Tahun ini sekali lagi FashionValet bakal menganjurkan bazar Ramadan secara online, iaitu FV Bazaar seperti yang telah mereka lakukan pada bulan puasa tahun lepas.
Khabarnya, tahun ini ia bakal dianjurkan dalam skala yang lebih besar dengan penambahan vendor fesyen baharu selain makanan dan minuman.
FV Bazaar ini sudah pun dilancarkan pada 6 April dan korang boleh memesan kuih raya atau mencari baju raya secara online melalui bazar ini sehingga Jun 2021.
Tahun lalu FV Bazaar telah berjaya menyenaraikan lebih daripada 4,000 cef tempatan dan pengusaha F&B dari seluruh negeri dengan penyertaan secara percuma. Inisiatif ini dilancarkan bagi membantu meningkatkan penjualan vendor makanan lokal yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jika tahun lepas FV Bazaar memfokuskan kepada penjualan makanan, kali ini mereka membuka lembaran yang lebih meluas kepada vendor fesyen untuk turut sama menjayakan bazar tahun ini.
Jenama-jenama seperti Haniem Bakes by Marsh & Mary, Turkish Delight, Bokitta dan Kapten Batik adalah di antara yang mengambil bahagian sejak tahun lalu.
Korang boleh layari https://www.fashionvalet.com/fvbazaar untuk mencari makanan dan baju raya sepanjang Ramadan nanti.
Senanglah sikit tak perlu nak keluar rumah kan? Untuk maklumat lanjut korang juga boleh layari https://www.fashionvalet.com/.
Selamat membeli-belah!