Happy birthday Sehun!
12 April merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat ahli kumpulan K-Pop, EXO. Mengapa? Kerana ia merupakan hari kelahiran salah seorang ahli kumpulan paling popularnya, Sehun.
Sempena hari jadi seorang selebriti Korea Selatan, pastinya mereka akan menerima pelbagai bentuk hadiah daripada peminat masing-masing. Namun, ada sesuatu yang istimewa menanti Sehun pada hari ini apabila wajahnya muncul di dalam satu halaman penuh akhbar US, New York Times.
Di bahagian bawah halaman itu pula tertulis ucapan ‘Happy 25th Birthday kepada Oh Sehun’. OMG!
Bukan mudahnya untuk mana-mana pihak tak kiralah artis, ahli politik atau ahli perniagaan untuk mendapatkan satu halaman penuh dalam akhbar New York Times.
Namun, peminat Sehun menjadikan impian itu bertukar realiti. Kelab peminat OhSehumBar dan Cxunqi sudah merancang kejutan ini lebih 6 bulan yang lalu. Banyak steps yang perlu dilakukan oleh mereka disebabkan syarat-syarat ketat akhbar itu untuk sesiapa saja membeli muka surat iklan.
Lantas apabila mereka berjaya, ia dilihat sebagai satu kejayaan buat peminat EXO di seluruh dunia.
Selain daripada ucapan hari kelahiran, peminat Sehun turut juga mewar-warkan promosi rancangan Netflix baru ‘Busted!’ yang dibintangi Sehun pada bahagian bawah.
Hebatnya! Cuba bayangkan kalau ada kelab peminat artis Malaysia yang membeli satu halaman penuh dalam akhbar tempatan semata-mata untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir.
Agak-agak kena kecam tak? Hehe..
Apa Nak Buat Jika Berlaku Kematian Di Tengah Malam? Baca Perkongsian Dari Pengurus Jenazah Ini
Isi Kandungan
ToggleSoal kematian adalah urusan Allah Taala. Tiada siapa tahu, bila dan bagaimana. Pasti kita akan panik jika berlaku kematian dalam rumah lebih-lebih lagi berlaku di tengah malam di saat semua orang sedang lena tidur.
Ditambah pula dengan kesedihan kehilangan orang tersayang. Membuatkan kita tak mampu berfikir dengan betul.
Cari orang masjid? Panggil saudara mara? Kejutkan jiran? Apa yang perlu dibuat terlebih dahulu?
Pengurus jenazah Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan bin Haji Md Yusuf yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pengurus jenazah berkongsi pengalamannya.
Jelasnya, apabila seseorang Islam itu didapati sakit kuat, ada tiga perkara harus dilakukan iaitu bertaubat, berwasiat dan bersangka baik kepada Allah.
Apabila ada tanda-tanda hampir kepada kematiannya, sunat kita sebagai anak membacakan Surah Ya’sin di sisi ibu atau ayah.
Bacakan juga surah Ar-Rokdhu, beri ia minum sedikit, titiskan air ke dalam mulut, basahkan muka dan dadanya selain sunat diajarkan mereka mengucap.
Tambah Ustaz Hamdan, apabila seseorang itu sudah ada tanda-tanda ke arah kematian, kita boleh melihat tanda-tanda seperti di bawah ini.
Tanda akhir kematian
Antaranya tanda yang berlaku adalah tapak kaki mulai lurus. Tak ada lekuk-lekuk lagi sebagaimana kita yang masih hidup. Ada ketikanya memutih saja tapak kakinya. Pegang pun sejuk saja.
Tanda lain ialah hidungnya nampak seakan tunduk. Paling mudah, seperti jatuh.
Pelepisnya melekuk.
Pergelangan tanganya mulai renggang
Terdapat keluarnya peluh yang berlainan warna (berwarna kuning).
Apa yang harus dilakukan menghadapi perkara ini?
Bila berlakunya kematian, lebih-lebih lagi waktu tengah malam inilah yang harus anda lakukan. Ingat, inilah kali terakhir anda berbakti kepada ibu dan ayah kerana selepas ini, kita hanya akan bertemu di alam akhirat.
Di Padang Masyhar di mana semua akan dibangkitkan untuk bertemu Allah, kita tak akan saling mengenali di antara satu sama lain biar semasa di dunia dialah ayah, dialah ibu atau dialah adik beradik kita. Jadi berbuat baiklah di dunia sementara masih ada kesempatan dan peluang.
TONTON VIDEO PENUH INI:
Inilah cara uruskan jenazah
1.Jenazah harus di tempat tinggi seperti katil atau pangkin. Ini memudahkan kita menguruskan jenazah dengan baik.
2. Buang semua pakaian yang dipakai. Kalau perlu gunting maka guntinglah.
3. Bersihkan anggota tubuh jenazah, khususnya yang mungkin terpalit najis seperti air kencing atau berak. Ini bagi mengelakkan ada bauan yang tidak menyenangkan ketika orang datang menziarah.
4. Tutupi jenazah dengan kain putih dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya bagi mengelak aib sebelum meletakkan kain batik lepas di atasnya.
5. Baringkan jenazah dengan kakinya mengadap ke arah kiblat. Jika semasa kita hidup, muka kita mengadap kiblat, bila meninggal sebaliknya.
6. Telefonlah segera waris dan ahli keluarga yang terdekat untuk memaklumkan yang kita baru saja kehilangan orang yang kita kasihi.
7. Pergi buat satu laporan polis memaklumkan berlaku kematian di rumah kita. Jika kes tidak melibatkan sebarang unsur jenazah, pihak polis yang datang akan memberikan kita permit pengkebumian. Tapi kalau ada unsur-unsur jenayah, siasatan lebih teliti dan akan membabitkan pihak hospital untuk post mortem.
8. Bila sudah ada permit pengkebumian, rujuklah kepada pihak masjid atau surau. Maklumkan kepada mereka. Ini bagi memudahkan pihak Ajk masjid membuat urusan seperti menyuruh pihak penggali kubur menggali lubang, menyediakan tempat mandi dan lain-lain lagi untuk keesokkan harinya.
9. Jika waris sudah lama sakit dan terbaring di perbaringan, ambil sedikit gerharu atau setanggi dan nyalakan. Ini bagi mengelak bau yang mungkin kurang menyenangkan. Pembakaran ini sedikit sebanyak dapat menutup bau yang ada pada jenazah.
Terakhir sekali, ini yang paling penting ya.
10. Memandangkan kematian berlaku di waktu tengah malam, jangan sesekali membiarkan jenazah sendirian. Memang mereka telah meninggal dunia tetapi roh masih ada di situ lagi.
Berikan tanggungjawab kepada adik beradik untuk jaga secara bergilir-gilir. Bacakan surah Yasin atau ayat suci al-Quran di sisi arwah kerana pahala ini akan terus sampai kepada mereka. Sementara yang lain mungkin boleh tidur sekejap sementara menunggu hari siang untuk urusan mandi sebelum dikebumikan.
Suami Direman 20 Hari, Empayar YouTube ‘1.4 Juta Followers’ Lesti Kejora & Rizky Billar Temui Noktah?
Benar, penyanyi dangdut berhijab Indonesia yang kini menjadi bualan hangat di negara seberang dan di Malaysia, Lesti Kejora terlebih dahulu menemui populariti menerusi penyertaannya dalam sebuah pertandingan nyanyian.
Manakala suaminya, Rizky Billar pula memulakan karier sebagai seorang model sebelum aktif sebagai pelakon Sinetro dan pengacara program hiburan televisyen Indonesia. Kedua-duanya selayaknya berada pada kemuncak populariti disebabkan bakat dan rupa yang dimiliki.
ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower: Kaya Menerusi Dangdut Walaupun Berhijab, Siapa Lesty Kejora? – REMAJA
Namun bagi peminat setia, Lesti dan Rizky pasti diingati kerana telatah pasangan itu yang cukup menghiburkan menerusi saluran rasmi YouTube mereka, LESLAR Entertainment.
Sehingga kini, saluran itu sudahpun memiliki 1.42 juta pengikut dan tidak pernah gagal mencatatkan jumlah tontonan minimum ratusan ribu penonton ke atas bagi setiap video mereka.
Ibarat sebuah empayar yang menjadi sebahagian daripada pendapatan mingguan mereka, saluran YouTube LESLAR Entertainment mempunyai pengikutnya yang tersendiri tidak kiralah apa jua kandungan yang dimuat naik oleh Lesti dan Rizky.
ARTIKEL BERKAITAN : Rizky Billar & Lesti Kejora Menikah, 300K Orang Tonton Resepsi Di Instagram! – REMAJA
BACA LAGI : Cantik Betul Persalinan Serba ‘Lilac’ Lesti Kejora, Sopan Tapi Mewah! – REMAJA
Kini setelah episod duka menimpa hubungan suami isteri muda ini, ramai tertanya-tanya apakah saluran YouTube ini akan menemui noktah dan berkubur begitu sahaja?
Video terakhir mereka bertarikh 30 September lalu memperlihatkan pasangan itu sedang menikmati masa makan malam di Lounge in the Sky.
Bagaimanapun, ramai penonton merasakan ekspresi wajah dan reaksi Lesti dalam video itu menceritakan segala permasalahan yang sedang berlaku dalam hubungan mereka. Lesti dilihat lebih banyak mendiamkan diri dan interaksi mereka berdua tidak mesra secara natural seperti biasa.
“Mungkin dia sudah merasa cape, tapi harus berusaha tampil tegar.”
“Kak Lesty tuu pinter banget memendam menyembunyikan lukanya.”
“Mungkin dari kemarin-kemarin mendem sndiri, udah feeling cm lebih nunggu bukti, nah pas kjadian baru ada bukti.”
Sehingga kini, video itu buat masa ini sudahpun mencatatkan 1,178,109 tontonan dan menjadi video ke-51 paling popular milik mereka.
*
Hari ini, Rizky, 27 telah ditahan polis sebagai suspek kes keganasan rumah tangga terhadap Lesti dan akan direman selama 20 hari.
Biarpun Rizky cuba mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah setelah didakwa bersikap kasar terhadap Lesti termasuklah menolak, mengempas, mencekik dan terbaru, didakwa melempar bola snuker ke arah isterinya itu (!), Lesti mengambil jalan untuk mengikut nasihat ayahnya dan menyerahkan proses undang-undang kepada polis.
Hasil pernikahan pasangan ini pada April 2021 (namun hanya dilangsungkan secara terbuka pada Ogos 2021), mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 26 Disember 2021 yang diberi nama Muhammad Leslar Al-Fatih Billar
BACA LAGI : 4 Selebriti Indonesia Terus Bela Anjing, Tak Peduli Cercaan Warganet – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi Jay Jay Meninggal Dunia, Anak Maklumkan Bapa Lumpuh Selepas Diserang Angin Ahmar
Penyanyi lelaki negara, Jay Jay yang popular dengan lagu Rindu Bayangan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara pada jam 9.27 malam Ahad.
Berita pemergian Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus itu disahkan oleh isterinya, Zaitoon Wahid yang reda dengan pemergiaan suami tercintanya itu.
Difahamkan, Allahyarham telahpun mengalami kegagalan organ dalam selepas Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Disebabkan komplikasi kesihatan tesebut, Allahyarham menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mei lepas namun keadaannya bertambah serius.
Zaitoon ketika ditemui oleh rakan pemberita di Masjid Al Husna, Bandar Sunway juga memaklumkan Allahyarham telah ditemani oleh anak-anak dan adik beradik arwah semasa pemergiannya semalam.
“Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik. Sebelum itu, dia tiada pun tunjuk tanda-tanda dia sakit tapi keadaannya makin terus selepas Raya yang lalu,” katanya.
Sebelum ini, anak Allahyarham bernama Cammy Fauzi pernah berkongsi bapanya mengalami lumpuh pada bahagian tubuh sebelah kanan pada awal Jun lalu selepas menjalani pembedahan terbabit.
“Tidak berapa lama selepas pembedahan itu, kesihatan ayah kembali merosot akibat diserang angin ahmar. Disebabkan serangan itu, ayah lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan,” katanya
Keadaannya menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani sesi fisioterapi namun Cammy sekeluarga redha apabila Allah SWT lebih menyayangi bapanya itu.
Dalam pada itu, kira-kira 200 orang ahli keluarga dan kenalan Allahyarham tiba di masjid untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya pada hari Isnin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.