Tahun ini sekali lagi FashionValet bakal menganjurkan bazar Ramadan secara online, iaitu FV Bazaar seperti yang telah mereka lakukan pada bulan puasa tahun lepas.
Khabarnya, tahun ini ia bakal dianjurkan dalam skala yang lebih besar dengan penambahan vendor fesyen baharu selain makanan dan minuman.
FV Bazaar ini sudah pun dilancarkan pada 6 April dan korang boleh memesan kuih raya atau mencari baju raya secara online melalui bazar ini sehingga Jun 2021.
Ads
Tahun lalu FV Bazaar telah berjaya menyenaraikan lebih daripada 4,000 cef tempatan dan pengusaha F&B dari seluruh negeri dengan penyertaan secara percuma. Inisiatif ini dilancarkan bagi membantu meningkatkan penjualan vendor makanan lokal yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jika tahun lepas FV Bazaar memfokuskan kepada penjualan makanan, kali ini mereka membuka lembaran yang lebih meluas kepada vendor fesyen untuk turut sama menjayakan bazar tahun ini.
Ads
Jenama-jenama seperti Haniem Bakes by Marsh & Mary, Turkish Delight, Bokitta dan Kapten Batik adalah di antara yang mengambil bahagian sejak tahun lalu.
Pada saat getir penularan Covid-19 ini, kita semua memahami sentimen rakyat Malaysia yang khuatir mereka tidak dapat melangsungkan kehidupan apabila punca pendapatan masing-masing ‘tersekat’ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilangsungkan.
Ini termasuklah kos persediaan dan penghantaran pelajar di institut pengajian tinggi seluruh negara. Justeru ramai yang mengharapkan agar pihak berkuasa di negeri masing-masing tampil memberikan bantuan sewajarnya kepada para pelajar yang berdepan dengan kekangan kewangan.
Sumber Gambar : Sinar Harian
Sebagai contoh pada setiap tahun, pihak kerajaan negeri Selangor akan menawarkan insentif yang dinamakan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) bagi meringankan beban persediaan pelajar.
Melalui perkongsian Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari di Twitter, beliau mengumumkan bahawa dana sebanyak RM1000 akan ditawarkan khas buat pelajar kelahiran negeri Selangor yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi.
Namun, kami ingin mengingatkan bahawa permohonan tersebut perlulah dilakukan sebelum 31 Mac ini. Bagi setiap pelajar, hanya satu permohonan saja yang boleh dihantar.
Jadi kepada anak Selangor di luar sana. jangan lupa rebut peluang bantuan ini okay!
Khas buat anak-anak Selangor yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi, hadiah sebanyak RM1,000 ditawarkan.
Setiap tahun, Kerajaan Negeri menawarkan insentif yg dinamakan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) ini bagi meringankan beban persediaan belajar. (1/2) pic.twitter.com/lTSZt40ujv
Masalah bau kaki ni memang boleh bawa gaduh. Semuanya berpunca daripada kasut berbau.
Jadi, pandai-pandailah kita nak jaga kasut sendiri. Jangan pula sebab kita yang malas, orang lain jadi mangsa kena bau kaki yang ‘harum semerbak’.
Jom cuba beberapa petua yang kami dapat untuk korang hilangkan masalah bau kasut.
1. Sumbat kasut dengan surat khabar
Bau busuk akan diserap oleh surat khabar kalau dibiarkan semalam di dalam kasut.
2. Guna bedak
Taburkan sedikit bedak ke dalam kasut ketika kasut masih lembap untuk menghilangkan bau-bauan yang kurang enak.
3. Guna baking soda
Taburkan sedikit baking soda ke dalam kasut. Bahan ini mampu untuk menyerap bau busuk dan mengembalikan kesegaran pada kasut.
4. Masukkan uncang teh
Pasti kan uncang teh direndam sebentar dalam air panas terlebih dahulu. Bau busuk yang disebabkan oleh bakteria biasanya akan hilang jika menggunakan cara ini.
5. Masukkan lemon ke dalam kasut
Perah lemon sedikit dalam kasut korang dan tinggalkan kepingan lemon tersebut. Bau lemon yang kuat dan segar akan menghilangkan bau kasut dengan mudah.
Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang, Pahang baru-baru ini mencipta nama apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Kategori Kreatif Junior (Technic) di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan.
Pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung selama dua hari bermula 18 Januari itu, memberikan peluang kepada para peserta untuk bekerjasama menyelesaikan masalah dunia sebenar menerusi robotik.
Ia sekaligus membentuk generasi pemimpin masa depan yang peka akan perkembangan industri dan teknologi.
Dalam pada itu, pelajar SK Permatang Keledang, Matthew Jambai (12) berkongsi keterujaan menerusi pertandingan itu yang mengangkat nama sekolahnya sekaligus negara Malaysia.
“Melalui bengkel dan program ini, saya telah belajar membina dan mengawal robot, dan pengalaman ini sangat menyeronokkan. Saya juga bangga kerana dapat bertanding di pertandingan ini dan saya ingin menjadi seorang guru pada masa depan untuk memberi inspirasi kepada orang lain dalam bidang robotik,” katanya.
Sementara itu, guru pengiring, Mohd Zulkhairi berkata, kejohanan seperti ini membantu dalam memberikan inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk meminati pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Terima kasih kepada Petrosains kerana menganjurkan program Petrosains Tech4All untuk pelajar Orang Asli. Saya dapat menyaksikan peningkatan yang luar biasa dari segi keyakinan dan kemahiran pelajar dalam pembelajaran robotik,” katanya.
Pada masa yang sama, International Robot Olympiad ke-26 menyaksikan dua lagi penyertaan pasukan dari Malaysia yang diwakili pelajar SK Kampong Layau, Johor dan SK Sri Permai, Kelantan.
Seramai sembilan pelajar Orang Asli bersaing dalam Kategori Kreatif Junior yang mana mereka ditugaskan mencipta dan membentangkan penyelesaian robotik bagi menangani cabaran dunia sebenar.
Selain itu, menurut pelajar SK Kampong Layau, Muhammad Fahrin Ammar (11) berkata, pengalaman itu telah mengubah hidupnya.
“Pada mulanya, saya tidak berminat dengan robotik tetapi mula menyukainya selepas menyertai bengkel Petrosains Tech4All dan pertandingan ini. Saya belajar berkomunikasi dengan lebih baik, mengenali kawan baharu dan keyakinan diri pun meningkat. Gembira sangat kerana dapat mewakili Malaysia dan membanggakan keluarga,” katanya yang juga merupakan anak nelayan.
Seorang lagi peserta dari SK Sri Permai, Suzie Kidiee (11) berkongsi bahawa perjalanan robotiknya bermula menerusi galakan guru untuk menyertai program Petrosains Tech4All.
“Sebelum ini, saya merasakan pengaturcaraan mencabar tetapi kini dapat menguasainya selepas menyertai bengkel Petrosains Tech4All dan Petrosains RBTX Challenge 2024, yang membantu membuka potensi untuk berinovasi dan mencipta”
“Saya ingin menjadi seorang guru untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk berinovasi dan mencapai impian mereka,” kata Suzie yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara terkenal dengan K-pop itu.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, berita duka menyelubungi tanah air apabila legenda berbasikal negara, Saharudin Jaffar dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun petang Selasa,...