Fasih Berbahasa Melayu, Ini 5 Selebriti Muda Berbangsa Cina Yang Mencipta Nama Dalam Dunia Hiburan

Share

Dunia seni hiburan tanah air cukup meriah dengan kedatangan bintang-bintang baru yang saban hari mengisi kaca televisyen dan juga peranti pintar anda. Mereka hadir mempertaruhkan bakat dan juga penampilan menarik yang dimiliki.

Namun dalam kemeriahan itu, kepelbagaian kaum dalam industri hiburan tempatan cukup didambakan. Kedatangan selebriti baharu bukan berbangsa Melayu dalam industri hiburan tempatan cukup menjadi perhatian. Kefasihan dan kemampuan mereka untuk berbahasa kebangsaan dengan baik cukup menyenangkan.

Ini seolah-olah mengimbau kembali kenangan tahun 80an dan 90an yang mana wajah-wajah seperti Nancy Foo, Janet Khoo, Kenji Sawahi, Elaine Kang, Angeline Tan cukup ‘mesra’ dalam kalangan peminat hiburan berbangsa Melayu.

Jom kita imbau  antara wajah-wajah ‘segar’ selebriti Malaysia berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu.

Alvin Chong

Bintang kelahiran Pulau Pinang ini memulakan langkah dalam industri seni apabila menyertai pertandingan realiti nyanyian Astro Star Quest. Dia kemudiannya menjadi lebih popular dalam industri hiburan tempatan apabila membintangi pelbagai drama popular berbahasa Melayu seperti Dia Semanis Honey, Suri Hari Mr Pilot dan Takdir Yang Tertulis.

Elizabeth Tan

Selebriti bersuara yang bersuara manja ini cukup terkenal dengan lagu-lagu berbahasa Melayu yang cukup catchy dan berentak pop. Selain itu dia juga membintangi pelbagai filem dan drama berbahasa Melayu. Berusia 29 tahun, pemilik nama penuh Elizabeth Tan Su Mei ini mula mencuri perhatian apabila dia memuat naik video dirinya menyanyi lagu-lagu popular berbahasa Melayu di saluran YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Selebriti Bergelar Pensyarah. Bukan Sahaja Berbakat Besar, Bahkan Berpendidikan Tinggi

Jasmine Suraya

Anak jati Sarawak ini antara selebriti berbangsa Cina yang kini banyak mengiasi kaca televisyen. Jasmine atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei bermula dalam dunia hiburan pada tahun 2013 apabila menyertai projek 3R yang disiarkan di TV3. Dia kemudiannya banyak membintangi filem berbahasa Melayu seperti Paskal, Daulat dan Marabahaya Underground.

Sean LJE

Sean Lee Jia Ern cukup terkenal sebagai pelakon dan juga pengacara. Jejaka berusia 28 tahun ini mula dikenali ramai apabila membintangi drama bersiri Keluara Pontimau yang disiarkan di TV3. Sejak itu dia menjadi pilihan pelbagai stesen televisyen untuk memegang watak peneraju utama dalam pelbagai drama. Antara naskhah popular yang dibintanginya seperti Sweet Dreams, Jujurlah Nikahi Aku dan The Hotel. Dia juga mencipta nama sebagai pengacara untuk rancangan seperti I Can See Your Voice dan Famili Duo.

Kimberley Chuah

Pemilik nama penuh Kimberley Chuah Ching Li ini cukup terkenal di media sosial terutamanya TikTok kerana kefasihannya berbahasa Melayu. Dia juga pernah membintangi beberapa drama berbahasa Melayu sebelum menyertai pertandingan Dewi Remaja 2022 dan berjaya menggondol tempat ketiga. Kini dia sedang popular memang watak Phoebe dalam drama bersiri Akim & Mira yang disiarkan di saluran Astro Ria.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen