“Fans Christina Perri Mesti Suka!” – Kenali Penyanyi 21 Tahun NIKI Zefanya

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Pergh! Bangga weh kalau disamakan dengan penyanyi A Thousand Years, Christina Perri.

 

Tetapi ini bukan Christina tau. Ini adalah penyanyi berusia 21 tahun dari Indonesia, Niki Zefanya yang baru muncul dengan single terbarunya, Lose, kelmarin.

Video muzik Lose kini mencatatkan lebih 800,000 tontonan di YouTube buat masa ini dan ramai tampil untuk memuji vokal serta kreativiti Niki.

Ada yang mengatakan Niki mengingatkan mereka kepada Christina Perri kerana suara dan melodi lagu Lose yang mirip lagu Christina yang diminati ramai. Bukan tiru ya, mirip.

Selain itu, ada yang menyamakan Niki dengan Bruno Mars (mungkin menerusi lagu Talking To The Moon yang mempunyai melodi mirip Lose). Ada juga yang menyamakan Niki dengan raja balada kini, Lewis Capaldi.

Haihh, banyak eh persamaan yang korang nampak! Hehe..

Anyway, siapa Niki ni sebenarnya?

 

01

Nicole Zefanya ataupun Niki dilahirkan pada 24 Januari 1999 di Indonesia dan berpindah ke Nashville, Amerika Syarikat untuk mengembangkan karier muziknya di sana pada tahun 2017. Selain itu, Niki juga melanjutkan pengajian di sana dalam jurusan seni muzik.

 

02

Pada tahun 2014, Niki pernah diberikan tanggung jawab untuk menjadi opening act kepada Taylor Swift semasa penyanyi itu berkunjung ke Jakarta bagi siri jelajah ‘The Red Tour’.

 

03

April tahun ini, Niki telah terpilih menyertai senarai paling berpengaruh ’30 Under 30 Asia 2020’ yang dikeluarkan oleh Forbes. Bukan calang-calang orang boleh terpilih!

Selain Niki, turut tercalon di situ ialah penyanyi Indonesia, Isyana Sarasvati, kumpulan K-pop TWICE dan Park So Dam.

 

04

Setelah muncul dengan album mini berjudul Zephyr (2018) dan Wanna Take This Downtown? (2019), Niki lebih banyak terarah kepada genre RnB.

Namun menerusi album penuh berjudul Moonchild yang akan dikeluakan oleh Niki pada 10 September ini, dia lebih bebas berkarya.

Contohnya menerusi single Lose di atas, dia menghasilkan single balada yang jarang diilakukannya.

Menerusi Moonchild, sebanyak 10 buah lagu akan dimuatkan di dalamnya. Selain Lose, single lain yang telah dikeluarkan ialah Switchblade dan Selene. Kesemua lagu-lagu ini dihasilkan olehnya sendiri!

 

05

Walaupun kini sibuk menghasilkan lagu original sendiri, kadangkala Niki sempat untuk menghasilkan video-video nyanyian cover di akaun YouTube asingnya Mystle Lily.

Antara cover yang berjaya mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi adalah menerusi mashup Ariana Grande x Frank Ocean, Let It Go (James Bay) dan banyak lagi.

 

Menerusi bahagian komen di YouTube video muzik rasmi Niki, ramai yang mengakui dia merupakan seorang penulis lagu yang berbakat. “Setakat ini masih belum ada lagi lagu yang ‘tak sedap’ didengar,” kata salah seorang netizen.

Mungkin ia disebabkan rasa yakin Niki terhadap karyanya sendiri.

“Aku yakin apa pun selera muzik mereka, semua orang yang mendengarkan akan suka seenggaknya satu lagu dari album ini. Aku yakin banget,” katanya kepada portal Indonesia, kumparan.

Ramai sebenarnya bakat remaja kelahiran Indonesia yang muncul pada tahun ini walaupun dunia sedang berhadapan dengan musim kuarantin. Baca mengenai penyanyi yang menjadi punca kepada #LathiChallenge, Sara Fajira.

 

Published by
FZ