Fans K-Pop Tak Sabar Pembukaan Kafe Berkonsep EXO Di KL

Share

 

Rasanya lepas ini tak perlulah lagi kita kerap ke Korea Selatan untuk merasakan pengalaman dunia K-Pop.

Mereka sendiri yang semakin kerap ‘datang’ ke Kuala Lumpur. Terbaru, sebuah kafe berkonsepkan kumpulan K-Pop, EXO akan dibuka pada hujung bulan April ini.

Dikenali sebagai The Brussette Cafe, kafe ini akan menyajikan makanan western

Halal dan sedang menjadi bualan mulut para EXO-L Malaysia. Ini kerana hampir setiap segi persediaan kafe sebelum ia dibuka kelak mempunyai elemen EXO.

Contohnya, ia akan mempunyai album, DVD dan merchandise original sebagai bahan pameran. Pengunjung juga boleh menggunakan permainan video XBox dan board games di situ.

Mengapa Nama Brussette?

Menurut wakil pemiliknya, “Tahun lalu, keluarga saya berkesempatan untuk berkunjung ke Viva Polo (restoran Itali milik keluarga Chanyeol di Seoul). Kami bertuah kerana telah bertemu ibu Chanyeol di situ dan saya memberitahunya tentang perancangan untuk memiliki kafe sama sepertinya.

“Bila bertanya tentang nama yang sesuai, dia mencadangkan The Brussette Cafe. Katanya, Chanyeol dulu ingin menggunakan nama itu tetapi dia akhirnya memilih nama Viva Polo,” kongsi mereka di Twitter.

Twitter

Buat masa ini, masih belum ada imej kafe tersebut yang dimuat naik. Hanya logo berwarna cosmic latte (warna rasmi peminat EXO) yang baru ditunjukkan.

Untuk pengetahuan korang, pemiliknya merupakan orang Muslim dan penggunaan alkohol tidak akan ada dalam penyediaan makanan dan minuman di sini.

Kalaulah Baekhyun yang jadi Barista…. eh!

Malah, harga yang ditetapkan juga berbaloi. Contohnya, minuman sejuk dijual dari harga RM5.00 saja.

This is definitely a space to watch.

Published by
FZ