Fashion Show Pertama RAYA 2021, Ini 10 Stail Pilihan Di Leeyana Rahman

Share

 

Sudah lama rasanya tiada pertunjukan fesyen dilangsungkan di Malaysia sejak negara dihambat musim pandemik COVID-19 pada tahun lalu.

 

Malahan sempena persediaan Aidilfitri 2020, tiada pertunjukan fesyen yang dilakukan oleh mana-mana jenama lokal kerana kekangan wabak.

Justeru, apabila jenama Leeyana Rahman tampil sebagai jenama lokal pertama yang melangsungkan pertunjukan fesyen Raya pertama untuk tahun ini, tentulah semua mata terarah kepada koleksi yang dinamakan sebagai Leeyana Rahman Glorious Raya 2021 ini.

*

Dilangsungkan di ibu negara semalam, pertunjukan fesyen ini turut dipancarkan secara langsung ke seluruh Malaysia dan di negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Mengambil tema rona persalinan ‘muted’ seperti pastel, neutral dan warna-warna semulajadi seperti beige serta sand, team Leeyana Rahman mengajak korang untuk meraikan Aidilfitri pada tahun ini dengan gaya tenang, sederhana namun masih manis untuk dipandang.

Antara kelainan yang dibawakan oleh mereka terletak pada potongan siluet berbeza bagi memenuhi keinginan pemakai jenama tersebut yang berlainan citarasa dan bentuk badan.

Ada potongan empire waist

ala hanbok, ada juga draping pada bahagian dada yang memastikan figura tampil menarik.

Paling mencuri tumpuan adalah perincian bahu ‘terangkat’ sebagai statement pada bahagian top.

Koleksi ini juga seimbang dari segi potongan pakaian mendakap tubuh dan potongan yang longgar. Terpulang kepada korang sendiri untuk memilih gaya yang dirasakan selesa.

Ini merupakan 10 stail pilihan REMAJA daripada koleksi Leeyana Rahman Glorious Raya 2021.

 

*

So, yang mana satu paling korang gemari?

Sebelum korang klik ke laman web Leeyana Rahman untuk mendapatkan pakaian Raya untuk tahun ini, jom tonton dahulu sedikit bingkisan yang sempat REMAJA rakamkan semalam.

Published by
FZ