerima plot cerita ini.
Iyalah, Kurama sudah ibarat penjaga kepada Naruto (agak ironi memandangkan dia yang membunuh ibu bapa Naruto berpuluh-puluh tahun dahulu – mungkin ini yang dinamakan sebagai ‘circle of life’ ).
Naruto juga baru kehilangan Jiraiya dan dengan pemergian Kurama ini, tentunya impak emosinya akan dirasai oleh hero kegemaran korang ini.
Adakah Naruto mampu untuk kembali ‘reconnect’ dengan sahabatnya ini menggunakan teknik jutsu, ‘ancient scrolls’, sains atau cakra mistik pada masa akan datang?
Kita kenalah nantikannya.