Farid Kamil Luah Kerinduan Terhadap Anak-Anak, Warganet Titipkan Doa Yang Terbaik Buatnya

Share

Air yang mengalir tidak akan putus, begitu jugalah ikatan kekeluargaan yang tetap akan kekal sampai bila-bila…

Itulah yang dapat digambarkan buat pelakon berkaliber, Farid Kamil yang meluahkan rasa rindu buat kedua cahaya mata tercintanya, Muhammad dan Aurora.

ARTIKEL BERKAITAN : Sedekad Bersama, Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, pelakon karya popular Lagenda Budak Setan itu ada memuat naik klip video pendek yang menyatakan perasaan seorang bapa yang terlalu merindui anak-anaknya.

Selain itu, dalam klip tersebut juga merakamkan momen indah Farid dan keluarga kecilnya sewaktu mereka menunaikan ibadah umrah bersama, baru-baru ini.

“Rindunya pada meraka Ya Allah…Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu…” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.

Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri pelbagai reaksi pengikutnya dan rakan artis. Rata-ratanya menitipkan doa agar polemik rumah tangga antara pelakon itu dan Diana Danielle dapat diperbaiki semula.

“Allah bersama orang-orang yang sabar… moga dipermudahkan segala urusan,” komen seorang pengikutnya.

“Insya-Allah, Allah permudahkan… banyakkan berdoa… Insya-Allah, hubungan anak-anak dengan ayah takkan putus. Doa yang baik-baik,” komen pengikut yang lain.

“Kejar dia jika sayang.. Jangan sakitinya jangan burukkan dia.. jadi suami dan ayah yang mampu mendidik, Insya-Allah ada jalan… Go ! Go ! Kejar sampai dapat semula … Kalau betul-betul sayang,” tulis lagi pengguna lain.

Sebelum ini, Diana dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan lalu atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq.

Sekadar informasi, Farid Kamil dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Farid Kamil

Published by
Fath