Sudah lama rasanya tiada pertunjukan fesyen dilangsungkan di Malaysia sejak negara dihambat musim pandemik COVID-19 pada tahun lalu.
Malahan sempena persediaan Aidilfitri 2020, tiada pertunjukan fesyen yang dilakukan oleh mana-mana jenama lokal kerana kekangan wabak.
Justeru, apabila jenama Leeyana Rahman tampil sebagai jenama lokal pertama yang melangsungkan pertunjukan fesyen Raya pertama untuk tahun ini, tentulah semua mata terarah kepada koleksi yang dinamakan sebagai Leeyana Rahman Glorious Raya 2021 ini.
*
Dilangsungkan di ibu negara semalam, pertunjukan fesyen ini turut dipancarkan secara langsung ke seluruh Malaysia dan di negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Mengambil tema rona persalinan ‘muted’ seperti pastel, neutral dan warna-warna semulajadi seperti beige serta sand, team Leeyana Rahman mengajak korang untuk meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan gaya tenang, sederhana namun masih manis untuk dipandang.
Antara kelainan yang dibawakan oleh mereka terletak pada potongan siluet berbeza bagi memenuhi keinginan pemakai jenama tersebut yang berlainan citarasa dan bentuk badan.
Ads
Ada potongan empire waist ala hanbok, ada juga draping pada bahagian dada yang memastikan figura tampil menarik.
Paling mencuri tumpuan adalah perincian bahu ‘terangkat’ sebagai statement pada bahagian top.
Koleksi ini juga seimbang dari segi potongan pakaian mendakap tubuh dan potongan yang longgar. Terpulang kepada korang sendiri untuk memilih gaya yang dirasakan selesa.
Ini merupakan 10 stail pilihan REMAJA daripada koleksi Leeyana Rahman Glorious Raya 2021.
Ads
Ads
*
So, yang mana satu paling korang gemari?
Sebelum korang klik ke laman web Leeyana Rahman untuk mendapatkan pakaian Raya untuk tahun ini, jom tonton dahulu sedikit bingkisan yang sempat REMAJA rakamkan semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap minggu, ada saja trend kecantikan yang diperkenalkan oleh beauty guru dari Korea Selatan.
Tak lama selepas trend itu diguna pakai oleh selebriti K-Drama dan K-pop, kami 100 peratus yakin ia akan menjadi tular di serata dunia.
Kali ini, REMAJA mempelajari satu lagi trend K-beauty yang dinamakan sebagai Jamsu. Perkataan ini bermaksud ‘menenggelam’ atau submergence dalam bahasa Korea. Dan ya, korang memang akan tenggelam.
*
Supermodel, Bella Hadid pernah mencuba trik Jamsu dan mengesyorkan agar perempuan lain juga mencubanya.
Beberapa akaun kecantikan TikTok seperti Huda Kattan dari Huda Beauty, Makeup By Alissiac dan Judy menyahut cabaran tersebut dan hasilnya, voila!
Jadi bagaimana untuk melakukan Jamsu ini?
Teknik K-beauty ini dilakukan selepas korang tamat menyolek wajah dengan rutin yang basic. Siapkan rutin bedak asas (foundation), concealer dan contour.
Dah siap? Okay, ratakan baby powder atau translucent setting powder pada seluruh wajah.
Kemudian, korang perlu menenggelamkan wajah ke dalam mangkuk besar berisi air sejuk. Ya, tenggelamkan selama 15 hingga 30 saat! Kan kami dah beri warning tadi, ini teknik ‘gila’.
Keluarkan wajah dari mangkuk, tarik nafas dalam-dalam dan pat wajah dengan tuala kering. Ingat, pat. Bukannya mengelap.
Hanya selepas itu, korang boleh meneruskan solekan pada bahagian mata, bibir dan seluruh bahagian wajah yang lain.
Menurut mereka yang telah mencubanya, teknik Jamsu berkesan kerana powder (pada bahagian awal tadi) telah set solekan asas manakala air di dalam mangkuk tadi membantu mengekalkannya.
Ia menjanjikan solekan yang kalis peluh dan tidak mudah cair sewaktu cuaca panas. Ia amat bersesuaian bagi yang inginkan efek solekan matte. Malah wajah juga akan kelihatan lebih ‘glowing’ berbanding kebiasaan.
Umum mengetahui bahawa DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin memiliki dua cahaya mata sebelum melangsungkan perkahwinan dengan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Baru-baru ini pejabat Diraja Selangor menerusi Instagram telah berkongsi satu hantaran mengenai baginda berdua telah berangkat ke United Kingdom pada 11 November lalu bagi menghadiri majlis graduasi Cik Nur Amanda binti Mustapha Kamal yang merupakan anakanda sulung Tengku Permaisuri Norashikin.
Berusia 22 tahun, Nur Amanda telah menamatkan pengajian dari University of Bristol dalam jurusan Sarjana Kejuruteraaan dalam Kejuruteraan Mekanikal. Satu pencapaian yang membanggakan apabila dia berjaya memperoleh ijazah sarjana pada usia yang cukup muda.
Mengabadikan gambar bersama usai majlis konvokesyen. Dapat dilihat Nur Amanda diapit oleh bonda dan ayahanda tirinya. Semestinya baginda berdua bangga dengan pencapaian yang telah dicapainya.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, dapat dilihat Nur Amanda jelas mewarisi keanggunan yang dimiliki bondanya. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Membanggakan lagi, kedua-dua anak dan ibu ini cukup elegan menggayakan busana tradisi.
Tengku Permaisuri Norashikin dilihat cukup anggun mengenakan busana baju kurung dengan corak daun warna putih belatarkan warna biru pekat. Baginda melengkapkan penampilan dengan penggayaan rantai Mutiara dan tas tangan Chanel berona kelabu.
Dalam pada itu ramai rakyat jelata berasa kagum dengan keakraban baginda Sultan Selangor dengan anakanda tirinya itu. Ramai meninggalkan kata-kata yang cukup positif di ruangan komen.
Anataranya pemilik akaun @datohjsatar yang meninggalkan komen, “MashaAllah terharu melihat seorang SULTAN yg penyayang terhadap anakanda tiri baginda….Allah pelihara SULTAN SELANGOR”
Pemilik akaun @liza_arif82 pula menulis, “Baginda Tuanku ternyata kasih pada Permaisuri. Pergi kemana-mana sahaja, baginda berdua tetap bersama. Tidak dibiarkan Permaisuri sendirian menghadiri majlis konvo anak walaupum anak tiri baginda.. saya kagum sgt dgn Tuanku..”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim perayaan ini lah rata-rata kita akan bersalam-salaman bila bertemu saudara atau sahabat handai yang lama tidak bersua muka.
Tapi ia mungkin menjadi igaun ngeri bagi korang yang mempunyai tapak tangan yang kasar atau kering. Biasanya untuk dapatkan tapak segebu dan selembut kapas ini, korang perlu rajin memakai losyen setiap hari barulah dapat kulit tapak tangan idaman.
Tapi malangnya tak semua wanita rajin dan mahu memakai losyen tangan apatah lagi, ramai wanita menganggat memakai losyen tangan hanya membuang masa dan ada juga yang mempunyai alahan jika memakai losyen di tangan.
Jadi bagaimana nak miliki kulit tapak tangan yang anjal dan lembut adakah tiada cara lain?
1. Minyak Zaitun
Cara melembutkan tangan kasar adalah menggunakan minyak zaitun. Ini kerana kandungan vitamin C, D dan antioksidan dalam minyak zaitun boleh menolong anda meremajakan kulit. Selain itu, kandungan vitamin E dapat memberikan minyak alami yang berupaya menjaga kelembapan kulit anda sehingga terhindar dari kekeringan yang boleh membuatkan ianya kasar.
*Caranya adalah panaskan minyak zaitun terlebih dahulu kemudian lumurkan pada tangan anda. Lakukan langkah ini seminggu 3 kali.
2. Teh
Seriuslah guna teh je tangan boleh jadi lembut? Untuk info, teh mengandungi antioksidan yang tinggi sehingga mampu menjadikan kulit nampak muda dan halus. Malah, teh juga boleh membunuh bakteria yang merosakkan kulit dan dapat mengangkat sel-sel kulit mati yang menyebabkan tangan menjadi kasar.
*Caranya adalah merendam tapak tangan di dalam teh yang telah direbus selama lebih kurang 10 minit. Seterusnya, lap hingga kering. Anda perlu lakukan cara ini seminggu 3 kali.
3. Garam
Garam juga bahan yang mampu melembutkan tangan korang secara semulajadi. Garam boleh menolong melakukan detox dengan mengeluarkan racun di kulit yang menyebabkan ia tidak sihat, kusam dan menggelupas.
*Caranya adalah rendamkan tangan dalam bekas yang mengandungi garam dan air panas. Anda perlu kerap melakukan perendaman bersama air garam ini supaya tangan kekal sihat dan halus!
4. Lidah Buaya
Bahan alami yang lembutkan tangan ialah lidah buaya. Tanaman berduri ini boleh melembabkan kulit, mendetokfikasikan kulit, memperbaiki dan juga memudakan kulit. Ini kerana kandungan vitamin C, E dalam tanaman ini membantu melembutkan kulit.
*Caranya adalah pisahkan daging lidah buaya daripada kulitnya, kemudian cuci hingga bersih. Kisar menggunakan pengisar sehingga benar-benar halus dan kemudian sapukan pada seluruh tangan hingga rata. Tunggu selama 10 minit sebelum anda bilas tangan menggunakan air panas.
5. Kentang
Antioksidan yang tinggi dalam kentang berupaya menolong mengangkat sel kulit mati dari kulit yang mengakibatkan bahagian tangan menjadi kusam dan kasar.
*Caranya adalah parut kentang secukupnya. Kemudian, sapukan merata pada tapak tangan anda. Gunakan ia sebagai masker tangan dan tunggu hingga ia kering sebelum dibilas menggunakan air panas. Lakukan rutin ini secara berkala.
6. Madu
Madu boleh digunakan untuk melembutkan tangan. Ia mempunyai kandungan vitamin, antioksidan dan potasium yang sangat bagus untuk menjaga kelembapan kulit anda. Kulit yang selalu lembap akan tercegah daripada kerosakan kulit kasar.
*Caranya juga adalah mudah. Urut tangan anda menggunakan madu selama 5 minit. Lakukan rutin ini dengan kekerapan yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang diingini.
7. Susu Cair
Bahan yang terakhir dapat lembutkan tangan kasar adalah susu cair. Ini kerana kandungan toner alami dalam susu boleh membuatkan tangan anda menjadi cerah dan bersih. Selain itu, susu juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang bagus untuk merawat kulit. Ia mampu memberi kelembapan alami pada kulit tangan anda.
*Caranya adalah celupkan tangan ke dalam bekas yang telah diisikan susu cair selama 5 minit. Kemudian, anda boleh bilas tangan dengan air sejuk.
Ramai Dah Cuba, Memang Berkesan. Jadi tidak lagi menjadi isu apabila bersalaman dan kulit tangan kasar itu. Tapi, kena konsistan la amalkan petua ini okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Illa Sabry yang juga mengusahakan perniagaan kedai makan baru-baru ini mendedahkan beliau pernah mengalami kejadian mistik seolah-olah premis perniagaannya itu ditutup.Mengimbau kembali kejadian...