Fashion Students Ada Peluang Menangi Elaun & Slot Di Runway! Ini Caranya

Share

 

Semua pelajar jurusan fesyen mesti inginkan slot di pentas pertunjukan fesyen atau runway, kan?

 

Ada caranya guys. Sempena sambutan ulang tahun ke-90 Mickey Mouse, The Walt Disney Company Asia Tenggara bersama-sama institusi The One Academy Malaysia telah melancarkan cabaran rekaan fesyen bertajuk ‘Project Mickey’.

Sejak diperkenalkan pada 18 November 1928, Mickey Mouse telah dikenali oleh SEMUA orang menerusi siri televisyen, video, filem, taman tema, merchandise dan macam-macam lagi. Dah layak dipanggil ikon pop culture

kerana Mickey Mouse dikenali dan diingati tanpa mengira peringkat umur.
Happy Birthday Mickey!

 

Jadi untuk menyambut hari jadi ke 90nya ini, mestilah ada sesuatu yang istimewa.

Bermula sekarang sehinggalah 30 September ini, pihak penganjur sendang menantikan pereka fesyen dari seluruh negara terutamanya daripada pelajar seperti korang untuk menghantar lakaran atau sketch pakaian yang diinspirasikan daripada Mickey Mouse.

 

Project Mickey.

 

Here is the catch. Rekaan Ready-to-Wear korang perlu mempunyai elemen ‘Quintessential Malaysian Flavors and Heritage’ ataupun elemen kebudayaan di Malaysia. Keep it fun tetapi but with a uniquely Malaysian twist.

10 pereka fesyen terpilih akan disenarai pendek dan menerima elaun wang tunai untuk menghasilkan rekaan mereka di pertunjukan runway yang akan dikelolakan oleh The One Academy pada November, tahun ini. Pada acara itu nanti, pemenang utama akan diumumkan dan rekaan pakaiannya akan dihasil serta dijual seluruh negara oleh GL Design.

 

 

Selain itu, pemenang juga akan menerima peluang melakukan internship di The Walt Disney Company. Whoa, best

tu. Jom tengok syarat penyertaan yang diseraikan oleh penganjur.

 

1 – Berusia 18 tahun ke atas.

2 – Perlu menghantar 2 lakaran (sketch), penerangan pendek mengenai rekaan dan idea pakaian.

3 – Peserta perlu memuat turun borang ini, tanda tangan, skan dan hantarkan bersama dengan item syarat kedua.

 

Ingat, sehingga 30 September je tau, good luck!

 

 

Published by
FZ