Lagi-lagi menerusi sukan yang subjektif seperti gimnastik. Namun itulah yang dibuktikan oleh ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Semua selepas Farah cemerlang dalam pusingan kelayakan “Individual All Around” di Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 Stuttgart, Jerman awal pagi tadi.
Sudah tentu, followers Farah dan peminat sukan negara gembira dengan berita tersebut. Tetapi tiada siapa yang lebih berbangga melainkan atlet berusia 25 tahun itu.
“Saya masih tak percaya saya layak ke Sukan Olimpik di Tokyo, tahun hadapan.
“Untuk Rio, saya hampir berjaya dan apabila gagal, ia agak mengecewakan.
“Ini adalah impian saya sejak usia 8 tahun dan apabila ia bertukar realiti, saya tak tahu bagaimana untuk describe.
“Saya amat berterima kasih kepada jurulatih saya, Ms Nataliya dan Ng Shu Wai. Merekalah yang percaya terhadap saya dan impian tersebut. Kepada rakan sepasukan dan sisters saya; Ing Yueh, Tracie, Ena, Azira, Siti, Rachel, Geanie dan Imaan, terima kasih!” tulisnya.
Bercakap mengenai Ng Shu Wai, jurulatih gimnastik itu juga merupakan gimnas terakhir yang berjaya beraksi di Sukan Olimpik iaitu pada tahun 2014.
Bagi gimnas perempuan pula, kali terakhir Malaysia menghantar wakil adalah menerusi Alexina Au Li Yen di Sydney 2000.
Farah juga berterima kasih kepada Kementerian Belia Sukan, Majlis Sukan Negara, Majlis Gimnastik Negara dan Institut Sukan Negara yang selalu bersama di sepanjang perjalanannya.
All the best Farah dan rakan sepasukan lain!
Kali terakhir Farah mencipta kejayaan pingat emas adalah di Ukraine International pada Cup 2019 pada bulan April lalu menerusi kategori uneven parallel bars.