Bintang berbakat besar ini pastinya tidak pernah kenal erti putus asa untuk menempa nama dalam industri seni tanah air.
Mula berlakon sedekad yang lalu sebagai pelakon teater, ia bukan alasan bagi Amanda Ang mencipta nama menerusi naskhah dan karya tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dari Gelanggang Ke Layar Perak, Atlet Taekwondo Arnie Shasha Tak ‘Kekok’ Berlakon
Sebelum ini, dia acap kali menyerikan layar skrin dan bergiat aktif dalam industri teater di negara sebarang iaitu Singapura.
Rezeki tidak salah alamat, Amanda pernah meraih kejayaan dalam anugerah 2020 New York Festivals TV & Film Awards. Selain, dia kini berjaya membuktikan dirinya mampu menyerikan karya Melayu pertamanya iaitu filem seram, Harum Malam.
Tidak sekalipun kedengaran ‘kekok’ apabila dia menuturkan kata-kata dalam dialog berbahasa Melayu. Berkongsi kepada Remaja, Amanda memaklumkan dia amat menyukai bahasa terutama apabila berbahasa Melayu.
“Ini adalah lakonan filem Melayu pertama saya. Saya pula suka bertutur dalam bahasa Melayu. Semasa saya bersekolah memang ramai berkawan dengan bangsa Melayu. Saya suka the language.
“Kadang kala apabila sedang berfikir pun saya menggunakan bahasa Melayu. Semestinya, saya suka turut serta dalam industri lokal ini,” katanya kepada Remaja.
Penularan wabak pandemik Covid-19 sejak beberapa tahun lalu, tidak dinafikan turut memberi tempias kepada industri seni teater. Perbelanjaan yang tinggi juga menyebabkan segelintir pengkarya atau produksi masih enggan mengambil risiko menggerakkan semula aktiviti tersebut.
Oleh hal demikian, Remaja turut berkesempatan bertanyakan Amanda mengenai industri teater yang kini kelihatan mahu bernafas semula selepas era pasca-Covid-19.
“Saya sudah mula berlakon sejak 12 tahun lalu tetapi saya bermula dengan teater. Ini sukar untuk saya katakan kerana sebelum pandemik pun industri teater kurang mendapat perhatian.
“Jadi, kini agak sukar juga untuk mengajak penonton datang untuk menonton,” kongsinya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Amanda Ang